Showing posts with label Zinc Complex. Show all posts
Showing posts with label Zinc Complex. Show all posts

Tuesday, 18 May 2021

17 Kelebihan Zinc Complex

Assalamualaikum

Zinc Complex memberikan pelbagai kelebihan dan kebaikan terhadap kesihatan samada untuk lelaki ataupun wanita. Zink daripada Shaklee adalah supplement pilihan terbaik. Bukan saja sebab ianya menawarkan manfaat penuh khasiat mineral zink tapi juga boleh didapati pada harga yang sangat mampu milik dan bebas daripada bahan kimia sintetik yang bahaya.


Zinc Complex dirumus daripada zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum daripada tubuh.

Zinc ni biasanya dikaitkan dengan kesuburan lelaki & keguguran rambut tapi Zinc sebenarnya sangat banyak khasiat dan faedahnya utk kesihatan kita.

Jom kita semak 17 kelebihan Zinc Complex yang perlu kita semua ketahui :-

1.MASALAH JERAWAT
Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat. Ia lebih baik dari penggunaan antibiotik.

2. EKZEMA
Ekzema atau ectopic dermatitis antaranya disebabkan oleh kekurangan zink dalam badan.

3. MENYEIMBANGKAN HORMON 
Zinc mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan.

4. KESIHATAN KULIT 
Zink berkait rapat dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

5. PENYEMBUHAN LUKA
Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

6.GANGGUAN PROSTAT
Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

7. MENURUNKAN BERAT BADAN
Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

8. KEHAMILAN
Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

9. KESUBURAN & PEMBIAKAN
Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

10. FUNGSI BIOLOGI
Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

11. MENGAWAL JANGKITAN
Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

12. ANTIOKSIDAN
Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

13. ENZIM
Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

14. KELESUAN KRONIK
Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil makanan yg kaya dengan zink.

15. BOTAK
Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut.

16. KEMEROSOTAN TULANG
Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

17. RABUN MALAM
Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Nak tahu lagi pasal vitamin ini?Boleh pesan dengan klik ke link ni ye ⏬⏬
Www.wasap.my/60173430922/ZincComplexShaklee

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Dengkil, Selangor 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Pekan Dengkil, UiTM Dengkil, Sepang, Cyberjaya, Bandar Baru Salak Tinggi & Putrajaya

Saturday, 13 September 2014

Penjagaan Bibir dengan Suplemen Shaklee

Salah satu punca kita kelihatan lebih tua daripada usia ialah apabila kulit dan epidermis yang semakin nipis. Masalah ini bertambah teruk lagi pada kulit bibir kerana permukaan bibir lebih nipis berbanding lapisan kulit lain.

Bibir hanya mempunyai tiga hingga lapisan berbanding bahagian lain kulit sehingga 16 lapisan. Bibir juga tidak mempunyai sebarang bulu atau rambut halus yang dapat melindunginya dan tiada kelenjar peluh serta kelenjar sebum untuk melembapkan kulit.

Pakar kecantikan turut berpesan, untuk menjaga bibir dengan baik anda hendaklah kenal pasti ‘perosak’ bibir. Sama ada anda sedar atau tidak, gincu atau kosmetik yang dicalitkan konon untuk mencantikkan ulas bibir, sebenarnya boleh juga merosakkan bibir jika ia tidak sesuai digunakan. Antara tandanya ialah muncul kesan menggelupas dan gatal pada bibir.  

Antara penyebab bibir kering dan pecah ialah kerana kekurangan vitamin-vitamin dan mineral di bawah: 
  • kurang vitamin B terutama asid folik dan riboflavin
  • kurang vitamin C
  • kurang vitamin E
  • kurang zat besi
So pilihan bagi penyelesaian bibir kering dicadangkan untuk mengambil  B Compleks, Vitamin C, Vitamin E dan Zinc Compleks.

Jadi, apa yang boleh anda buat sekiranya menghadapi masalah bibir kering, pecah dan menggelupas ialah:

- Pastikan pengambilan air secukupnya (2L atau 8 gelas sehari sekiranya tidak mengambil supplement dan 3L sehari jika mengambil supplement)

- Menggunakan pelembab bibir yang mengandungi SPF 15 atau SPF 20 untuk melindungi bibir dari sinaran matahari.

- Mengambil vitamin Vitalea, B Complex, Vitamin C dan juga Vitamin E.
 
- Mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.

- Menjauhi rokok dan sebagainya.

- Kurangkan pengambilan ubat-ubatan, cubalah beralih kepada natural remedy.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Monday, 8 September 2014

Vitamin untuk Kesuburan Suami

Masalah ketidaksuburan & kesukaran untuk hamil tidak semestinya berpunca dari pihak isteri semata-mata. Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh suami ialah low sperm count atau masalah kekurangan sperma. Ia juga dikenali sebagai Oligospermia.  

Sperma yang sedikit bermaksud semasa ejakulasi kandungan sperma dalam air mani yang dipancutkan adalah sedikit berbanding jumlah yang normal, iaitu kurang daripada 15 juta sperma dalam satu milimeter air mani. Jika suami ada mengalami masalah bilangan sperma yang rendah, jangan risau. 

Ia tidak bermakna kamu tidak boleh mendapat anak. Peluang uols untuk mendapat anak masih ada. Cuma lebih rendah berbanding orang lain yang mempunyai bilangan sperma yang normal. Yang penting jangan putus asa berikhtiar!

Untuk mendapatkan sperma yang berkualiti:
 1. Berhenti merokok
2. Elakkan alkohol
3. Elakkan penyalahgunaan dadah 
4. Elakkan ubat yang boleh memberi kesan kepada kualiti sperma
5. Dapatkan berat badan unggul
6. Kurangkan stress
7. Elakkan pendedahan kepada X-Ray, racun serangga & bahan toksik lain


Bolehkah masalah ini dirawat?
Sekiranya telah disahkan mempunyai masalah kekurangan sperma, suami boleh merawat masalah ini dengan berusaha mengamalkan pemakanan vitamin kesuburan lelaki. Atasi masalah kekurangan sperma dengan vitamin kesuburan Shaklee seperti berikut:

Vitamin E
Berfungsi menyuburkan organ reproduksi. Untuk lelaki, ia berfungsi untuk meningkatkan kelelakian, memekatkan air mani & menghasilkan sperma berkualiti yang sihat, aktif & gagah.

Zinc Complex
Zinc berfungsi untuk menghasilkan sperma yang sihat & berkualiti supaya dapat hidup lebih lama di dalam uterus isteri.  Ia juga bagi menghasilkan sperma yang kuat & mampu berenang dengan laju dalam proses mencari ovum isteri.

Vivix
Membaiki DNA & sel dalam badan, khususnya organ peranakan supaya testis mampu menghasilkan sperma yang berkualiti. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Monday, 4 August 2014

Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum..
Hari ni saya nak cerita pasal set kesuburan shaklee.
Ada yang dah berkahwin bertahun2 tp masih jugak belum ada rezeki nak mendapat zuriat dengan darah daging sendiri.. Memang betul rezeki tu Allah yang tentukan, Dia yang beri. Tapi dia suruh kita berusaha bukan duduk tunggu turun dari langit kan.. usaha, tawakal dan berdoa padaNya..





Kenapa kita perlu set kesuburan shaklee ini??

  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Meningkatkan kiraan sperma.
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Tingkatkan mobiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.
Bagaimana Set kesuburan shaklee ini membantu dalam kehamilan??
Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Merut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.
 
Hal ini juga telah disahkan oleh Pakar Oncology Malaysia, Dr Hamid Arshad melalui Facebook beliau:
“Nasihat untuk mereka yang berusaha mendapatkan zuriat. Selepas buat ujian-ujian kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk membunag cyst/fibroid atau lain-lain. Tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari. Makan supplemen-supplemen multivitamin, Vitamin E, C, Folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa-gesa nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk lihat keberkesanan”

Jom kita tengok peranan atau fungsi setiap suplemen yang dicadangkan...
 
  • Alfalfa Complex
Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah ‘Miss V’ (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.
 
  • Vitamin E
Bagi meningkatkan kualiti sperma. Vita E sangat membantu. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa ‘bersemangat’ untuk bersama pasangan masing-masing.
 
  • GLA complex
Penting untuk isteri bagi menghasilkan ‘cecair kesuburan’. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.
 
  • Zinc Complex
Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.
 
Untuk suplemen tambahan, boleh juga diambil B Compleks yang terkenal dengan suplemen anti-stress, Vitamin C Sustained Release dan juga ESP.
 
Kombinasi vitamin dan mineral Set Kesuburan Shaklee akan beri harapan kepada suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Rupa bayi yang comel, tangisannya membuatkan rumah tangga yang dibina bertambah berseri. Jangan pernah berhenti berharap. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
 
Bila dah berusaha tu kita mestilah berdoa padaNya.. Banyakkan beristigfar dan bersedekah..

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Tuesday, 24 June 2014

Suplemen untuk Penyembuhan Luka

Vitamin dan mineral dalam makanan juga memainkan peranan penting untuk penyembuhan luka selepas pembedahan termasuklah luka akibat proses kelahiran. Walaupun vitamin dan mineral terdapat dalam pelbagai sumber makanan, tetapi semasa tempoh berpantang kebanyakan sumber makanan tidak boleh diambil kerana dipercayai akan memudaratkan tubuh badan.
 
Petua nenek moyang kita telah menyenaraikan pelbagai makanan yang tidak boleh dimakan semasa tempoh berpantang. Sebagai contoh adalah sayur-sayuran seperti kangkung dan bayam, ia dikatakan makanan yang berangin. Memang ada betulnya dan terbukti, tetapi sayuran tersebut juga mengandungi vitamin dan mineral yang bagus untuk kesihatan kita.
 
Jadi untuk memudahkan kita mendapatkan sumber vitamin dan mineral terutama selepas pembedahan atau selepas besalin, lebih baik kita mengamalkan mengambil vitamin dan mineral dalam bentuk suplemen. 
 
Vitamin dan mineral yang paling penting untuk penyembuhan luka adalah Vitamin C dan Zink. Vitamin C diperlukan oleh badan untuk menghsilkan kolagen iaitu sebahagian penyambung tisu kulit yang memainkan peranan penting untuk penyembuhan luka. Manakala zink diperlukan untuk pembentukan dan penjagaan kulit dan membran mukosa.

 

Mereka yang mempunyai ulser kulit biasanya adalah mereka yang kekurangan mineral zink, manakala mereka yang kekurangan  Vitamin C pula biasanya dikaitkan dengan penyakit 'skurvy'.
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rakan Shaklee Anda :-
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Friday, 13 June 2014

Suplemen untuk Luka/Pembedahan

Luka pembedahan minor biasanya akan sembuh dengan sendiri dan biasanya akan sembuh dengan cepat. Tetapi bagi luka pembedahan major ia lebih lambat & sukar untuk sembuh apatah lagi ditambah pula faktor-faktor seperti:-
  • usia yang telah lanjut
  • kekurangan nutrisi dalam pemakanan
  • penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Luka pembedahan jika lambat sembuh dikhuatiri mengundang pelbagai masalah lain seperti bernanah dan mengalami jangkitan kuman. Oleh itu sangat penting untuk mengetahui cara bantu luka pembedahan supaya cepat sembuh.

Berikut adalah suplemen yang penting untuk membantu luka pembedahan supaya cepat sembuh;
  • Antioksidan - Vitamin E & C membantu memerangi radikal bebas, membentuk kolagen bagi memperbaiki struktur kulit, mengelakkan pendarahan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • Protin - Membekalkan asid amino yang penting untuk pembinaan semula kulit, otot dan organ dan ia membantu mempercepatkan luka untuk sembuh dan mengurangkan parut.
  • Zink - Mempercepatkan pemulihan luka
  • B-Complex - Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat, meredakan keresahan dan kerisauan, mengurangkan keletihan dan kelesuan dan memberi tenaga.
  • Glukosamine - jika pembedahan melibatkan sendi.
Selain dari nutrisi yang lengkap, kebersihan diri juga memainkan peranan yang sangat penting. Pastikan luka sentiasa kering dan proses pembersihan sel-sel mati dan penukaran pembalut dilakukan mengikut jadual oleh orang-orang yang telah dilatih.

Vitamin Shaklee yang sering digunakan untuk membantu luka pembedahan agar cepat sembuh terdiri dari;
  1. Zinc Complex
  2. Vitamin C
  3. B-Complex
  4. ESP
 Ia juga sangat popular dikalangan ibu dalam pantang (bersalin normal & pembedahan) kerana bukan sahaja luka cepat sembuh malah badan lebih sihat dan cergas. Ia tidak menyebabkan sembelit dan membantu mengurangkan masalah rambut gugur.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Thursday, 12 June 2014

Set Bersalin Shaklee

Bagi ibu yang sedang hamil pastinya sedang mencari set bersalin yang sesuai, terutamanya yang menyusukan bayi. Antara kriteria yang biasanya menjadi pilihan ibu ialah set bersalin yang mudah, murah dan tidak memberi kesan kepada bayi yang menyusu.

Antara set bersalin yang menjadi pilihan adalah yang berasaskan ramuan tradisional seperti herba dan sebagainya seperti jamu, dan set bersalin yang terdiri dari pil-pil.

Kini ada pilihan yang lebih mudah untuk ibu-ibu terutama yang mementingkan kesihatan dalaman, berpantang sendiri serta menyusukan anak.

Set C atau set confinement, kini bukan sahaja set bersalin, malah mempunyai banyak kegunaan:-
. Berpantang
. Selepas Pembedahan (apa jua pembedahan) . Rambut Gugur

 
Set ini terdiri dari 4 jenis vitamin dan mineral:

- VITA-LEA (mengandungi 12 vitamin & 7 jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh seimbang. perlu kerana ianya mempunyai iron formula yg sgt dperlukan oleh tubuh, terutamanya bg ibu yang banyak kehilangan darah selepas bersalin)

- B COMPLEX (rumusan vit B1, B2, B3, B6, B12, asid folik dan Biotin. penting utk elakkan kemurungan – meroyan, sbg penenang (anti-stres) dan penstabil hormon)

- VITAMIN C (penting utk pembentukan kolagen, mempercepatkn penyembuhan luka dan memperbaiki tisu sel yg rosak akibat bersalin)

- ZINC COMPLEX (membantu mpercepatkan baik pulih luka, terutamanya luka di dalam – utk rahim)
Ibu lepas bersalin bukan saja memerlukan khasiat vitamin dan mineral secukupnya, malah air yang mencukupi untuk menjalankan sistem tubuh yang unggul. 

Set Confinement membantu ibu relaks, membekalkan keperluan vitamin dan mineral asas, mempercepatkan penyembuhan luka dan pastinya tidak memudaratkan bayi yang menyusukan.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Sunday, 18 May 2014

Suplemen untuk Kesuburan Lelaki

 Kelebihan ZINC COMPLEX untuk kesuburan lelaki

1. Meningkatkan Kesihatan Seksual dan TahapTestosteron 
Zink ni dipanggil "the ultimate sex mineral" kerana  zink mempengaruhi kesuburan lelaki, potensi, nafsu seks dan kesihatan seksual jangka panjang.  Zink adalah penting untuk pengeluaran sperma, dan kebanyakan kebanyakan sebab kenapa jumlah air mani menurun dan paras testosteron rendah adalah kerana bekalan zink rendah.Info menarik, setiap ejakulasi boleh mengeluarkan sehingga 5 miligram zink, atau hampir separuh daripada jumlah keperluan harian manusia. Jadi jika anda sedang planning untuk menambah ahli kelaurga, zink boleh membantu meningkatkan kesuburan anda.


2. Menguatkan sel sperma
Jika inginkan zuriat, adalah tidak memadai jika hanya mempunyai nafsu seks yang sihat dan sperma yang sihat dalam jumlah yang mencukupi. Tapi sperma tersebut perlu lah mampu untuk bergerak dengan pantas. Sel sperma perlu kuat dan mempunyai ketahanan yang tinggi untuk berenang ke arah telur untuk menyuburkannya.  Ketahanan dan kekuatan sel sperma yang rendah adalah salah satu punca utama ketidaksuburan lelaki.Kekurangan zink boleh menyebabkan bacaan kekuatan sel sperma (sperm motility) di bawah 50% iaitu peratusan sperma yang bergerak ke hadapan kurang daripada separuh.


 3. Mengurangkan Risiko Kanser Prostat
Zink memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan meningkatkan kesihatan prostat. Baru-baru ini, ahli-ahli sains di Universiti Johns Hopkins dan Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian (cabang penyelidikan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat) mendapati bahawa tisu prostat kanser mengandungi zink yang sangat kurang berbanding daripada tisu organ yang sihat. Walaupun zink terdapat dalam setiap organ, tisu dan sel dalam tubuh manusia, tetapi dalam badan lelaki, prostat mempunyai zink lebih daripada mana-mana tisu lain kecuali tulang. Lelaki yang kurang kandungan zink cenderung untuk mengalami pembesaran prostat (benign prostatic hyperplasia atau BPH) dan prostatis (radang prostat). Mereka juga mempunyai potensi mengidap kanser prostat yang lebih tinggi.

 
Lihat, betapa zink memainkan peranan yang sangat penting untuk kesuburan lelaki. Satu lagi fakta menarik tentang zink adalah zink merupakan mineral penting yang membantu menghasilkan thyroid-releasing hormones, atau TRH, dalam otak, yang kemudiannya memberi isyarat pituitari untuk menghasilkan  thyroid-stimulating hormone (TSH). Pada lelaki, kegagalan untuk melakukannya juga menghasilkan tahap testosteron yang rendah.
 
Jadi, apa kata pertimbangkan pengambilan supplement ZINK jika anda merancang untuk mempunyai zuriat. Cadangan terbaik tentulah dari SHAKLEE. Atau untuk cadangan set kesuburan secara menyeluruh, suami dan isteri boleh mengambil set kesuburan yang  juga mengandungi supplement ZINK COMPLEX SHAKLEE.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Saturday, 10 May 2014

Zinc Complex Shaklee

Zinc Complex (120 tablet)
Harga runcit RM33
Zink ialah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Zink didapati dalam sel-sel di seluruh badan. Ia membantu sistem imun melawan bakteria jahat dan virus. Badan juga memerlukan zink untuk membina protein dan DNA, bahan genetik dalam semua sel-sel.

Ibu mengandung, bayi dan kanak-kanak memerlukan zink untuk membesar dan berkembang dengan baik. Zink juga membantu luka sembuh terutamanya bagi mereka selepas pembedahan dan bersalin. Di samping itu, zink juga penting bagi deria rasa dan bau.

Ramai yang mengambil mudah tentang kepentingan zink untuk kesihatan sperma dan kesuburan. Badan kita tidak menghasilkan zink. Zink hanya boleh didapati daripada makanan atau makanan tambahan (Zinc Complex Shaklee)
 
SIAPA PERLUKAN ZINC COMPLEX
  • lelaki dan wanita (dari bayi hingga warga tua)
  • wanita mengandung (mengelakkan diabetes semasa hamil) dan menyusu
  • orang yang menjalani pembedahan atau mempunyai masalah gangguan pencernaan (seperti ulsur kolitis atau penyakit Crohn)
  • Vegetarian kerana mereka tidak memakan daging yang merupakan satu sumber zink yang baik.
  • Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zink yang cukup untuk bayi melebihi umur 6 bulan. Makanan seperti daging puri adalah disarankan.
  • Alcoholics kerana minuman beralkohol mengurangkan kadar zink yang diserap oleh badan dan meningkatkan jumlah yang hilang melalui urin.
  • Orang yang mempunyai penyakit sel sabit.
 
KEBAIKAN ZINC COMPLEX 
  • Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T cells untuk menentang kanser dan menghalang jangkitan penyakit
  • Diabetes - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
  • Kanser prostat - pengambilan zinc complex dapat mengurangkan pembengkakkan prostat sebanyak 70%
  • Ovulasi wanita - wanita memerlukan zink untuk ovulasi. Zink juga membantu pengucupan uterus untuk mengembalikan daya tahan.
  • Memperbaiki radang kulit - pengambilan zinc complex dapat memperbaiki radang kulit seperti jerawat
  • Jerawat - zinc complex bertindak dengan mengawal selia jumlah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Kelesuan kronik
  • Mengekalkan deria bau 
  • Kemampuan seks lelaki - zinc yang cukup penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma.
  • Gugur rambut/ botak - zink mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel.
  • Membentuk kolagen - zink membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
  • Penyembuhan luka yang cepat - zink mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam 
  • Rabun malam
 
KESAN KEKURANGAN ZINC  COMPLEX
  • Pertumbuhan perlahan bagi bayi dan kanak-kanak
  • Perkembangan seksual lambat di kalangan remaja dan mati pucuk di kalangan lelaki
  • Rambut gugur
  • Cirit-birit
  • Mata dan kulit luka
  • Hilang selera makan
  • Kehilangan berat badan
  • Masalah penyembuhan luka
  • Keupayaan untuk merasa dan menghidu makanan/ bau
  • Tahap kecerdasan yang rendah
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.