Friday 24 February 2017

Kisah Benar : Bisnes dari Rumah

Assalamualaikum

Diharap sihat semuanya. Hari ini Cheq Nik nak ceritakan bagaimana Cheq Nik boleh terjebak dalam bisnes online yang mana sekarang ini menjadi sumber pendapatan kedua kerana memandangkan sekarang ini Cheq Nik masih lagi bekerja.

Ikuti kisah Cheq Nik ye

jana pendapatan secara online
 
Cheq Nik mula berjinak dengan bisnes Shaklee sekitar tahun 2013 di mana masa itu mengandungkan anak ketiga.

Mulanya join Shaklee ni sekadar nak jimat sebab dapat beli dengan harga ahli tapi tak sangka pula menjadi pendapatan sampingan. Itu semua hasil dari sharing produk yang pernah diamalkan. Tak salah jika kita berkongsi kebaikan sesuatu produk dan lagi senang nak kongsikan sekiranya kita sendiri yang amalkan.

Masa mula-mula berbisnes dari rumah memang ada cabaran tapi anggap je itu lumrah untuk berjaya.

Cabaran pertama ialah Cheq Nik ni adalah seorang ibu yang bekerjaya. Siang banyak habiskan masa di pejabat dan bila petangnya pulang badan pun dah penat dengan kerja-kerja di pejabat.

Cabaran kedua ialah masa untuk beriklan atau berkongsi maklumat mengenai Shaklee. Masa di pejabat dihabiskan untuk menyiapkan kerja sepantas yang boleh

Cabaran ketiga ialah masih lagi terasa kekurangan ilmu untuk consult customer dan sebolehnya berusaha untuk memberikan konsultansi tip top.

Antara inisiatif yang Cheq Nik ambil untuk mengatasi cabaran di atas ialah :

✔️untuk cabaran pertama, Cheq Nik cuba buatkan jadual dan pengurusan masa yang lebih sistematik supaya alasan bekerja di siang hari bukan menjadi satu alasan untuk lebih gigih berusaha

✔️untuk cabaran kedua, Cheq Nik gunakan buffer untuk jadualkan sharing setiap hari di fb dan juga pages. Maknanya sharing berjalan je walaupun  sibuk memanjang. Janji jadualkan awal-awal. Biasa Cheq Nik buat jadual bila malam untuk schedule esoknya.

✔️untuk cabaran ketiga, Cheq Nik ambil pendekatan banyakkan membaca,membaca blog-blog mengenai kesihatan dan cuba menghadirkan diri ke seminar-seminar yang pihak Shaklee anjurkan. Selain itu bantuan dari group pun amat membantu dalam memberi konsultansi kepada customer.

Cheq Nik pasti ramai kawan di fb ni buat bisnes kan? Jomla kongsi cabaran korang dalam berbisnes di sini..

Yang mana berminat nak buat bisnes Shaklee, boleh terus hubungi Cheq Nik ye. In Sha Allah Cheq Nik akan guide sepertimana upline Cheq Nik buat.


Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen