Showing posts with label Puteri Kecilku. Show all posts
Showing posts with label Puteri Kecilku. Show all posts

Monday, 13 October 2014

Part II : Percaturan Hidup Puteri Kecilku

Alhamdulillah..seperti mana yang saya janjikan sebelum ini, in sha allah saya akan sambung kembali entri yang berkisar sambungan tentang puteri kecil kami...saya sedang mengumpul kekuatan untuk menyambung kisah ini kerana tidak sanggup untuk mengingati kembali saat-saat puteri kami diuji dengan cabaran dan ujian yang dianggap besar padanya...

Pada pukul 5 petang , 5 Disember 2013, puteri kecil kami ditolak ke Wad Kaji Saraf di Hospital Kuala Lumpur kerana pakar kaji saraf tiada di  Hospital Ampang. Perjalanan dari Hospital Ampang ke HKL mengambil masa dalam 45 minit kerana kesesakan lalulintas dan hujan lebat. Alhamdulillah bila jam menginjak ke angka 6, puteri kecil kami selamat sampai di Wad 6B di mana wad untuk kanak2 bagi yang mempunyai masalah saraf.

Sesampai di sana, pelbagai penyakit yang dihidapi oleh kanak-kanak..tiba-tiba jiwa ini ketakutan dan cepat-cepat positifkan diri bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya. Di dalam wad tersebut kami diketemukan dengan kanak-kanak yang mengidap penyakit Hyrocephalus. Memang sangat-sangat kesian melihat penderitaan anak itu. Di dalam hati hanya mampu berdoa semoga diberi kesembuhan dan dapat bergerak bebas macam kanak-kanak yang lain.

Tepat jam 8 malam, doktor kaji saraf datang menemui kami untuk menceritakan mengenai apa yang mereka akan lakukan ke atas puteri kecil kami. Puteri kecil kami dibawa ke bilik rawatan untuk diambil sampel di tengkorak kepala yang mengeras untuk mengetahui cecair itu nanah ataupun air biasa. Ternyata selepas diambil sampel, airnya keruh dan doktor menyarankan supaya tengkorak kepalanya ditebuk sedikit untuk mengeluarkan lebihan air. Kami cuma mampu mengiyakan sahaja asalkan anak kami sihat. Minor operation telah ditetapkan pada keesokan harinya, jam 9 pagi. Terasa beban yang amat berat menghempap ke kepala di saat puteri kami perlu menjalani pembedahan.

Jam 6 pagi keesokannya, 6 Disember 2013, puteri kami sekali lagi diserang sawan. Ya Allah...memang tergamam dan terkejut kerana sawan itu sekali lagi menimpa anak kami dan staff nurse bertungkus lumus menghentikan sawan tersebut. Memang sekali lagi air mata seorang ibu tidak dapat ditahan dari mengalir selaju-lajunya... Alhamdulillah sawannya hanya sekejap dan puteri kecil kami ditolak ke bilik pembedahan untuk mior operation. Saya dan suami menunggu dil uar tanpa meninggalkan puteri kecil itu walaupun sedetik. Sejam operation dan puteri kami ditempatkan di Wad 6B kembali kerana keadaannya stabil.

Sayu dan sedih bila melihat puteri kami dipakaikan 2 beg kiri dan kanan bagi tujuan mengeluarkan cecair yang berlebihan di kepala. Selama 7 hari terpaksa memakai beg itu kerana untuk memastikan ia betul2 keluar. Selepas dipastikan air yang berlebihan di keluarkan, beg dibuang dan kesan yang ditebuk dijahit hidup-hidup tanpa bius..Masya Allah..menangis lagi bila dengar ank meraung di dalam bilik rawatan. 

Alhamdulillah selepas minor operation, puteri kecilku kelihatan sihat dan aktif. Selepas dibuang beg, puteri kecil kami discan sekali lagi untuk melihat keputusan selepas operation. Dan yang pasti keputusan itu, meruntun jiwa kami suami isteri...

Nantikan sambungannya kerana kekuatan harus dikumpul kerana part 3 memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Friday, 10 October 2014

Part 1 : Percaturan Hidup Puteri Kecilku

Tanggal 27 Jun 2014, Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya kami dikurniakan seorang puteri yang comel setelah anak pertama dan anak kedua adalah lelaki..
Di saat bertarung melahirkan puteri comel ini, boleh pula saya tertido dua kali sementara menunggu bukaan untuk tolak baby keluar...memang lucu dan pelik kerana sebelum ini memang saya tidak pernah melaluinya..mungkin juga sebab baby perempuan..


Di dalam suka pastinya ada duka..pada 1 Disember 2013, puteri ini dikejarkan ke Hospital Ampang kerana sawan tak berhenti selama 45 minit. Di dalam kepala kami, hanya berdoa dan terus berdoa semoga puteri ini dilindungi olehNya...Jam 6 pagi kami sampai ke Hospital Ampang dan puteri ini terus diberi rawatan. Seingat saya, jam 1 petang barulah puteri kami di bawa ke wad kanak2 iaitu Wad 4B...

Semasa mengiringi puteri kami ke Wad Kanak-Kanak, betapa sayunya hati seorang mama dan papa bila tubuh anak dipenuhi dengan wayar dan bernafas dengan bantuan oksigen. Bila memasuki wad 4B lagi sayu hati ini sebab pelbagai masalah kesihatan anak-anak kecil di dalamnya. 

Bermula masuknya wad, puteri kecilku sentiasa dipantau dengan rapi dan bermulala antibiotic yang menusuk masuk ke tubuh kecil puteriku. Hiba dan pilunya tengok betapa pekatnya antibiotic dan kuantitinya yang terpaksa di masukkan. Tapi kami redha walaupun pada masa itu, kami tidak sanggup melihat puteri kami dicucuk sana sini. Dalam hati kami sentiasa berdoa semoga anak kami sihat sejahtera seperti yang sebelumnya.

Pada 3 Disember kami sekeluarga ada berbincang dengan doctor untuk memindahkan anak kami balik ke Kelantan kerana majority keluarga ada di sana dan memudahkan kami untuk bergilir dan sanak saudara untuk datang melawat. Tetapi niat kami tidak dipersetujui kerana puteri kami memerlukan pemantauan rapi. Tetapi dalam tempoh berada di Hospital Ampang, doctor menasihatkan dan memohon persetujuan untuk mengambil air tulang belakang tetapi kami suami isteri nekad tidak membenarkan..

Pada 4 Disember 2013 sekali lagi puteri kami diserang sawan dan tunggu arahan untuk dibawa ke bilik CT Scan untuk mengetahui kenapa berlakunya sawan. Sawan menyerang kira-kira jam 3 pagi dan saya bagaikan orang gila memanggil nurse dan doktor bila tengok anak kejang tanpa henti. Jam 10 pagi pada 4 Disember 2013, puteri kami ditolak ke bilik scan dan masa itu, betapa lemahnya semangat dan takut untuk mengetahui selanjutnya. Semasa puteri kami di dalam bilik Scan, kami tidak putus-putus berdoa kepada Allah semoga puteri kami baik-baik aje. Air mata berguguran memang tidak pernah kering dari mata...saat itu juga kami kongsikan ke akaun Facebook memohon kawan mendoakan keselamatan anak kami.


Setelah setengah jam di dalam bilik scan, akhirnya doktor meminta kami berjumpa dengan Pakar Kanak-Kanak untuk membincangkan mengenai keputusan CT Scan..masa itu memang degupan jantung teramat deras dan semangat memang hampir kosong...walau bagaimana pun kami redha dan pasrah dengan keputusan doktor asalkan puteri kami selamat. Hasil daripada perbincangan dengan doktor, puteri kami terpaksa dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana pakar ada di sana...anak kami disahkan mengidap meningitis dan ada kuman di selaput otak. Ketika mendapat tahu penyakit yang ditanggung oleh puteri kami, hanya Allah yang tahu perasaan kami suami isteri..betapa terasanya beratnya dugaan Allah untuk kami sekeluarga.

Tepat jam 5 petang, 5 Disember 2013, puteri kami dipindahkan ke HKL di bahagian Kajisaraf untuk minor operation pada keesokannya..Maka bermulalah kisah kami anak beranak di HKL...

Sambungan di entry seterusnya..

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat