Showing posts with label Set Sakit Tumit. Show all posts
Showing posts with label Set Sakit Tumit. Show all posts

Friday, 25 October 2019

Set Sakit Tumit Shaklee

Assalamualaikum

Sakit tumit yang dimaksudkan ialah sakit yang tajam, menyucuk, dan kadang kala akan berdenyut dan kesakitan tersebut akan terjadi betul-betul di bahagian tumit (sebelah dalam).

Sakit tumit ini bukanlah disebabkan faktor umur dan ia juga bukanlah satu penyakit usia.

Sakit tumit kebiasaanya mempunyai CIRI-CIRI seperti berikut:
  • langkah pertama berjalan atau selepas tempoh yang lama tidak berpijak dan keadaan ini sering terjadi pada waktu pagi sebaik sahaja anda bangun daripada tidur atau ingin memulakan pergerakan kaki dari duduk atau berdiri yang lama
  • sakit akan mula hilang dengan pergerakan kaki (jika terlampau teruk sakit tidak hilang)
  • tiada bengkak atau tanda merah pada tumit
  • tiada trauma yang berlaku pada tumit

PUNCA SAKIT TUMIT

-Sakit tumit juga seringkali terjadi kepada golongan wanita kerana mereka gemar memakai kasut bertumit tinggi dalam jangkamasa yang lama. Tetapi tak semua tau, macam saya ni memang hari-hari pakai flat shoe aje tau masih boleh terkena sakit tumit.

-Pemilihan kasut yang tidak betul seperti tiada penyokong lengkungan tapak kaki

-Berdiri ataupun berjalan terlalu lama.

-Masalah tapak kaki rata, tapak kaki terlalu melengkung, atau aktiviti fizikal seperti berlari yang boleh mencetuskan radang dan kesakitan pada fascia seperti yang selalu terjadi kepada ahli-ahli sukan di mana akan berlaku hentakan pada tumit akibat terlalu banyak berlari.

-Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki

-Kecederaan tulang seperti retak

-Aktiviti senaman yang berlebihan

-Radang sendi (arthritis) yang berdekatan dengan Plantar Fascia.

-Menghidap kencing manis

-Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut

-Kekurangan vitamin yang membantu untuk kesihatan tapak tumit serta sendi

-Kekejangan otot betis, sakit tulang belakang, dan juga penggunaan terlalu banyak otot-otot betis.

-Penyakit tulang belakang juga antara punca sakit tumit di mana jika terkena pada urat saraf tulang belakang ia boleh menjalar hingga ke tumit kaki.


Tips Mengatasi Sakit Tumit Tanpa Steroid

Di SHAKLEE juga terdapat produk untuk mengatasi masalah sakit tumit ini. SET SENDI boleh digunakan untukmengatasi sakit sendi dan juga sakit tumit.

Set Tumit Sakit

OMEGA GUARD - Minyak ikan terbaik yang kaya dengan sumber omega-3 (termasuk EPA&DHA) .Asid lemak Omega-3 dapat membantu mengurangkan keradangan pada tapak dan tumit kaki.

OSTEMATRIX - mengandungi Kalsium dan Magnesium untuk menghindarkan kerapuhaan pada tulang dan menguatkan jisim tulang.

Nak tahu lagi pasal vitamin ini?Boleh pesan dengan klik ke link ni ye ⏬⏬

Atau klik je link ini untuk pembelian secara online dengan menggunakan kad debit atau kredit.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Dengkil, Selangor 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Pekan Dengkil, UiTM Dengkil, Sepang, Cyberjaya, Bandar Baru Salak Tinggi & Putrajaya

Friday, 30 March 2018

Set Sakit Tumit

Assalamualaikum

Pernah alami sakit tumit tak? 


Sebenarnya ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya sakit tumit. Antara punca sakit tumit kaki adalah kerana tekanan yang berlebihan, keradangan pada lapisan lemak di tumit dan ketumbuhan spur atau tulang kecil di tumit.

Tekanan yang berlebihan di tumit disebabkan oleh kelemahan otot hamstring dan sendi lutut yang terlalu kebelakang, menyebabkan segala berat badan tertumpu tumit dan bukan di tengah tapak kaki.

Pasti ada cara-cara nak atasi sakit tumit kan? Meh nak bagitau petua untuk kurangkan sakit tumit tu

1. Senaman Tapak Kaki

Tumit kaki akan merasa sakit dan bisa bila kekurangan darah dan oksigen di bahagian tersebut. Amalkan beberapa senama tapak kaki yang banyak dikongsikan di laman sesawang untuk redakan kesakitan tumit.
Antara yang paling mudah adalah dengan melakukan regangan di tapak kaki. Cara-caranya adalah seperti berikut:-
  • Duduk di atas kerusi dan silangkan kaki atas lutut anda yang lain;
  • Bengkokkan pangkal jari anda dan tarik ia ke arah badan anda sehingga anda rasa regangan yang selesa;
  • Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat;
  • Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.
Anda juga digalakkan untuk membuat sedikit regangan tapak kaki sebelum tidur dan bangun dari tidur supaya otot tidak terkejut.

2. Rendaman Kaki

Rendaman kaki bagus untuk melegakan tekanan pada tapak kaki. Lepas seharian bekerja dan berdiri mesti letih tumit kaki tu kan?
Anda boleh amalkan cara ini untuk legakan tekanan pada tapak kaki anda. Sediakan air rendaman kaki dalam besen. Campurkan air suam bersama garam kasar dan campuran bunga-bungaan (alternatif kalau nak kaki harum). Rendam kaki selama ½ jam, anda akan rasa tumit kaki lebih rileks.

3. Pilih kasut Yang Sesuai

Pemilihan kasut yang sesuai amat memain peranan pada tapak dan tumit kaki. Selain design yang cantik, kasut juga harus memberi keselesaan dan tampungan yang baik pada kaki.
Pilih kasut yang sediakan span yang mencukupi pada tapak kaki. Elakkan kasut yang mempunyai tapak yang nipis kerana ia tidak memberi support yang baik pada tapak dan tumit kaki.

4. Pilih aktiviti riadah yang sesuai

Aktiviti riadah /senaman memang baik pada tubuh badan kita. Namun, untuk mereka yang mudah sakit pada tumit kaki, anda perlu kurangkan aktiviti riadah yang memerlukan anda untuk berjalan atau berdiri pada masa yang lama seperti berjoging atau berlari.
Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti berenang atau berbasikal kerana ianya aktiviti yang memberi kurang tekanan pada tapak dan tumit kaki.

5. Berikan Haba Pada Tumit Kaki

Jika anda selalu terdedah pada suhu yang sejuk, seperti di office atau tempat kerja, anda digalakkan untuk memakai stoking bagi mengekalkan sedikit haba pada tapak dan tumit kaki.
Suhu yang sejuk dapat memberi tekanan pada otot kaki. Jadi amalkan untuk memakai stoking ya untuk memberi kelegaan pada tapak dan tumit kaki tu.

Dan Cheq Nik ada cadangan suplemen untuk yang alami sakit tumit. Antara suplemen yang dicadangkan ialah :
1. ESP
2. Lecithin
3. Omega Guard
4. Vitamin C

set sakit tumit Shaklee


Untuk pesanan terus klik link di bawah ye

www.wasap.my/setsakittumit/dengkil

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Dengkil & Putrajaya