Showing posts with label Adab Memotong Kuku. Show all posts
Showing posts with label Adab Memotong Kuku. Show all posts

Friday, 20 July 2018

Tips Atasi Masalah Bengkak Kaki Semasa Hamil Dengan Shaklee

Assalamualaikum

Kaki bengkak ketika hamil adalah perkara biasa untuk ibu-ibu yang hamil. Ada yang mengalaminya ketika dari awal mengandung dan ada yang mengalami kaki bengkak ketika hampir bersalin atau usia kandungan mencecah trimester ketiga.

Walau apa pun, pengalaman kaki bengkak ketika mengandung adalah satu pengalaman indah bagi seorang ibu. Ketika mengandungkan anak pertama, Cheq Nik mengalami bengkak kaki atau edema seawal usia kandungan 6 bulan tetapi semasa anak kedua bengkak kaki ketika di hujung-hujung kehamilan.


APAKAH PUNCA KAKI BENGKAK KETIKA HAMIL?

Untuk makluman, pesakit diabetes zaman sekarang ini semakin bertambah. Khususnya kita di Malaysia yang kadar obesiti adalah antara tertinggi, menyebabkan juga pesakit diabetes bertambah. Penyakit diabetes menyebabkan pelbagai komplikasi lain seperti sakit jantung, strok, darah tinggi dan buah pinggang.

Justeru adalah sangat penting untuk kita mencegah penyakit ini.

vitamin untuk kaki bengkak semasa hamil

Kaki bengkak ketika hamil ini terjadi apabila cecair berlebihan terkumpul di tisu. Semasa mengandung, berlaku banyak perubahan kimia dalam darah dan ini menyebabkan air lebih banyak akan terkumpul di tisu.

Selain itu, bayi dalam kandungan yang semakin membesar juga akan memberikan tekanan kepada urat pelvik dan vena kava. Vena kava ialah urat besar di sebelah kanan badan yang membawa darah dari kaki belakang ke jantung). Tekanan itu akan melambatkan pengaliran darah daripada kaki ke jantung. Ini akan menyebabkan darah terkumpul dan memaksa cacair dari kapilari darah masuk kedalam tisu-tisu kaki dan buku lali.

Bengkak kaki ketika hamil lebih cenderung untuk berlaku ketika tengahari atau semasa musim panas.

Antara suplemen yang dicadangkan ialah B Complex dan Ostematrix.

set kehamilan shaklee


Bagaimana keduanya berfungsi untuk atasi masalah bengkak kaki semasa hamil?

Dalam ostematrix mengandungi magnesium. Magnesium ini memang dikenali sebagai vitamin wajib ambil bagi ibu yang ingin mengelakkan masalah bengkak kaki terjadi.

Magnesium bertindak dengan membantu seimbangkan 300 reaksi biokimia dalam badan dan amat berkesan untuk bantu halang lebihan air berkumpul pada sel.

B complex mengandungi B6 yang boleh membantu membuang garam lebihan dalam badan dan seimbangkan hormon badan.

Yang bengkak kaki masa hamil tu jangan lupa amalkan b complex dan pil kalsium ye.


Boleh pesan sebarang vitamin dengan klik ke link ni ye ⏬⏬


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Dengkil & Putrajaya

Friday, 14 November 2014

Adab Memotong Kuku Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

sunnah memotong kuku

Memotong atau memendekkan kuku ialah membuang hujung kuku sama ada kuku tangan atau kaki sehingga rapat pada kulit di bawah kuku serta mencucinya. 
Kuku yang panjang melebihi kulit di bawah kuku akan menjadi tempat pembiakan kuman, bakteria dan virus. Hal ini kerana kuku selalunya digunakan untuk menggaru gatal, mengambil dan membuka sesuatu sehingga kekotoran terkumpul di celah kuku. 
Memotong kuku termasuk dalam perkara fitrah manusia. Ia tidak sepatutnya dibiarkan panjang dalam tempoh lama kerana melambangkan penampilan seseorang itu yang tidak bersih dan tidak terurus. 
Lebih penting ia perlu selalu dipotong supaya tidak menyerupai gelagat sesetengah orang kafir yang menyimpan kuku. Ini selaras dengan sabda : Nabi saw , maksudnya: " Sesiapa yang menyerupai suatu kaum , maka dia termasuk daripadanya." (Riwayat Ahmad) 

Hukum Memotong Kuku

Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat, sebagaimana dinyatakan dalam hadis daripada Aisyah ra bermaksud : "Sepuluh perkara yang sebagai fitrah (sunnah) ; memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja)..." (Riwayat Muslim)

Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Hikmahnya ialal melambangkan kebersihan serta menghilangkan segala kotoran yang melekat atau terkumpul di celah kuku.

Cara Memotong Kuku




mulakan dengan kanan

Sunat memotong kuku bermula  dari tangan kanan, kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.  

Menurut Imam Nawawi , sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan kesekuruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelengkeng diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelengkeng sehinggalah ibu jari.

Sementara kuku kaki , bermula kaki kanan daripada jari kelengkeng sehinggalah ibu , kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehingga kelengkeng.

Harus seseorang memotong kukunya menggunakan gunting, pisau atau alat khas seperti pemotong kuku yang tidak mendatangkan mudarat.

Selesai memotong kuku dianjurkan membasuh tangan. Ini kerana jika seseorang itu menggaru badan sebelum tangan dibasuh dibimbangi boleh mengakibatkan penyakit.

Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi, makruh memotong kuku menggunakan gigi kerana boleh mewarisi penyakit kusta.

Waktu Potong Kuku 

Bila-bila masa diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak berbuat demikian .    


Menurut Imam Syafie , sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan solat jumaat, sebagaimana disunatkan  mandi, bersugi, mengenakan haruman dan berpakaian kemas sebelum ke masjid. Bagi Ibnu Hajar ramimahullah pula, sunat memotong kuku pada hari khamis atau pagi Jumaat atau pada hari Isnin .

Perbuatan Lepas Potong Kuku

Potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia juga termasuk anggota manusia . Dinyatakan dalam Fath al-Bari,Ibnu Umar ra menanam potongan kuku.

Sumber : BH , Ruangan Addin  



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat