Diet dan gaya hidup yang sihat adalah senjata terbaik anda untuk melawan
penyakit kardiovaskular. Bagaimanapun, terdapat banyak maklumat yang
bercampur aduk dengan mitos berkaitan dengan pemakanan yang sihat.
Adalah tidak mengejutkan andai banyak di antara kita yang terkeliru
tentang jenis-jenis lemak. Kita juga ada banyak persoalan berkaitan
dengan garam, daging dan hasil tenusu. Dengan semua perbezaan-perbezaan
pendapat, adalah baik untuk mendapat maklumat dari sumber yang boleh
dipercayai, agar anda dapat membuat pilihan yang bijak bagi diet anda
untuk faedah jangka masa panjang terhadap jantung dan kesihatan anda.
Corak pilihan keseluruhan andalah yang paling diambil kira.
Garis Panduan Pilihan Makanan Yang Disyorkan
Buah-buahan
dan sayuran adalah tinggi vitamin, mineral dan serat – dan ianya rendah
kalori. Memakan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu
anda mengawal berat dan tekanan darah anda.
Makanan bijirin tidak
hancur mengandungi serat yang boleh membantu menurunkan kolesterol
darah anda dan membantu anda berasa kenyang, yang akan membantu anda
menguruskan berat badan anda.
Makan ikan sekurang-kurangnya dua
kali seminggu. Kajian yang telah dilakukan menunjukkan ikan berminyak
mengandungi asid lemak omega-3 boleh membantu merendahkan risiko
kematian kerana penyakit arteri koronari. Pilih daging tanpa kulit dan
sediakannya tanpa menambah lemak tepu dan lemak trans. Pilih produk
tenusu tanpa lemak, lemak 1 peratus dan rendah lemak.
Kurangkan
makanan yang mengandungi minyak sayuran separa dihidrogenasikan untuk
mengurangkan lemak trans dalam diet anda. Sasarkan untuk makan kurang
dari 300 miligram kolesterol setiap hari. Sediakan dan pilih makanan
sedikit atau tanpa garam. Sasarkan untuk makan kurang dari 1500 miligram
garam setiap hari.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.
Saya SID yang berdaftar 894805, ingin berkongsi segala kebaikan suplemen Shaklee untuk semua...sesungguhnya tiada nilai yang termahal melainkan kesihatan yang terbaik
Showing posts with label Pemakanan seimbang. Show all posts
Showing posts with label Pemakanan seimbang. Show all posts
Tuesday, 29 April 2014
Sunday, 5 May 2013
Pemakanan Seimbang
Pemakanan seimbang untuk kanak-kanak Pra Sekolah
Kanak-kanak memerlukan nutrien yang
mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk perkembangan yang sihat dan
optimum dari semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial.
Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu
diambil dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak
seimbang akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti
masalah kurang berat badan, obesiti dan anemia. Jadi guru perlu merancang
menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan supaya murid-murid
prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya. Berikut merupakan
jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh badan, :-
- a) Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.
b) Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.
c) Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.
d) Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.
e) Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh.
f) Serat
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.
Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu,ia juga membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental serta dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Makanan yang berkhasiat juga menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.
Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan. Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia
Pengambilan pemakanan yang kurang atau berlebihan boleh membawa kesan serius terhadap tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Masalah Ini mungkin merangkumi nutrien utama seperti protein, karbohidrat, lemak, termasuk juga vitamin dan mineral. Tanpa mengira sama ada kanak-kanak kekurangan atau berlebihan berat badan, mahupun mempunyai berat badan normal, mereka masih boleh mengalami masalah kekurangan mikronutrien seperti zat besi, kalsium, iodin.
Amalan pemberian makanan yang kurang sihat akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan berat badan atau terbantut serta boleh menjejaskan perkembangan kognitif. Sering kali, kanak-kanak ini juga akan mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral, yang paling umum adalah zat besi, iodin dan Vitamin A. Kanak-kanak yang kurang berat badan lebih kerap jatuh sakit kerana mempunyai daya tahan lebih rendah terhadap jangkitan.
Masalah pemakanan berlebihan timbul apabila kanak-kanak mengambil terlalu banyak makanan, khususnya yang tinggi kalori, dan kurang bersenam. Seorang kanak yang mempunyai berat badan berlebihan berkemungkinan akan menjadi remaja atau dewasa dengan berat badan berlebihan mahupun obes kelak. Kita semua tahu bahawa berat badan berlebihan merupakan satu faktor risiko penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser. Berat badan berlebihan atau obesiti juga boleh mengakibatkan kanak-kanak mempunyai tanggapan imej yang negatif terhadap fizikal badan dan kurang keyakinan diri. Pengambilan nutrien berlebihan juga boleh menjejaskan kesihatan akibat pengambilan mikronutrien seperti vitamin larut lemak (A,D, E dan K) secara berlebihan, tanpa mendapatkan nasihat profesional yang betul. Mikronutrien seperti vitamin boleh berkumpul di dalam tisu lemak dan akan menyebabkan ketoksikan.
- Apakah pelaburan yang terbaik buat anak anda? adakah
pakaian yang cantik dilihat sahaja..pastinya ramai ibu bapa yang mula
membuka mata akan kepentingan memberikan keperluan untuk kesihatan
anak-anak selain pakaian yang cantik juga permainan yang cukup hebat....
PELABURAN TERBAIK UTK ANAK2 adalah:
MealShake
# Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan
# Kaya dengan sumber kalsium dan protein
# Amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat
# Pilihan protein soya terbaik anda
# Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
Memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan
Omega Guard
#Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi
# Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
# Meningkatkan sistem imunisasi
---> Hanya yang TERBAIK dari sumber SEMULAJADI untuk si manja
---> Mengekalkan kesihatan atau memperbaiki taraf kesihatan
Kita MESTI pilih!
- Berminat untuk memberikan kesihatan yang terbaik untuk anak-anak anda sihat dan ceria-ceria selalu..
- sms/whatapps/wechat 017-343 0922
Subscribe to:
Posts (Atom)

