Showing posts with label Senggugut. Show all posts
Showing posts with label Senggugut. Show all posts

Sunday, 22 May 2016

Tips dan Ubat Senggugut yang boleh dipercayai oleh para wanita

Alhamdulillah...setakat ini, saya tidak pernah lagi diserang senggugut yang teruk. Bila dengar kawan bercerita pasal dirinya diserang senggugut memang kasina. Ingat lagi sorang kawan di mana tiap kali datang bulan akan terguling-guling menahan sakit. Pastinya memang tak dapat ke kuliah. Ada sorang lagi sampaikan panaskan seterika dan tungkukan kat perut..

Antara tips yang anda boleh amalkan ketika diserang senguggut ialah:-

tips untuk senggugut

1. Bila anda kena senggugut anda boleh amalkan minum air suam. InshaAllah boleh mengurangkan senggugut.

2. Ada setengah berpendapat bagus juga minum air suam dan ada yang kata bagus minum air coca-cola.

3. Bila kena senggugut ada yang bagus dan mujarab minum air halia. Mungkin anda boleh cuba?

4. Orang dulu-dulu suka tuam dengan menggunakan air panas atau tungku besi. Tetapi sekarang anda dah boleh menggunakan beg panas. Mudah dan senang.

5. Jangan biasakan minum air sejuk atau mandi air sejuk bila datang sakitnya sebab badan mudah masuk angin.

6. Amalkan dengan mengambil makanan tinggi kalsium supaya bila datang senggugut tak menjerit.  

Di samping itu, wanita yang senggugut boleh mencuba gla compleks. Tak pernah tengok macam mana botol gla? Rujuk gambar di bawah ini ye

teman baik wanita

Saya sediakan juga testimoni menarik di mana customer ini mengambil gla untuk period yang tidak teratur tetapi tercantik pula katanya. Mengikutnya parut jerawat makin berkurang selepas mengamalkan gla..

stabilkan period dengan gla


cantikkan kulit dengan gla
 

 Pesan UBAT SENGGUGUT DI SINI


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Monday, 18 August 2014

Penawar Senggugut yang Selamat

Pasti setiap wanita akan mengalami masalah senggugut...ada yang mengabaikan masalah ini...jangan abaikan kaum wanita..boleh menjadi teruk..sekarang tidak nampak kesannye tapi akan datang kita tidak tahu...

Ramai diantara kita yang menghadapi senggut ketika haid.Kadar kesakitan berbeza-beza diantara satu orang dengan orang lain.Ada yang sampai tahap berguling2 atau sakit biase sahaja....Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja...

Jika dilihat secara teliti, simpton-simptom PMS kebanyakannya dipercayai berpunca daripada tahap kalsium yang rendah dalam sistem saraf pusat.

Maka dengan sebab itulah pengambilan suplemen kalsium adalah sangat-sangat dicadangkan semasa PMS. Kajian telah membuktikan pengambilan kalsium boleh memberikan kelegaan kepada semua simptom PMS. Kalsium juga membantu melegakan kesakitan senggugut semasa haid dengan cara mengekekalkan kestabilan otot seterusnya mengurangkan kekejangan (senggugut). Kalsium juga dapat membantu mengatasi retensi air dan sakit-sakit pinggang dan belakang. Pakar menyarankan pengambilan antara 1000-1500mg kalsium untuk mereka yang sering diserang gejala PMS ini.

Akan tetapi kalsium semata-mata tidak akan menunjukkan kesan positif kerana ianya memerlukan magnesium dan vitamin D sebagai sinergi.

Magnesium sangat membantu untuk penyerapan kalsium dan dalam masa yang sama juga berfungsi melegakan gejala-gejala PMS seperti kemurungan, kembung dan bengkak payudara. Kajian menunjukkan wanita yang mengambil magnesium ini didapati kurang mengalami senggugut kerana magnesium boleh membantu melegakan kekejangan otot. WomensHealth.com menyarankan pengambilan 400mg magnesium sehari untuk mengurangkan gejala-gejala PMS ini tetapi kesannya mungkin hanya akan dapat dilihat setelah 2 atau 3 kitaran haid.

Vitamin D juga sering digabungkan dengan kalsium dalam menguruskan masalah PMS. Bersama-sama kan lebih baik? Kesannya lebih ummmpphh!!

Selain bertindak membantu menyerapan kalsium, vitamin D juga boleh memberikan kelegaan bagi sakit-sakit yang dialami oleh wanita semasa PMS, dengan cara penghalang generasi prostaglandins dalam badan. Dan dose yang dicadangkan pula adalah sekitar 400IU.
 
 
Ya, kenapa Ostematrix? Kerana OsteMatrix bukan sekadar kalsium. Malah dilengkapi dengan magnesium dan juga vitamin D dengan dose saranan yang ideal. Anda boleh nilaikannya sendiri 

Dapatkan Ostematrix di sini...khasiatnya banyak jika nak dibandingkan dengan harganya..

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Tuesday, 20 May 2014

Atasi Senggugut dengan suplemen Shaklee

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea(Satu keadaan di mana seorang wanita merasai kesakitan selama sehari atau beberapa minit akibat serangan haid). Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

CARA MENGATASI SENGGUGUT TANPA UBAT
  • Cara lain adalah dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.
  • Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok.
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.


Di antara suplemen yang dicadangkan untuk senggugut yang teruk..
Jangan biarkan senggugut menghantui hidup anda.....!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Wednesday, 24 April 2013

Senggugut



Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagianseperti senarai dibawah. 

Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian. Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan olih kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium .
Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain.  Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan. 

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya.

Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin.

Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’ Gadis gadis yang mengalami senggugut bolih mengambil ubat penawar sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’.

 Senggugut jenis kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya.   Senggugut ini disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim  seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan.

Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan. Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk.

SENGGUGUT yang biasanya menyerang anak-anak gadis. Biasanya senggugut akan hilang bila seseorang gadis itu telah berkahwin dan beranak pinak. Dan senggugut tidak akan datang lagi. Namun ada pengecualiannya di mana terdapat juga kaum wanita yang masih mengalami penyakit senggugut walaupun sudah beranak pinak dan juga pada wanita post menopaus; yakni wanita yang sudah melalui zaman menopaus tetapi darah haid datang semula.

Senggugut atau dismenorea (Dysmenorrhoea) ialah rasa sakit atau tidak selesa ketika datang haid. Senggugut biasanya bermula sejak seseorang gadis berumur belasan tahun dan berpunca daripada masalah kesihatan atau penyakit.Senggugut dikaitkan dengan pengeluaran berlebihan bahan yang disebut prostaglandin dari lapisan dalaman rahim (uterus) semasa haid. Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim dan perubahan pembuluh darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit ketika haid. Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran keluar darah dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan rasa sakit.

Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim. la ditandai oleh rasa senak di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah. Senggugut yang biasa yakni bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.

Gla shaklee terbaik utuk mengatasi senggugut...


Dapatkan dari saya dengan menghubungi 0173430922 @ email bayu_laut23@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan pembelian.