Saturday, 4 October 2014

Promosi ESP kali kedua dalam tahun 2014...

Assalamualaikum...
Peminat tegar ESP pastinya melonjak kegirangan sebabnya bulan ini berlaku sekali lagi promosi ESP..sesuatu yang sukar untuk dipercayai tetapi itulah hakikatnya.




Promosi sepanjang OKTOBER 2014, beli 6 Shaklee Shaklee ESP dan dapatkan...
♥ PERCUMA 1 lagi Shaklee ESP (bernilai RM150.00 --retail price)
♥ Beli 6 Shaklee ESP Percuma 1 melayakkan anda mendapat KEAHLIAN PERCUMA dan anda akan terus layak menikmati belian harga ahli bagi produk yang dibeli dalam 1 resit. Jimat berganda-ganda!

atau...

♥ Beli 1, 2, 3 atau lebih pada harga istimewa, 30% LEBIH MURAH!

Ramai orang sibuk nak beli Soy Protein Shaklee kerana masing-masing dah jatuh cinta dengan ESP Shaklee ni. Ye la, Soy Protein Shaklee memberikan setiap apa yang mereka impikan sama ada untuk diri sendiri, insan tersayang mahupun anak tersayang.

Apa ISTIMEWAnya ESP Shaklee sampai orang berduyun-duyun beli ni?

>> ESP Shaklee bantu banyakkan susu ibu
>> ESP Shaklee bantu tenaga berpanjangan buat ibu bekerjaya dan suri rumah
>> ESP Shaklee bantu orang yang sibuk kekal bertenaga
>> Soy Protein Shaklee rendah karbohidrat sesuai untuk orang berdiet
>> Soy Protein Shaklee sangat bagus tingkatkan kesihatan bagi penghidap 
     diabetes
>> Soy Protein Shaklee sesuai untuk jantung yang sihat
>> Soy Protein Shaklee juga bagus merendahkan tekanan darah tinggi

Banyakknya kelebihan ESP Shaklee ni. Untuk kulit yang cantik juga amalkanlah ESP Shaklee ye kawan-kawan semua..pasti hasilnya berbaloi
>> Soy protein Shaklee bantu cantikkan kulit wajah
>> ESP Shaklee bantu sekatakan tona kulit wajah
>> ESP Shaklee bantu remajakan kulit
>> ESP Shaklee bantu hilangkan jeragat

Bagusnya Soy Protein Shaklee ni tambah pulak dihasilkan menggunakan Non-GMO soya, yang ditanam secara organik, bebas bahan kimia dan merupakan antara barisan produk terlaris Shaklee.

Dapatkan hanya yang terbaik untuk kesihatan anda, anak yang masih menyusu dan juga insan-insan tersayang. 

Terus terang saya katakan tak rugi membeli ESP Shaklee ni. Pilihan yang tepat berbaloi dan harga berpatutan. Tambah-tambah beli waktu promosi Oktober 2014 ini.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Friday, 3 October 2014

Petua Hilangkan Sakit Kepala

Assalamualaikum..
Mesti ada di kalangan pembaca blog saya ini sering sakit kepala atau pening-pening kan?macam-macam keadaan yang boleh meyebabkan kita pening atau sakit kepala. Ia mungkin disebabkan oleh cuaca dan tak kurang juga disebabkan oleh stress...

Antara panduan mengurangkan sakit kepala:
 
•Senaman pilihan terbaik malah ketika bergerak aktif, daya tahan seseorang itu akan meningkat dan mengurangkan tekanan serta tidur juga lebih nyenyak.

•Minum air sebaik-baiknya lapan gelas air sehari. Kekurangan air antara penyebab utama sakit kepala. Jika tubuh tidak mendapat bekalan air mencukupi, tubuh mula menyimpan cairan sedia ada dan menyebabkan sakit kepala atau migrain.

•Jangan lupa makanan ringan kerana apabila tubuh tidak mendapat sumber makanan diperlukan untuk tempoh tertentu, ia menyebabkan kekurangan gula dalam darah. Untuk meredakan masalah itu, ambil makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula agar kandungan gula dalam darah kembali normal.

•Pastikan tidur mencukupi iaitu lapan jam sehari. Terlalu banyak tidur atau sedikit tidur boleh menimbulkan sakit kepala.

•Apabila terlalu lama menghadap komputer, luangkan masa berehat seketika dengan berjalan sambil mengambil udara segar atau bersandar ke kerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan.

•Elak terkena cahaya terang atau pancaran matahari bagi mengurangkan sakit kepala.

•Ambil kain lembut dan basahkannya dengan air sejuk, kemudian letakkan di kepala dan leher bahagian belakang. Untuk bahagian mata, ambil tuala kecil dan rendam dalam air suam, letakkan pada mata beberapa minit. Ulang beberapa kali. Cara ini boleh melegakan sakit kepala.

•Berfikiran positif dan tenang membantu diri untuk mengurangkan sakit kepala.

•Untuk petua menggunakan bahan semula jadi, boleh menggunakan beberapa biji limau kasturi (saiz kecil) yang diperah atas kepala satu persatu. Ketika memerah limau, ramas rambut dan picit kepala untuk memudahkan perjalanan darah. Kulit limau pula boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air bersih dan kemudian jirus air berisi kulit limau ke atas kepala dan badan. Lap tetapi jangan hilangkan bau limau kasturi kemudian tidur seketika. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Mahukan Kulit Cantik?Cubalah ESP!

Assalamulaikum semua..

Ni kali kedua ESP menjadi produk pilihan untuk pembelian 6 tong percuma lagi 1 tong..memang ESP hot seller sangat2 dan diyakini keberkesanan pengamal tegarnya termasuklah saya sendiri...

gebu gebas dengan ESP


Bila dapat tahu bulan ni promosi ESP memang risau sebabnya ESP kan hot seller dan pastinya stok akan kehabisan bila lambat buat belian..apa kata bulan ni tempah ESP banyak2 terus?ada berani?tak rugi jika beli sekarang sebab expirednya lambat lagi. Bukan sekadar jimat duit tetapi jimat segala-galanya.

Mungkin ada di antara kita yang bersolek untuk menutup parut pada muka. Kalau parut di muka tu tebal, maka tebal jugaklah kena bersolek. Tapi tak semua orang suka bersolek kan. Hurmm.. Jadi, macam mana nak tutup parut jerawat tanpa bersolek? Boleh ke?

Inilah masa yang sesuai untuk mencuba ESP..Pernah dengar tak ESP Shaklee? Kita boleh memiliki kulit yang cantik dengan mengamalkan ESP Shaklee. Nama penuh ESP Shaklee adalah Energizing Soy Protein Shaklee. Yaa.. ianya adalah supplement berasaskan soya yang sangat famous keluaran Shaklee. ESP ni adalah minuman berasaskan soya yang lain daripada yang lain tau. Sangat berbeza dengan minuman soya yang ada di pasaran. Kalau di pasaran, minuman soya yang dalam kotak tu biasanya kandungan gulanya adalah tinggi. Sangat tidak sesuai untuk diamalkan hari-hari. Soya yang digunakan juga biasanya dimodifikasi secara genetik yang tidak bagus untuk kesihatan badan. 

Bagaimana ESP Shaklee dapat membantu mencantikkan kulit?

ESP Shaklee mengandungi 9 asid amino penting yang perlu untuk tubuh. Asid amino ini adalah komponen protein yang membantu badan membina sel-sel baru. Bagi orang yang mempunyai parut jerawat, pembinaan semula sel-sel baru adalah sangat penting untuk menggantikan sel-sel kulit yang telah mati. Tanpa asid amino ini, sel-sel baru tidak dapat dibentuk. Sebab itulah parut jerawat tak nak hilang. Antara punca parut jerawat tak nak hilang sebab komponen protein tidak mencukupi untuk membina sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel lama dan sel-sel yang rosak.

Mungkin ada yang beranggapan makan makanan yang berprotein sudah mencukupi untuk menampung keperluan badan membina sel-sel baru. Namun harus kita ingat, makanan yang kita makan belum tentu mengandungi kesemua 9 asid amino yang diperlukan oleh badan. Di samping itu, proses memasak makanan juga menyebabkan sebahagian protein dan asid amino musnah. Sebab itulah kita memerlukan makanan tambahan seperti ESP ini untuk menggantikan protein yang hilang tadi akibat proses masakan.

Selain daripada mengamalkan ESP Shaklee untuk mencantikkan kulit, terdapat beberapa cara lain yang boleh diamalkan bagi menghilangkan parut jerawat di muka.Dah ramai orang yang menggunakan ESP Shaklee ni. Mereka yang dah pernah beli ESP ni mesti akan ulang order lagi sebab memang berkesan. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Thursday, 2 October 2014

Kelebihan Surah Al-WAQIAH

"Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya"

Surah Al-Waqiah terkenal dengan khasiatnya sebagai ayat yang menjadi sumber kekayaan dan pelindung daripada kefakiran. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa'ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis yang menceritakan tentang kelebihan surah ini kebanyakkannya adalah sahih.

Khasiat surah Al-Waqiah :


1. Surah ini merupakan amalan terbaik bagi wanita dan gadis sebagai pemelihara dan pelindung diri dari kemudaratan dan kemiskinan. Kelebihan surah ini dinyata dalam pesanan Uthman bin Affan kepada Abdullah yang sedang sakit tenat.


Uthman berkata : " Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan kamu menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah "Al-Waqiah" tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW   bersabda: "Sesiapa membaca surah "Al-Waqiah" tidak akan jadi miskin selama-lamanya."


2. Mereka yang membaca surah ini sebagai wirid, dengan izin Allah akan beroleh kesenangan dan kemudahan selama-lamanya.


3. Bila seseorang menjadikan surah ini sebagai kebiasaan dan membacanya setiap malam satu kali, maka dia akan terhindar dari kemiskinan.


4. Surah al-Waqiah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak. Insyaallah dipermudahkan untuk roh keluar dari jasadnya.Jika dibaca disisi orang sakit, Insyaallah diringankan kesakitannya. Selain itu, boleh juga dibaca kepada orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.


Insyaallah dengan mengamalkan surah al-Waqiah saban hari sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dengan izin Allah kita akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya kita berkesempatan melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.


Buat peringatan,amalan membaca surah ini janganlah hanya berpaksikan kekayaan dan kemewahan semata-mata. Sebaliknya bacalah surah Al- Waqiah ini dengan hati dan niat yang ikhlas demi mengejar keredhaan. Bacalah surah ini dengan besertakan niat apabila kita dimurahkan rezeki kelak, kita akan perbanyakkanlah amal ibadat dan jariah. Insyaallah dengan niat yang suci ini, Allah akan memperkenankan doa-doa kita dengan mudah. 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Rawat Gastrik dengan ESP Shaklee

Gastrik (istilah perubatan Gastritis) terjadi apabila dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastric, sejenis asid yang dikeluarkan oleh perut bagi tujuan pencernaan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan atau kulit, ia akan terkakis. Bagaimanapun, kehadiran lapisan mukosa (lapisan pertahanan) atau cecair bikarbonat dapat menseimbangkan paras keasidan dalam perut dan bertindak sebagai pelindung kepada tisu perut daripada menerima kesan jus gastrik itu tadi.

Tapi hari ni, saya nak bercerita tentang penawar gastrik ni. Ramai dah yang mencuba dan berpuashati malah ada yang terus dah tak alami gastrik selepas mengamalkannya. Penawarnya adalah, dengan mengamalkan ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee setiap hari. 

Banyak cara untuk menghilangkan gastrik, dan yang paling basic adalah dengan merawatnya dari punca terjadinya gastrik tersebut, iaitu contohnya : jika anda seorang perokok dan sering diserang gastrik, apa kata anda cuba berhenti merokok. Tentu penyakit tersebut akan hilang dengan sendirinya, dan sebagainya. Akan tetapi jika masih tidak dapat merawatnya, apa kata anda cuba amalkan meminum Energizing Soy Protein Shaklee. 
 
Energizing Soy Protein ini yang kaya dengan kacang soya terpilihnya, bersifat alkali dan mampu membantu meneutralkan lebihan asid hidrolik yang dirembeskan oleh kelenjar perut tadi. Malah, Energizing Soy Protein ini juga mengandungi kandungan protein yang tinggi boleh membantu sistem pencernaan bekerja dengan baik kerana sistem pencernaan kita mula 'bekerja' apabila wujudnya unsur protein dalam perut. Selain itu, nutrien yang terdapat didalam Energizing Soy Protein ini juga mampu membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidrolik sewaktu proses pencernaan itu berlaku.

Ini adalah di antara testimonial terbaru yang diterima daripada customer yang mengalami gastrik yang teruk dan selepas 2 minggu mengamalkan ESP, alhamdulillah gastriknya makin berkurangan.

ESP elok untuk gastrik

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Wednesday, 1 October 2014

Penjagaan Gigi yang Betul

Senyum seindah suria yang memberi cahaya..kau tersenyum ku tersenyum ..kemesraan terukir....
Hampir setiap hari kita pasti berhadapan dengan orang lain. Samada rakan sekerja, saudara mara, keluarga atau tetangga. Kesihatan mulut dan kebersihan gigi tentu amatlah penting untuk kepercayaan diri kita. 

Bagaimana cara merawat dan menjaga agar gigi tetap bersih dan putih, mari kita lihat tips-tipsnya.
  1. Gosoklah gigi tiga kali sehari dan setiap selesai makan. Tapi jangan terlalu kuat kerana akan mengikis lapisan luar gigi dan membuatkan gigi terhakis serta rosak. Kita juga boleh mencuba mengggunakan berus gigi elektrik dan masa yang baik untuk memberus gigi adalah selama dua minit. 
  2. Pilih produk ubat gigi yang berpemutih. Kini terdapat pelbagai produk ubat gigi yang telah memasukan enzim dan formula kimia yang selamat sehingga anda tak perlu ragu untuk mengguna ubat gigi berpemutih.
  3. Selain itu juga, kita perlu rajin mengambil makanan berasaskan brokoli, daun selada atau bayam juga mampu menjaga gigi supaya putih. Sayur-sayuran itu terbukti sangat baik dan berkesan untuk mencegah kerosakkan gigi
  4. Strawberi adalah buah pemutih gigi yang sangat istimewa. Caranya mudah. Hancurkan saja strawberi kemudian tampalkan pada seluruh gigi anda dengan menggunakan jari. Biarkan selama satu hingga dua minit. Setelah itu gosoklah gigi dengan menyeluruh sampai bersih.
  5. Gunakan sedutan jika anda minum kopi, teh, dan minuman bersoda. Dengan demikian, minuman tak mengenai gigi secara langsung. Minuman-minuman tersebut biasanya menjadi penyebab kerosakan gigi yang sangat kuat.
  6. Bila anda memiliki wang yang lebih, tidak ada salahnya mencuba untuk mencuci gigi anda di klinik-klinik gigi atau berjumpa pakar gigi. Perawatan gigi ini biasanya mampu bertahan selama dua hingga tiga tahun. Akan tetapi sebaik sahaja dicuci, anda harus menjaga makanan dan minuman yang akan di makan.
Semoga senyuman yang cantik selalu menghiasi hari-hari anda.. :)
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Set Jantung Sihat Shaklee

Jantung organ paling penting bagi manusia. Otot jantung (cardiac muscle) tidak pernah berehat dan tidak pernah letih. Ia adalah otot yang bertenaga berbanding otot yang lain. Ia berdegup 72 kali dalam masa 1 minit selama 24 saat selagi kita hidup. Jantung mengepam darah melalui 60 ribu miles salur darah di dalam tubuh. Jika 72 degupan seminit, pada usia anda mencecah 65 tahun, jantung sudah pun berdegup 2.5 billion kali.

Selain daripada menjaga pemakanan, langkah pencegahan yang boleh diambil ialah mengamalkan vitamin untuk kesihatan jantung iaitu SET KESIHATAN JANTUNG SHAKLEE. Set ini adalah kombinasi beberapa vitamin shaklee yang melindungi jantung iaitu:

sayangi jantung anda
 ✸ CoQHealth Plus ✸
Menampilkan kesemua campuran semulajadi yang terdiri daripada 28mg CoQ10, dengan tambahan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang dapat menyokong pengeluaran tenaga pada jantung. Shaklee menggunakan kaedah penapaian yis utnuk memberikan bioketersediaan CoQ10 yang berkualiti tinggi. Sistem minyak kacang soya didalam kapsul CoQHealth Plus Shaklee dirumus untuk memastikan penguraian dan penyerapan dilakukan secara optimum.

✸ Vivix Campuran Minuman Botani ✸
Vivix merupakan satu penemuan revolusi dalam nutrisi polifenol. Vivix mengandungi campuran botanikal unik yang terdiri daripada Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry Eropah dan Purple Carrot yang kaya dengan polifenol tumbuhan.

✸ OmegaGuard ✸
Mengandungi minyak ikan semulajadi daripada ikan laut dalam. Ia menyalurkan lebih banyak EPA & DHA daripada pilihan jenama lain. Satu hidangan OmegaGuard memberikan 1000mg asid lemak Omega-3 termasuk DHA & EPA. Ia dihasilkan melalui proses penyulingan molekul 3 peringkat bagi memastikan ketulenan dan potensi asid lemak omega-3 didalam tubuh kita.  
✸ Phytocol-ST? 
Diperbuat daripada campuran bahan semulajadi yg mengandungi sterols & stanols tumbuhan yg dikenali sebagai 'phytosterols'. Rujuk sini untuk baca tentang phytosterols.Pengambilan 4 biji Phytocol-ST dalam sehari, adalah memenuhi keperluan 2000mg phytosterols yg diperlukan untuk menurunkan paras kolesterol manusia dewasa.Kandungan phytosterols di dalam Phytocol-ST telah diperakui oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) untuk membantu menurunkan paras kolesterol.Tidak mengandungi pewarna mahupun perisa tiruan.Dijamin halal, selamat & berkesan dan tidak mempunyai kesan sampingan yg buruk.
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat