Showing posts with label Gout. Show all posts
Showing posts with label Gout. Show all posts

Monday, 25 May 2020

Vivix Bagus Untuk Pengidap Gout

Assalamualaikum

Mereka Yang Berisiko Hidap Gout

➕ada keturunan yang mempunyai sakit gout
lelaki
➕berat badan berlebihan
➕terlalu banyak mengambil alkohol
➕banyak mengambil makanan bersumber purin
➕penggunaan ubat ubatan seperti aspirin dan diuretic.


Bagaimana Nak Elakkan Dari Kena Gout
*************************************
Pertama sekali semestinya pemakanan dan diet yang betul.

➕ambil produk tenusu rendah lemak
➕makanan bergandum penuh
➕minyak tumbuhan seperti minyak zaitun, bunga matahari
➕buah buahan
➕vitamin c
➕minum air masak dengan secukupnya


Cara Rawatan Gout
*******************
Kebiasaannya doktor akan memberikan anda:

➕Nonstreroidal Anti Inflammatory Drugs (NSAIDs)
➕corticostreroid
➕colchicine

alternatif?
cuba vivix🌟

Vivix Untuk Gout

Nak tahu lagi pasal vitamin ini?Boleh pesan dengan klik ke link ni ye ⏬⏬

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Dengkil, Selangor 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Pekan Dengkil, UiTM Dengkil, Sepang, Cyberjaya, Bandar Baru Salak Tinggi & Putrajaya

Wednesday, 24 September 2014

Tanda dan Rawatan untuk Penyakit GOUT

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. 

Gout merupakan salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun dan ianya jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Jom kita tengok apakah tanda-tanda seseorang itu pengidap GOUT. Dan jika kita ada tanda-tanda penyakit GOUT, boleh terus berjumpa pakar untuk merawatnya.
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Oleh kerana buah-buahan dan sayur-sayuran rendah dalam kandungan tenaga, bermakna mereka menyediakan kurang kalori bagi setiap hidangan berbanding lemak dan kanji, ia juga boleh membantu memudahkan proses pengurusan berat badan. Mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting untuk mencegah risiko gout dan batu karang.

Elakkan sayur-sayuran dalam tin yang mengandungi sodium tinggi yang boleh menyumbang kepada batu karang. Amalkan pemakanan yang sihat untuk pengawalan kandungan asid urik penting untuk kesihatan anda.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Tuesday, 17 December 2013

Suplemen untuk GOUT

Gout adalah sejenis penyakit sendi berpunca daripada asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan. Asid urik adalah bahan buangan terhasil semasa proses penghadaman sejenis protin bernama purin. Apabila tubuh kita berlebihan asid urik yang terkumpul di dalam sendi, ia akan menyebabkan gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang.

Di samping mendapatkan rawatan doktor yang berkelayakan, pesakit boleh cuba amalkan Set Gout Shaklee yang mengandungi Alfalfa, Performance Drink dan Omega Guard.

Fungsi-fungsi Set Gout Shaklee adalah:
Alfalfa - detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.
Performance Drink  -  memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

Omega Guard – mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan.

Majoriti pesakit gout adalah lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun. 
Kaum wanita (sebelum putus haid) jarang mendapat penyakit ini.

Sakit Gout ini mungkin boleh sembuh dengan syarat pesakit mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya sepanjang masa. Cara pemakanan pesakit harus ditukar kepada berlebihkan sayur-sayuran dan kurang daging dan makanan laut.  

Di bawah adalah contoh makanan yang perlu dielakkan:-
-Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
-Ikan bilis, ikan kembung, ikan sardin
-Daging yang cincang
-Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
-Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang 
Anda boleh hubungi saya melalui:

Email:nik_azimah81@yahoo.com 

Whatsapp / SMS:  017-343 0922

Monday, 15 April 2013

Vitamin Supplement Untuk Gout


Apa itu GOUT?

Gout terjadi disebabkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik di dalam darah ini terus meningkat sebahagian asid urik ini akan membentuk "kristal asid urik" pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi mengalami sakit sukar digerakkan, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu ibu jari kaki.

Tubuh menjadi kurang efisien untuk membuang asid urik tersebut apabila buah pinggang tidak berada ditahap kesihatan yang optimum. Ya, buah pinggang kita adalah organ perkumuhan yang penting untuk menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh namun dalam beberapa keadaan, buah pinggang tidak dapat bekerja dengan baik, akibat dari :

Pengambilan ubat-ubatan berunsurkan "drug"
Stress dan tekanan perasaan
Pengambilan protein yang berlebihan
Kekurangan vitamin tertentu yang diperlukan untuk proses perkumuhan

Jadi apakah yang boleh dilakukan oleh pesakit gout disamping mendapatkan rawatan doktor yang berkelayakan?

ALFALFA - detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox

PERFORMANCE DRINK - Memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detox di atas.

OMEGA GUARD - Memelihara kesihatan fungsi sendi selain bagus untuk otak dan kesihatan jantung

LECITHIN - Singkirkan kolesterol

VITAMIN C - Memelihara sistem imun badan
Untuk pembelian boleh email di bayu_laut23@yahoo.com atau PM/Whatapps 017-343 0922