Showing posts with label Sawan. Show all posts
Showing posts with label Sawan. Show all posts

Saturday, 6 September 2014

Demam boleh menyebabkan Sawan?

DEMAM sememangnya merisaukan ibu bapa. Walau dianggap biasa, ia tidak boleh dipandang ringan apa lagi di kalangan kanak-kanak bawah enam tahun. Sekiranya anak-anak mengalami demam yang berlarutan lebih tiga hari, mereka perlulah dibawa berjumpa doktor.
 
Begitu juga kalau suhu badannya terlalu tinggi, si anak boleh diserang sawan dan memudaratkan. Dalam sesetengah kes, demam juga memberikan isyarat bahawa ia tidak semestinya demam biasa, malah lebih dari itu.
 
Apa itu demam?
 
Menurut Dr Roliza, suhu badan yang normal adalah 370C (980F). Seseorang itu boleh dianggap demam jika suhu badannya melebihi 370c. Demam akan berlaku jika terdapat jangkitan kuman atau penyakit-penyakit lain yang berinteraksi dengan sistem ketahanan badan.
 
Demam biasa pula bermakna suhu kita meningkat lebih daripada 370C tetapi tidak melebihi 380C. Demam biasa akan pulih dalam masa dua, tiga hari sahaja.
 
Demam panas pula terjadi apabila suhu melebihi 380C dan berlarutan lebih lama – selalunya disertai simptom-simptom lain seperti batuk dan selesema.
 
Beliau berkata, seseorang itu juga akan demam jika mengalami jangkitan kuman sama ada bakteria atau virus.  Katanya, viral infection bermaksud jangkitan yang disebabkan oleh virus. Terdapat banyak jenis virus yang boleh dijangkiti.  Virus ini selalunya menyebabkan demam yang kadangkala tidak terlalu tinggi tetapi boleh juga menyebabkan demam panas dengan suhu mencecah lebih 380C.
 
Beliau menambah: “Bagaimanapun, demam virus ini selalunya boleh hilang dalam tempoh dua, tiga hari.’’ Menurutnya lagi, demam sememangnya kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Kebanyakan demam yang mereka alami tidak memudaratkan dan akan pulih hanya dengan diberi ubat demam sekali dua sahaja. Namun begitu, ia juga bergantung kepada penyebab demam tersebut. Contohnya, jika demam itu disebabkan oleh jangkitan kuman pada bahagian otak, sudah tentu kanak-kanak itu menghadapi risiko kerosakan otak (meningitis), sekiranya jangkitan itu serius.
 
Begitu juga jika demam tersebut disebabkan oleh jangkitan kuman di bahagian paru-paru (pneumonia), kanak-kanak tersebut mungkin mengalami masalah pernafasan.
 
Jangkitan virus juga boleh menyebabkan campak, cacar air dan denggi. Bagaimanapun ada juga demam yang bukan disebabkan jangkitan kuman seperti leukimia atau SLE.
 
*Serangan sawan
 
Dr. Roliza memberitahu, “lebih kurang 30 peratus kanak-kanak berusia tiga bulan hingga enam tahun ke bawah berisiko mendapat sawan demam. Sawan demam mungkin berlaku ketika suhu sedang naik ataupun sedang menurun.
 
“Sawan demam mungkin boleh berulang setiap kali kanak-kanak itu demam. Walau bagaimanapun, prognosis sawan demam ini sangat baik dan tidak memberikan kesan di kemudian hari,’’ katanya. Kanak-kanak bawah umur lima tahun mudah dijangkiti demam, batuk dan selesema. Lebih-lebih lagi mereka yang telah ke sekolah atau ditempatkan di taska mahupun pusat penjagaan kanak-kanak.
 
Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai antibodi atau daya ketahanan badan yang kuat untuk melawan jangkitan penyakit.  Jelas Dr. Roliza lagi, “Apabila mereka bergaul dengan kanak-kanak lain yang mungkin mengalami batuk, selesema dan demam, mereka juga lebih mudah dijangkiti penyakit yang sama seperti rakan-rakan mereka yang lain.’’
Demam selalunya disebabkan jangkitan kuman sama ada virus atau bakteria. Demam yang tidak disertai batuk dan selesema selalunya sembuh dalam masa dua, tiga hari dan jarang menjangkiti orang lain.
 
Beliau menambah. sekiranya demam yang disertai batuk dan selesema, ini bermakna ia lebih mudah menjangkiti orang lain kerana kuman selalunya tersebar melalui titisan cecair dari hingus dan air liur. Sekiranya tidak sihat dan sentiasa terbatuk-batuk atau terbersin, ia akan menyebarkan kuman kepada sesiapa sahaja yang berada di persekitaran yang sama. 
Begitu juga jika berkongsi gelas atau sudu yang sama dengan mereka yang mengalami batuk selesema.
 
*Peranan ibu bapa
 
Dr Roliza berkata, ibu bapa perlu memastikan suhu badan anak tidak terlalu tinggi. Berikan anak-anak ubat demam setiap enam jam sehingga suhu turun sedikit.Jika suhu masih tinggi walaupun baru diberi ubat, hendaklah diturunkan suhunya dengan mengelapkan tuala muka basah ke seluruh badan sehingga suhu badannya menurun.
 
Beliau mengingatkan apabila suhu badan tinggi, anak-anak tidak perlu dipakaikan baju tebal atau diselimut tebal.Menurutnya, “Tindakan ini akan menambah suhu badan dan seterusnya meninggikan lagi risiko untuk mendapat sawan demam.
 
“Sebaik-baiknya ibu bapa hendaklah menyimpan jangka suhu di rumah untuk memantau suhu badan anak-anak apabila mereka demam.’’
 
Beliau juga memberitahu, memandangkan kebanyakan demam disebabkan oleh jangkitan kuman, pengambilan antibiotik tidak ada peranan untuk menghilangkan jangkitan tersebut.
“Kanak-kanak yang kerap diberi antibiotik akan mempunyai daya ketahanan yang lebih rendah. Ini kerana kegunaan antibiotik yang terlalu kerap boleh merencatkan pembentukan antibodi di dalam badan,’’ tegasnya.
 
Di dalam sesetengah kes, penggunaan ubat melalui dubur adalah perlu bagi menurunkan suhu badan kerana ia bertindak lebih pantas berbanding ubat yang diberi melalui mulut.

Petikan daripada Arkib Utusan Malaysia

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Sunday, 25 May 2014

Demam Sawan

Demam sawan ialah adalah serangan sawan yang dicetuskan oleh demam yang tinggi pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun.

Apa itu sawan ?
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan.
 
Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda mengalami sawan ?
  • Baringkan dia mengiring dan pastikan kepala pada paras yang sama atau lebih rendah daripada badan.
  • Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.
  • Jangan sekali-kali cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut.
  • Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.
  • Sekiranya sawan itu berterusan anda boleh memasukkan ubat sawan melalui dubur (suppositori diazepam). Sawan sepatutnya berhenti dalam tempoh 10 minit.
  • Bawa anak anda ke hospital sekiranya sawan masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat sawan.
Adakah ia sama dengan epilepsi (gila babi) ?
Tidak. Epilepsi ialah sawan tanpa demam dan biasanya berlaku pada kanak-kanak yang lebih dewasa atau peringkat remaja.
 
Adakah demam sawan menyebabkan epilepsi ?
99% pesakit demam sawan tidak akan mengalami epilepsi.
 
Adakah demam sawan menyebabkan kerosakan otak kekal?
Sangat jarang berlaku, kanak-kanak yang mendapat sawan yang berpanjangan (dalam tempoh lebih 30 minit) mungkin boleh mendapat kerosakan otak kekal.
 
Apakah penyebab demam sawan ?
Sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk selsema atau jangkitan virus.
 
Adakah ia berulang ?
Ya. 3 daripada 10 kanak-kanak yang demam sawan akan mendapat serangan yang sama. Tetapi risiko mendapat demam sawan berkurang apabila melebihi umur 3 tahun.
Adakah anak itu merasa kesakitan semasa sawan
Tidak. Semasa anak itu tidak sedarkan din dan tidak menyedari apa yang berlaku.
 
Apakah yang perlu dibuat jika anak anda demam ?
  1. Periksa suhu badan menggunakan jangkasuhu.
  2. Bukakan pakaian untuk menurunkan suhu badannya dan rendahkan suhu bilik
  3. Lakukan jelungan dengan air paip yang bersih pada keseluruhan tubuh untuk menurunkan suhu badan. Elakkan dan menggunakan ketulan ais (air batu).
  4. Beri minum air secukupnya.
  5. Berikan ubat demam kanak-kanak dengan dos yang betui dan sekiranya anak anda tidak boleh memakan ubat demam, anda. boleh memberi suppositori paracetamol setiap 4-6 jam sekali:
    1. Umur < 1 tahun 5 ml (120 mg)/l sup
    2. 1 hingga 3 tahun 10ml (240 mg)/2 sup
    3. umur > 4 tahun 15 ml (360 mg)/3 sup
  6. Sekiranya anak anda masih kelihatan tidak sihat atau mengalami sakit tekak atau sakit telinga bawa dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Antihiotik tidak semestinya diberikan kepada semua pesakit demam sawan.
Demam bersama sawan boleh berlaku disebabkan oleh penyakit serius yang lain seperti radang otak (encephalitis) dan radang selaput otak (meningitis) contoh: Japanese B Encephalitis (JE). Pesakit yang mengalami demam dan sawan hendaklah menjalani pemeriksaan dokor.
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.