Showing posts with label Turunkan Bacaan Kolestrol. Show all posts
Showing posts with label Turunkan Bacaan Kolestrol. Show all posts

Tuesday, 18 November 2014

Turunkan Bacaan Kolestrol dengan Cara Sihat dengan Mengamalkan Suplemen

Jom ambil tahu cara dan panduan untuk mengawal dan menurunkan paras kolestrol dalam darah anda dengan mengambil supplement yang betul, bebas dadah dan semulajadi. Tips dan panduan di sini saya ingin kongsikan khas untuk anda semua untuk info kesihatan dan kebaikan bersama supaya fokus kita ialah dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah demi kesihatan yang berkekalan.

Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormon, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.

Apakah Kolesterol?
Kolesterol datang dari dua sumber: badan anda dan makanan. Hati anda dan sel-sel lain dalam tubuh anda menghasilkan 75 peratus dari kolesterol darah. Selebihnya 25 peratus datang dari makanan yang anda makan.

Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.

Bagaimana Untuk Merendahkan Kolesterol
Berita baiknya adalah, anda boleh menurunkan kolesterol anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar. Sama ada anda telah diberi ubat preskripsi atau dinasihatkan untuk membuat perubahan diet dan gaya hidup untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ikutilah saranan doktor anda dengan baik. Untuk mengekalkan kolesterol anda dalam kawalan anda disarankan: membuat jadual untuk ujian kolesterol, makan makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu dan bebas dari lemak trans, kekalkan berat yang sihat, dan sentiasa aktif secara fizikalnya.

Antara suplemen yang dicadangkan untuk menurunkan bacaan kolestrol adalah :-

1. OMEGA GUARD
Omega Guard adalah minyak ikan yang kaya dengan EFA (essential fatty acid), atau asid lemak perlu. Asid lemak jenis Omega-3 membantu meningkatkan kadar kolesterol HDL (kolesterol baik). Kolesterol baik ini akan mengeluarkan kolesterol dalam pembuluh darah agar tidak terjadi pengenapan kolesterol di situ.
turunkan kolestrol dengan omega guard

2.GARLIC COMPLEKS
Bawang putih telah digunakan sejak turun-temurun untuk menurunkan kadar kolesterol.

garlic membantu menurunkan bacaan kolestrol
3. LECITHIN
Lecithin meneutralkan kolesterol dalam darah. ia membantu mengurangkan kadar kolesterol kita. Ia adalah pengemulsi kolesterol yang yang utama

lecithin membantu menurunkan kolestrol

Langkah pencegahan awal itu penting di samping penjagaan makanan yang seimbang. Oleh itu, jagailah kesihatan kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat