Showing posts with label Teknik Menyejukkan Suhu Badan Anak. Show all posts
Showing posts with label Teknik Menyejukkan Suhu Badan Anak. Show all posts

Friday, 28 November 2014

Teknik Menyejukkan Suhu Badan Anak Yang Demam

Bila anak demam, panik rasanya kan?Walaupun anak dah besar, skill keibubapaan yang macam ni rasanya tak cukup lagi.Kekadang was-was jugak.Apakah betul apa yang dipraktikkan? Sebab, kalau ilmu yang sesat digunakan, maka bertambah-tambah lagi jadinya.
turunkan suhu ketika anak demam

Ini adalah panduan untuk semua ibubapa di luar sana..pastinya sudah sedia maklumkan? Suhu badan yang normal adalah di bawah 37.4C. Naik 0.1 lagi, maknanya demam la anak kita ye. Risau dibuatnya apatah lagi jika suhu selalu menghampiri 40C. Kekejangan atau sawan boleh berlaku dan menyerang jika suhu terlalu tinggi. Walaupun serangan mngkin hanya mengambil masa seminit, akibatnya boleh menyebabkan kecacatan otak dan juga mengundang maut...Nauzubillah..

Perkara pertama yang harus dilakukan jika anak demam ialah berikan ubat demam. Jika hanya demam biasa, suhu sepatutnya akan menurun tetapi jika demam virus, ubat demam tidak akan membantu. Anak perlukan antibiotik. Ini adalah kes di mana suhu badan tidak turun selama beberapa hari.

Semasa demam, anak perlu dipujuk untuk minum lebih banyak air putih. Demam sudah pastinya akan mengganggu selera makan anak. Dan jika anak tidak berselera untuk makan, tidak mengapa tetapi pastikan anak mendapat bekalan air yang banyak, bimbang jika berlaku dehydration nanti.

Yang kedua lapkan badan anak dengan air. Saya suka mengamalkan air asam jawa disapukan di sekitar ubun-ubun dan kepala dan juga ke seluruh badan bagi tujuan menurunkan badan panas. Ramai juga di kalangan ibubapa yang mengelap badan anak dengan air biasa. Dalam kes ini mungkin anak-anak akan menangis kesejukan...tapi demi kesihatan anak-anak, ibubapa harus kuat.

Semoga perkongsian sedikit sebanyak ini dapat membantu ibubapa yang mana anaknya kerap diserang demam..

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat