Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

Mengajar dan Merangsang Anak Bercakap

Assalamualaikum semua...
Ibubapa pastinya risau jika anak yang berumur 3 tahun belum petah bercakap kan?jangan risau ye.. Di sini saya nak kongsikan tip untuk merangsang anak-anak cepat bercakap...
Apa yang anda boleh anda lakukan sebagai ibu bapa bagi merangsang pertuturan anak anda??

Bagi budak 1 tahun ke bawah:-
  1. Bertutur kata lembut,
  2. Tersenyum dan 
  3. Memberikan perhatian atas reaksi anak anda kerana bayi normal mampu memahami dan merasakan komunikasi berdasarkan respon dua hala dan gerakan tubuh anda seawal 8 minggu.
  4. Respon apabila bayi anda menangis dan cuba 
  5. Menenangkannya agar keperluan bayi anda dipenuhi bagi mengelakkan frustasi..
  6. Belajar isyarat bayi anda agar bayi anda berasa selamat dan selesa.
  7. Menyanyi bersana anak anda !!Lagu merupakan cara terbaik mendedahkan anak anda dengan pelbagai kosa kata baru samada bahasa inggeris atau melayu. Ianya cara mudah dan menyeronokkan
  8. Membuat ekspresi muka dapat membuat bayi anda ketawa..Bayi dalam 6bulan ke bawah mendapat pelbagai bentuk pelajaran seperti cara menyuarakan isihati mereka melalui mimik muka dan gerakan badan.Oleh itu,luangkan masa bermain bersama anak-anak anda untuk mendorong kemampuan mereka bertutur dan bercakap..
  9. Bayi juga mampu belajar melalui rutin dan pengulangan pola..Rajinkan diri anda bercakap dengan bayi anda dan ulangi sebutan atau perkataan yang sama ketika rutin contohnya, ketika waktu makan anda boleh mengulang sebutan "nyam-nyam' untuk sedap atau anda boleh selalu membahasakan diri anda "mama" setiap kali bercakap dengan anak anda!
Bagi budak 1 tahun ke atas:-


    1. Mengulang sebutan mereka bagi memberikan mereka motivasi bertutur,selain itu berikan mereka     ciuman,tepukan dan kata -kata pujian
    2. Menyebut perkataan yang betul kerana anak anda mula belajar dan meniru anda pada ketika ini
    3. Jika anda anda buku bergambar,boleh tunjukkan dan terangkan kepada anak-anak anda dengan cara mudah walaupun dia masih belum mengerti sepenuhnya
     4. Semakin memperkenalkan anak anda dengan pelbagai bunyi dan objek samada melalui buku,atau   menunjukkan dalam situasi sebenar ketika berjalan-jalan seperti 'dog','flower'     
     5.Menunjukkan pelbagai gambar berwarna dan menarik perhatian anak kecil anda
     6.Memperkenalkan dengan angka dalam keadaan santai contohnya mengira 1- 10 ketika menaiki tangga sebelum tidur agar anak anda tidak terasa tertekan dan gembira sambil membuat aktiviti rutinnya tanpa menyedari dirinya sedang mempelajari sesuatu yang baru.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Monday, 1 September 2014

Tips cuci muka dengan cara yang betul

Pastikan muka di cuci sebelum tido ye...walau letih macam mana pun disiplinkan diri untuk mencuci muka sebelum tidur...

Ni saya nak bagi tips untuk kaedah cuci muka dengan cara yang betul...

Langkah 1 : Cuci tangan
Tangan hendaklah sentiasa dalam keadaan cuci sebelum membersihkan muka, memakai makeup atau memegang wajah anda. Tanpa disedari banyak sangat kuman yang  melekat ditangan jika tidak dibasuh terlebih dahulu.

Langkah 2 : Ikat rambut anda
Dengan mengikat rambut, senang untuk membersihkan muka tanpa gangguan dari rambut yang berjuntai.

Langkah 3 : Bersihkan makeup
Jika menggunakan makeup, elok benar sekiranya mencucinya dahulu sebelum masuk beradu.

Langkah 4 : Basahi muka
Percikkan sedikit air di wajah agar pri-pori tidak terbuka.

Langkah 5 : Menggunakan pencuci muka
Picit sedikit pencuci muka di telapak tangan dan gosok perlahan-lahan sehingga berbuih dan sapukan di muka untuk menanggalkan sisa-sisa makeup.

Langkah 6 : Membilas
Selepas sesuai mencuci muka hendklah dibilas dengan air untuk memastikan muka benar-benar bersih

Langkah 7 : Menggunakan penyegar
Amatlah disarankan menggunakan penyegar untuk memastikan sisa makeup ditanggalkan sepenuhnya. Penyegar juga berfungsi mengecilkan pori-pori,menghilangkan minyak dan menjernihkan kulit.

Langkah 8 : Pelembab kulit
Sapukan pelembab kulit agar terjaga kelembapannya,

selamat mencuba!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Friday, 8 August 2014

Tips : Cantik Selepas Bersalin

 

Mendapatkan kembali bentuk badan yang langsing adalah idaman setiap ibu-ibu yang bersalin. Pada waktu ini, berat badan akan meningkat dengan mendadak. Perut pula akan nampak menggeleber. Seluar yang dipakai ketika sebelum bersalin sudah tidak muat lagi.

Untuk menyelesaikan masalah ini, terdapat beberapa petua untuk cantik selepas bersalin yang boleh diamalkan. Ianya adalah gabungan beberapa petua orang dulu-dulu dan kaedah moden.

Berikut dikongsikan beberapa tips yang anda boleh diamalkan:

1. Mengambil herba-herba tradisional
Herba-herba tradisional sememangnya diketahui mempunyai khasiat dan kelebihan yang tersendiri untuk membantu ibu-ibu yang melahirkan anak untuk mendapatkan kembali tubuh badan yang ideal.Selesai sahaja melahirkan anak, ibu akan melalui rawatan secara berstruktur yang dipanggil berpantang. Ia berlangsung selama lebih kurang 44 hari atau 6 minggu.

Tumpuan utama rawatan adalah untuk memulihkan organ pembiakan wanita, menyembuhkan luka, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj. Orang dulu-dulu percaya jika rahim kendur, wanita akan kelihatan tua dari umurnya.
Di antara herba-herba yang boleh diambil adalah seperti:
  • Temulawak – mengeluarkan toksin dari hati, mengawal kandungan lemak dan kadar kolesterol di dalam badan, mengurangkan kekejangan otot, dan mengawal masalah keputihan.
  • Lada pintal – menghilangkan bau badan dan mengurangkan masalah keputihan.
  • Kayu serapat – membantu kesihatan rahim yang optimum, mengurangkan kegatalan dan keputihan, membantu melancarkan kitaran haid dan sebagai awet muda.
  • Tahi angin – melancarkan peredaran dara, mengurangkan masalah angin meroyan dan mengurangkan masalah jangkitan kuman pada kulit.
  • Sireh – baik untuk mengurangkan masalah keputihan, menstabilkan kitaran haid dan menghilangkan kegatalan.
  • Manjakani – membantu menegangkan otot faraj, menganjalkan kulit selepas bersalin, baik untuk menegangkan payu dara dan menstabilkan hormon.
Memang banyak lagi herba-herba yang boleh diambil oleh ibu-ibu yang bersalin. Terdapat banyak pilihan untuk set bersalin lengkap untuk mereka yang tiada masa untuk menyediakan herba-herba ini di rumah.

2. Pemakaian bengkung untuk mengembalikan bentuk badan kepada asal.
Penggunaan bengkung sudah sinonim dengan amalan masyarakat Melayu. Ia masih dipakai oleh wanita-wanita yang bersalin sejak zaman-berzaman. Seiring dengan perkembangan zaman, bengkung telah mengalami inovasi tersendiri untuk memenuhi keperluan wanita bersalin. Bengkung moden sekarang bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang malah ia direka khusus untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada tubuh badan.

Bengkung baik untuk:
- mengembalikan bentuk tubuh badan kepada asal setelah bersalin.
- mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada.
- menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin.
- menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang.
- menghalang peranakan daripada ‘turun’.


3. Mengambil makanan yang berkhasiat.
Ibu-ibu yang bersalin juga perlu ‘berpantang’ daripada mengambil makanan yang tertentu. Makanan yang mengandungi air perlu dielakkan kerana ia akan meningkatkan pengekalan air di dalam badan. Makanan yang dipanggang atau dikukus adalah pilihan menu harian semasa berpantang. Makanan laut juga ditegah kerana ia menyebabkan alahan dan melambatkan penyembuhan luka. Makanan yang menyebabkan angin seperti kekacang juga perlu dielakkan.

Ibu-ibu digalakkan untuk melebihkan memakan pelbagai jenis buahan-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan kembali vitamin-vitamin dan garam mineral yang diperlukan oleh badan. Serat dari bijirin juga boleh diambil untuk membekalkan tenaga dan membuatkan perut kenyang dalam masa yang lama. Produk-produk tenusu seperti susu dan yogurt baik untuk membekalkan protein dan membantu menurunkan berat badan.

4. Sentiasa menyusukan anak.
Menyusukan bayi bukan hanya bermanfaat untuk bayi, malah baik kepada ibu juga. Ia boleh membakar lebih banyak kalori, membolehkan berat badan turun semasa berpantang. Ia juga baik untuk mengurangkan risiko menghidap kanser payudara dan tulang rapuh.

5. Kerap bersenam
Jika anda inginkan tubuh badan yang cantik selepas berpantang, cuba lakukan beberapa aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.Cukup dengan melakukan senaman ringan seperti senaman aerobik selama 30 minit 3 kali seminggu. Jika anda tidak tahu senaman apa yang anda boleh lakukan, sibukkan diri anda dengan menyapu halaman rumah atau mengemas bilik.

Amalkan tips-tips ini untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik dan langsing. Insya-Allah suami anda pasti akan tersenyum dan gembira melihat isterinya kembali cantik seperti mula-mula berkahwin dulu...


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Sunday, 15 June 2014

Perut besar atau buncit boleh disebabkan tumpukan lemak yang ada di perut atau otot perut yang tidak terlatih. Pelbagai usaha tentu akan anda lakukan untuk mengurangkan tumpukan lemak tersebut, dari mulai diet rendah kalori sampai senam dan bahkan yang paling ekstrim melalui sedot lemak.

Jepun mempunyai cara unik untuk melatih perut supaya tegang dan hasilnya perut boleh mengecil. Caranya hanya dengan meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat. Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu mempunyai hasil yang berbeza-beza, tetapi semuanya berjaya mengecilkan perut.

Cara-caranya ialah:-
1. sediakan sebatang straw
 2. Potong straw 5 cm
3. Ratakan salah satu hujung straw
4. Tutup separuh lubang straw dengan salotape
5. Mulut straw setelah ditutup dengan salotape 1/2 bahagian
6. Tarik nafas dalam-dalam dan tiup dengan kuat straw selama 5 saat
7. Lakukan selama 3 minit setiap hari
8. caranya, meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat
9. Beberapa orang telah melakukannya selama 2 minggu dan hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berjaya mengecilkan perut
10. Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas
11. Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, kesan penggunaan otot perut semakin meningkat

Selamat mencuba!

Dipetik daripada dairishare.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Tuesday, 3 June 2014

Tips Bebaskan Rambut dari Kutu



Meski pun masalah kutu rambut kian kurang didengari namun langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil memandangkan ia boleh dijangkiti kepada orang sekeliling. 
 
Bagaimana pun jika ia terjadi pada diri sendiri, jangan panik sebaliknya cuba petua ini. 


Pertama sekali, ambil empat ulas bawang putih dan tumbuk sehingga lumat. Seterusnya gaulkan bersama-sama tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada keseluruhan rambut serta kulit kepala sekali. Biarkan selama 15 minit dan kemudian gunakan sikat kutu untuk menyikat. 

Amalkan selalu petua ini bagi memastikan rambut bebas daripada masalah kutu.
 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Wednesday, 28 May 2014

8 Kesalahan Kesihatan Anda Perlu Tahu dan Elak!

Kesihatan diri bukan soal kesempurnaan. Yang penting adalah keseimbangan dan masing-masing mempunyai keseimbangan yang tersendiri. Tapi apa sekalipun, cubalah elak 8 kesalahan kesihatan yang berikut:

1. Tak cukup atau terlebih Tidur!
Dengan kesibukan kerjaya zaman sekarang, terutama dengan kos kehidupan yang makin meningkat di Malaysia, ramai yang tidak dapat cukup tidur. Bukankah itu bagus untuk tingkatkan pembakaran kalori? Memang tak. Walaupun anda terjaga lebih lama, badan tidak bertenaga. Dari situ anda sendiri tidak bermaya dan kurangkan aktiviti. Malah nafsu makan akan meningkat kerana badan akan perlukan boost kalori untuk teruskan aktiviti. Inilah punca penambahan berat badan bagi mereka yang tidak cukup tidur 8jam.

Selain peningkatkan berat badan, amalan tak cukup tidur boleh akitbatkan sakit jantung, kecerderaan (kerana kecuaian mental), depression, stes dan lain-lain.Tidak kira kesibukkan kerjaya dan lain-lain, cuba yang terbaik untuk mengatur masa supaya dan cukup rehat. Kalau tidak, yang menjadi mangsa adalah diri anda sendiri bukan kerjaya. Keseimbangan work-life itu memang penting.

2. Elak Sarapan.

Saya memang tidak faham logik amalan elak memakan sarapan. Terlalu sibuk? Tiada masa? Nak kurangkan kalori? Jangan tak makan sarapan. Yang rugi nanti anda. Makanan sarapan penting untuk break-fast dan bekalkan nutrisi dan tenaga untuk aktiviti anda. Jangan tunggu sampai di pejabat baru nak makan. Cuba makan secepat mungkin untuk bantu 1) bekalkan tenaga badan 2) tingkat kecergasan mental dan 3) penting dalam mengawal nafsu makan. Kalau tunggu sampai di pejabat baru nak makan, sudah tentu nafsu makan sudah bergelora. Jangan. Makan sarapan secepat mungkin.
Skip breakfast bantu kurangkan berat? Dalam ramai-ramai yang berjaya kurangkan berat badan, tidak ada seorang pun yang elak sarapan pagi.
 
3. Abaikan Senaman Weight Training
Malangnya di Malaysia, kalau sebut tentang senaman pemberat, orang ramai sering kaitkannya dengan sukan bina-badan atau hanya untuk lelaki yang ingin nampak gagah-perkasa. Itu salah. Senaman pemberat sesuai untuk semua, termasuk:
  • Mereka yang ingin kurangkan berat badan. Kenapa? Kerana 1) bila kurangnya berat badan, anda juga akan kehilangan otot. Maka weight training penting untuk kurangkan jumlah otot yang hilang. 2) Otot bantu tingkatkan metabolisma badan.
  • Wanita yang ingin kelihatan fit dan firm.
  • Warga emas untuk kekalkan otot-otot yang ada, kuatkan sendi-sendi dan elak daripada tulang rapuh.
  • Sakit pinggang? Satu-satu cara untuk atasi masalah sakit bahagian belakang bawah adalah dengan senaman pemberat yang bantu kuatkan otot berkenaan.
  • Kanak-kanak pun amalkan senaman pemberat tapi bukan di gym. Senaman di taman permainain umpama senaman pemberat tapi di gunakan berat kanak-kanak itu sendiri. Ia penting untuk mengalakkan tumbesaran.
  • Dan lain-lain.

 

4. Too Much Protein!

Walaupun ia tren masa kini, lagi-lagi dengan pelbagai suplemen dan makanan tambahan berprotein. Elak daripada pemambilan protein terlalu banyak. Ia boleh berikan beban yang tinggi kepada buah pinggang, gout dan lain-lain

5. Bergantung kepada orang lain.
Zaman sekarang, memang penuh dengan pelbagai produk dan perkhitaman kesihatan. Dari suplemen, makanan tambahan, pusat pelangsingan, doktor, jurulathi peribadi dan kevinzahri.com (hehe), memang macam-macam ada untuk penggunaan anda.

Tapi ramai yang bergantung semata-mata kepada pihak ketiga untuk mengawal kesihatan diri sendiri. Padahal, tanggungjawap kesihatan dan kecergasan sepatutnya tanggungjawap diri, bukan orang lain. Dan di sinilah ramai yang dipergunakan oleh pihak-pihak komersial tapi tetap tiada pandai mengawal kesihatan diri.

Akhirnya, jangan bergantung dan dipergunakan orang lain. Bergantunglah kepada diri sendiri dan mempergunakan produk-produk komersial.

 

6. Merokok.

Dalam seminar-seminar saya, saya jarang menyentuh bab merokok. Kenapa? Kerana semua dah tahu tentang keburukkannya bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk keluarga terdekat (2nd hand smoke).Walaupun ia hak individu, amalan merokok sememang tabiat kesihatan yang buruk untuk sesiapa.

7. Elak Pemeriksaan Kesihatan Tahunan

Yang ini memang penting tapi ramai yang anggap ia remeh-temeh atau takut hapadi realiti kesihatan diri. Ini bukan soal BMI, kolesterol atau glukos darah semata-mata. Pemeriksaan ini amat penting untuk diagnosis penyakit-penyakit di luar kawalan seperti barah/kanser dan pelbagai masalah yang tidak diingini.
Kalau anda boleh laburkan ratusan atau ribuan Ringgit untuk suplemen kesihatan, apatah lagi untuk pemeriksaan kesihatan untuk kesihatan diri.

8. Bersenam Hari-Hari

Mungkin anda terkejut dengan kesalahan ini tetapi antara kesalahan kesihatan yang besar adalah amalan bersenam hari-hari. Kenapa pulak? Kerana senaman memberikan beban kepada fizikal dan mental badan. Kalau beban atau stres ini diteruskan setiap hari, katakan 7x seminggu, badan tiada peluang untuk membaiki diri. Dalam keadaan begini, kebarangkalian anda cedera memang tinggi.
 
Pastikan dalam seminggu paling kurang ada 1x hari rehat dan 2x setahun rehat berpanjangan (dalam 1-2 minggu) untuk membenarkan badan membaiki segala wear-n-tear. Atlit-atlit dunia seperti pemain bola sepak pun ada off season.

Baiklah, harapan saya bahawa tip-tip di atas memberi manfaat kepada anda semua. Semoga kesihatan anda sentiasa di bawah kawalan diri anda sendiri

credit to : kevinzahri

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Sunday, 25 May 2014

Diet untuk Kempiskan Perut


Di sini diberikan tips diet untuk kempiskan perut...selamat mencuba!

1) Makan dengan sihat dan mengurangkan makanan ringan. Makan dengan menggantikan gula-gula atau cikedis dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. 
 
2) Perbanyakkan makan protein tanpa lemak. Kacang dan daging tanpa lemak juga baik untuk anda selagi anda tidak makan lemak. 
 
3) Banyakkan makan bijirin penuh dengan mencari label makanan "100% whole wheat" atau "100% whole grain" dan bukan hanya tepung gandum. Bijirin memastikan anda rasa "penuh" dan masih kenyang lagi. Ia membantu dalam penurunan berat badan dan mendapatkan perut yang rata.

4) Makan produk tenusu rendah lemak. Bertukarlah dari tenusu yang tinggi lemak kepada yang rendah lemak, yang kaya dengan protein dan vitamin B6.
 
5) Makan makanan dengan pengambilan yang lebih kecil sepanjang hari. Makan sekadar cukup sehingga berasa kenyang. Tunggu sehingga hampir lapar sebelum makan semula. Banyakkan memberi tumpuan kepada pemakanan yang sihat dan elakkan makan gula-gula. Ia hanya akan membuat anda berasa letih dan akan menyebabkan anda ketagihan saja. Ia adalah tidak menyihatkan.
 
6) Makan makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah. Makanan ini mengabil masa yang agak lama untuk dicerna dan menyebabkan anda kenyang lebih lama. Secara tidak langsung badan akan menyerap nutrien supaya guladalam darah tidak jatuh secara mendadak.
 
7) Jangan makan apa-apa selama kira-kira 2 jam sebelum tidur. Badan akan lambat memproses apabila anda tidur kerana badan tidak dapat mencerna dengan betul ketika tidur.

8) Minum air. Anda perlu menggantikan semua minuman biasa dengan air, terutamanya soda dan minuman bergula. Air akan menjadikan anda lebih mudah untuk menurunkan berat badan. Pertimbangkan air berperisa  sebagai alternatif jika perlu. Minum air limau dikatakan cara semulajadi bagi mempercepatkan metabolisme anda. 
 
9) Kurangkan pengambilan garam. Garam akan menyebabkan badan anda mengekalkan air yang akan menyebabkan anda kelihatan kembung terutamanya di bahagian abdomen anda. 
 
10) Tiada pengambilan alkohol. Satu botol arak sebenarnya mempunyai kira-kira 600 kalori di dalamnya. Untuk yang beragama Islam, semestinya ianya adalah haram!
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Tuesday, 20 May 2014

Bagaimana nak tingkatkan selera makan ank

Anak hilang selera makan adalah benda biasa yang berlaku pada anak-anak di usia 2-6 tahun dan ia sudah pasti meninggalkan rasa risau di hati ibu bapa (ibu lah terutamanya) kerana takut anak kurang nutrisi, atau tak membesar dengan baik. Apa sebenarnya faktor anak kurang selera makan?
 
Apa yang sepatutnya ibu lakukan bila anak hilang selera makan?
1. Ceritakan tentang kebaikan dan kelebihan makanan2 yang patut diambilnya.
2. Biar anak tentukan bila dia berasa kenyang dan tidak mahu makan lagi.
3. Sediakan makanan dan snek berkhasiat di rumah.
4. Sediakan minuman yang berkhasiat, rendah kandungan gula serta tinggi nilai nutrisi.
Apa yang tidak patut dilakukan oleh ibu?
1. Jangan perkenalkan makanan rapu kepada anak.
2. Elakkan dari memberi anak makan snek ‘sambil tunggu nasi masak’ dengan kadar yang banyak.
3. Jangan ugut anak sekiranya dia taknak makan.
4. Jangan paksa anak dengan memasukkan makanan ke dalam mulutnya secara paksaan.
5. Ibu perlu kreatif dalam menarik minat anak untuk makan. 
Sekiranya anak hilang selera kerana kerana kurang nutrisi, anda boleh membantunya dengan Mealshake DAN sediakan makanan seimbang, elakkan junk food agar anak dapat khasiat makanan yang secukupnya.

Meal Shakes boleh diteruskan sebagai minuman sihat TAPI bukan untuk menggantikan makanan berkhasiat. Sebagai ibu elakkan dari menjadikan makanan rapu (yang sebenarnya bukan makanan pun…) sebagai ‘favourite snack’ anak-anak, sediakan buah-buahan sebagai gantinya.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Tuesday, 13 May 2014

Cara Tangani Stress

Stress merupakan gejala keseimbangan diri terhadap perubahan sama ada dari luar mahupun dari dalam diri sendiri. Jika seseorang berada dalam keadaan stress, maka keseluruhan pola hidup dan kesihatannya juga terganggu sehingga produktiviti kerjanya menurun. Kenali cara bagaimana untuk menangani stress.

1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor.

2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.

3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.

4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.

5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.

6. Membentuk pengurusan masa yang baik.

7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

8. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.

9. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

10. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.

11. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah untuk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.

12. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.

13. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.

14. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Friday, 9 May 2014

Atasi Anak Malas Belajar

Anak malas belajar dan tidak mahu membaca buku pelajaran, sering menjadi keluhan ibu bapa. Anak pada zaman sekarang lebih suka menonton tv,  filem atau melayari laman sosial di internet. Jika anak tidak mahu belajar, mereka menganggap bahawa belajar adalah suatu kegiatan yang kurang menyenangkan dibandingkan dengan bermain atau berseronok.

Di bawah ini adalah tips untuk mengatasi anak malas belajar :
  • Tanamkan kesedaran kepada anak anda, bahawa pelajaran itu adalah suatu kewajiban dan tanggung jawab sebagai seorang pelajar yang hasilnya akan diraih dimasa akan datang.
  • Berikan contoh kepada anak. Anda sebagai ibu bapa juga turut membaca buku-buku yang bermanfaat di saat anak anda sedang belajar.Ibu bapa sebaiknya juga menanamkan budaya membaca di dalam keluarga.Ciptakan suasana belajar yang menyenangkan. Buat satu  ruang belajar khas yang menarik dan rapi.
  • Berikan motivasi kepada anak untuk belajar dengan cara yang baik, adakan pendekatan sambil menyelami hati anak dengan menjadikan anak sebagai sahabat. Jangan menyuruh anak belajar dengan paksaan, apalagi dengan cara yang kasar.
  • Berikan insentif kepada anak, baik berupa hadiah kesukaan mereka atau sekadar pujian jika tahap pembelajaran anak semakin  bagus. Hal ini akan membantu memotivasi dan menaikkan semangat anak.
  • Sebaiknya ibu bapa lebih terbuka dengan anak-anak dengan bertanyakan permasalahan yang dihadapinya, kenapa malas belajar, apa yang dapat membuat ia semangat untuk belajar dan sebagainya. Bantu anak untuk mengatasi permasalahan tersebut.
  • Jadikan waktu belajar ini menjadi kebiasaan rutin seharian, dan sebaiknya ibu-bapa  juga turut  menemani dan membantu jika anak jika mengalami masalah ketika belajar.
  • Selain waktu belajar yang teratur, sediakan juga waktu yang cukup untuk anak anda bermain, menonton tv dan berinteraksi dengan rakan-rakannya.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Thursday, 8 May 2014

Anak Hyperaktif?

Mempunyai anak anak hyperaktif? pasti suatu perkara yang membimbangkan.Disini saya ingin berkongsikan beberapa tips untuk mendidik dan melatih anak anak yang hyperaktif ni. kebanyakkan ibu bapa bersikap kasar atau menggunakan kekerasan untuk menangani masalah anak hyperaktif ni kan.Tahukah anda.. dengan menggunakan kekeraasan boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada anak anak itu sendiri. 

jom saya share tips2 atau cara mendidik anak yang hyperaktif nie :-
  •  Latih anak anak hyperaktif untuk lebih bedisiplin supaya dapat mengaturkan diri dengan lebih baik
  • Jangan menjatuhkan hukuman kerana adakalanya perilaku hyperaktif tu bukan la kesalahan dari anak itu sepenuhnya
  • Jangan sesekali melabel anak anak Nakal, Jahat, Malas, Bodoh dan sebagainya sebab nanti akan jadi seperti yang dikatakan itu
  • Jangan bosan untuk mengajar anak anak hyperaktif dengan lebih kerap
  • Apabila berada didepan anak hyperaktif, katakan la bahawa dia adalah anak yang paling baik dan usahlan mengungkit kesalahan yang pernah dilakukan. 
  • Sentiasa berwaspada dan perhati anak agar tidak bertindak sesuatu yang boleh membahayakan dirinya atau orang lain.
  • Banyakkan komunikasi dengan anak. Jika pada anak normal kita cenderung berkomunikasi pada saat saat tertentu, pada anak hiperaktif kita seharusnya berkomunikasi 'setiap satu minit sekali'.

Doa doa ketika anak anak sedang tidur :-
  1. Pada setiap malam semasa anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepala anak sebanyak 100 kali
  2. Mambaca Al Fatihah 1 kali dan Surah Alam Nasyrah 1 kali
  3. Bercakap dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya lengkap dengan berbinkan atau berbintikan dengan ibu mereka. Percakapan itu wajiblah berupa nasihat, pujian dan cerita tentang kasih sayang kita terhadapnya. Kerana sesungguhnya perbuatan kita itu sangat berkesan kepada jiwa dan rohnya
Semoga sedikit tips ni boleh membantu kita mendidik anak anak terutamanya anak yang hyperaktif..
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Tuesday, 29 April 2014

Pemakanan yang baik

Diet dan gaya hidup yang sihat adalah senjata terbaik anda untuk melawan penyakit kardiovaskular. Bagaimanapun, terdapat banyak maklumat yang bercampur aduk dengan mitos berkaitan dengan pemakanan yang sihat. Adalah tidak mengejutkan andai banyak di antara kita yang terkeliru tentang jenis-jenis lemak. Kita juga ada banyak persoalan berkaitan dengan garam, daging dan hasil tenusu. Dengan semua perbezaan-perbezaan pendapat, adalah baik untuk mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, agar anda dapat membuat pilihan yang bijak bagi diet anda untuk faedah jangka masa panjang terhadap jantung dan kesihatan anda. Corak pilihan keseluruhan andalah yang paling diambil kira.
 

Garis Panduan Pilihan Makanan Yang Disyorkan

Buah-buahan dan sayuran adalah tinggi vitamin, mineral dan serat – dan ianya rendah kalori. Memakan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu anda mengawal berat dan tekanan darah anda.

Makanan bijirin tidak hancur mengandungi serat yang boleh membantu menurunkan kolesterol darah anda dan membantu anda berasa kenyang, yang akan membantu anda menguruskan berat badan anda.

Makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Kajian yang telah dilakukan menunjukkan ikan berminyak mengandungi asid lemak omega-3 boleh membantu merendahkan risiko kematian kerana penyakit arteri koronari. Pilih daging tanpa kulit dan sediakannya tanpa menambah lemak tepu dan lemak trans. Pilih produk tenusu tanpa lemak, lemak 1 peratus dan rendah lemak.

Kurangkan makanan yang mengandungi minyak sayuran separa dihidrogenasikan untuk mengurangkan lemak trans dalam diet anda. Sasarkan untuk makan kurang dari 300 miligram kolesterol setiap hari. Sediakan dan pilih makanan sedikit atau tanpa garam. Sasarkan untuk makan kurang dari 1500 miligram garam setiap hari.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Monday, 28 April 2014

Cara Mengawal Kencing Manis

Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.
  • Pemakanan
    Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
  • Senaman
    Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
  • Penjagaan berat badan
    Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.
  • Pemeriksaan diri sendiri
    Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.
Pemeriksaan Doktor dan Ubat
Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.

Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
- Jangkitan kuman atau kencing kotor
- Kerosakan buah pinggang
- Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Friday, 25 April 2014

Tanda-tanda Bersalin


Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat 'tour' disekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
• Menghadiri kelas antenatal
• Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
• Tonton video kelahiran
• Amalkan pernafasan and relaksasi.
Tanda bersalin sebenar VS Tanda bersalin tidak benar
Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin 

1.Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

2.Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

3.Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

4.Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

5.Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.
 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.