Wednesday, 24 April 2013

Vitamin Utk Pelajar


Shaklee Perkasakan Fokus-Peka Para Pelajar 



Keletihan Kelesuan Kepenatan adalah satu gejala yang tidak sihat untuk pelajar a.k.a student /kanak kanak.Ianya selalu menghantui semua pelajar ketika bermula sekolah.

Terdapat sebilangan pelajar berjaga hingga lewat malam kerana menonton televisyen atau melayari internet. Akibatnya, mereka sukar untuk bangun pagi kerana keletihan dan masih dibelenggu rasa mengantuk. Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).

Kali ini saya mahu membincangkan faktor-faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara mengatasinya.

1. Tidak cukup tidur. Ini memang punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1 pagi sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal.

Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan melayari Internet sehingga pagi.
  
2. Tidur yang berlebih-lebihan. Tidur yang terlalu lama dan kerap menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah di antara enam hingga lapan jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.

3. Makan terlalu banyak. Ini satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan, perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan itu. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulang kaji.

4. Badan terlalu letih. Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Jika ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda.

Ada ketikanya anda bersukan atau beriadah secara keterlaluan. Bermain bola di waktu petang secara berlebih-lebihan, berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan.

5.Ada pelajar keletihan disebabkan aktiviti kokurikulum yang berlebih-lebihan. Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan kokurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulang kaji dan sehingga memenatkan badan.

Oleh itu, pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan pembabitan kokurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa supaya anda tetap segar dan tidak mengantuk di waktu malam.

Sebagai ibubapa apa peranan kita yang sebenarnya??sanggupkah anda tengok anak anda sering keletihan dan kelesuan??..kalau anda sayangkan anak anda dan inginkan mereka menjadi anak yang cerdik buatlah pelaburan yang bijak dengan membelikan Vitamin semulajadi untuk kecerdasan anak anda....Berilah simanja anda SHAKLEE OMEGA GUARD dan SHAKLEE MEAL SHAKE DAN BCOMPLEX

SET INI SESUAI UNTUK PELAJAR UPSR - PMR - SPM...
KELAK BERTENAGA.KEKALKAN KEPEKAAN DALAM KELAS .SENANG ABSORB ILMU!!!!
 

Buat pesanan sekarang - sms - whatsup - call 0173430922 @ email ke bayu_laut23@yahoo.com

 


Senggugut



Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagianseperti senarai dibawah. 

Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian. Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan olih kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium .
Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain.  Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan. 

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya.

Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin.

Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’ Gadis gadis yang mengalami senggugut bolih mengambil ubat penawar sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’.

 Senggugut jenis kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya.   Senggugut ini disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim  seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan.

Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan. Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk.

SENGGUGUT yang biasanya menyerang anak-anak gadis. Biasanya senggugut akan hilang bila seseorang gadis itu telah berkahwin dan beranak pinak. Dan senggugut tidak akan datang lagi. Namun ada pengecualiannya di mana terdapat juga kaum wanita yang masih mengalami penyakit senggugut walaupun sudah beranak pinak dan juga pada wanita post menopaus; yakni wanita yang sudah melalui zaman menopaus tetapi darah haid datang semula.

Senggugut atau dismenorea (Dysmenorrhoea) ialah rasa sakit atau tidak selesa ketika datang haid. Senggugut biasanya bermula sejak seseorang gadis berumur belasan tahun dan berpunca daripada masalah kesihatan atau penyakit.Senggugut dikaitkan dengan pengeluaran berlebihan bahan yang disebut prostaglandin dari lapisan dalaman rahim (uterus) semasa haid. Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim dan perubahan pembuluh darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit ketika haid. Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran keluar darah dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan rasa sakit.

Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim. la ditandai oleh rasa senak di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah. Senggugut yang biasa yakni bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.

Gla shaklee terbaik utuk mengatasi senggugut...


Dapatkan dari saya dengan menghubungi 0173430922 @ email bayu_laut23@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan pembelian.



Sunday, 21 April 2013

Atasi Masalah Kedinginan Seks (18 SX)



Kedinginan terhadap hubungan seksual seringkali menjadi dilema para isteri. Masalah ini kian meruncing tatkala seorang isteri itu baru menjadi ibu yang menyusukan anak. Seringkali menjadi keluhan para isteri kerana perasaan ingin bersama dengan suami semakin pudar.

Biasanya masalah ini seringkali dikaitkan dengan perubahan hormon. Ini kerana bukan sahaja ibu yang menyusukan, malah masalah dingin seks juga kadangkala berlaku semasa PMS (sindrom pra-haid), semasa hamil dan pra-menopos.


Walau bagaimanapun, belum ada kajian lanjut yang melibatkan ujian darah terhadap hormon yang terbabit semasa masalah in melanda.


Menurut pakar, antara penyebab masalah kedinginan seks ini adalah:-

- kepenatan dan kelesuan

- komitmen yang bertambah

- kurang rehat

- kurang masa untuk diri sendiri

- kurang nutrisi


Jadi, ia boleh diatasi dengan:-

- mendapatkan rehat yang cukup

- merancang masa berkualiti

- membaca novel ata menonton filem romantik untuk mendapatkan mood

- memastikan cukup keperluan nutrisi

- mengurangkan pengambilan makanan segera, makanan ringan etc


Adakah Shaklee ada penyelesaian?

YA, kami ada.



Vitamin E dikenali sebagai VITAMIN CINTA yang membantu untuk membangkitkan perasaan cinta dan keinginan untuk bercinta bagi isteri mahupun suami.

GLA Complex, juga mengandungi Vitamin E yang menjadikan hormon stabil dan menyemarakkan rasa cinta.

Adakah Shaklee lebih powerful dari VIAGRA? Ya, sudah semestinya! Viagra hanya berfungsi untuk mengatasi masalah mati pucuk bagi lelaki, tapi ia bukan untuk menyemarakkan api cinta yang dingin.

Dapatkan Vita-E atau GLA complex, khas buat pasangan yang ingin kembali melayari malam pertama....

Dapatkan dari saya untuk diskaun istimewa!

Pssstt… Bertindaklah sekarang sebelum terlambat….


sms/whatapps 017-343 0922

bayu_laut23@yahoo.com








Set Penjagaan Rambut



Bagi ibu yang lepas bersalin, keguguran rambut adalah lebih ketara kerana:
  1. Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.
  2. Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.
  3. Kurang vitamin seperti zinc dan protein
  4. Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.
Apa perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah rambut gugur selepas bersalin? 
  • Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama.
  • Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala
  •  Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein. (ini dia vitamin2 danset syampoo yg bagus utk kesihatan rambut)
  • Minum air secukupnya
  • Tidur dan rehat yg cukup dan jauhi stress



Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di bayu_laut23@yahoo.com atau SMS/whatapps 017343 0922 untuk sebarang pertanyaan.

* Entri ini adalah berdasarkan testimoni/pengalaman pengguna dan hasil dari setiap pengguna mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.


Set Kesuburan


Kenapa Susah Nak Mengandung?

Anak anak merupakan anugerah ilahi yang tidak ternilai kepada pasangan suami dan isteri yang telah mendirikan rumahtangga.Keriangan atau tangisan anak - anak merupakan hiburan yang ternilai buat ibu bapa.Tetapi berlainan sekali dengan pasangan yang lambat dapat cahayamata.Mereka menjadi gelisah menanti hari hari dimana mereka dikurniakan anak.Dalam hal ini bukan isteri sahaja yang perlu mengatasi masalah, suami juga harus lah turut bersama - sama mengatasinya dengan pengambilan produk untuk meningkatkan kesuburan atau menjalani pemeriksaan doktor bersama.Merawat pasangan yang menghadapi masalah ktidaksuburan adalah satu ibadah.Apabila berjaya mendapat zuriat pastinya kita bersama - sama berkongsi kegembiraan.

PUNCA SUKAR MENDAPAT ZURIAT

  • Umur meningkat usia 35 tahun.
  • Tekanan / Datang Bulan tidak menentu
  • Pengambilan makan yang kurang sihat seperti junk food/fast food,kafein berlebihan
  • Gaya hidup yang tidak sihat merokok ketagihan alcohol
  • Terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan
  • Penyakit kelamin/Masalah kesihatan yang disebabkan hormon seperti lelehan cecair putih.
PERSEDIAAN RAWATAN UNTUK ISTERI

Boleh ambil GLA Complex untuk meningkatkan kesuburan.kandungan Gamma linolenic acid (GLA) dari Bunga Matahari ialah kunci kesihatan dalaman wanita.
Perlu diingat...LELAKI JUGA PUNCA SUKAR HAMIL

VITAMIN E sesuai diambil untuk lelaki bagi meningkatkan kesuburan.
mempertingkatkan tenaga dalaman kelelakian secara menyeluruh
(memaksimakan kualiti dan kuantiti sperma)

Berminat...??
SMS/Whatapps 017-343 0922 

Friday, 19 April 2013

Kencing Manis


Kawal Kencing Manis Dengan Produk Shaklee



Kencing manis/Diabetes merupakan keadaan yang kronik di mana badan tidak mampu menukarkan makanan kepada tenaga. Ini menyebabkan gula di dalam darah semakin bertambah dan meningkatkan risiko penyakit jantung, kegagalan buah pinggang dan komplikasi-komplikasi yang lain.

Sebagai distributor Shaklee,saya nk perkenalkan sebahagian produk Shaklee yang dapat membantu pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam darah..produk ini sama sekali tidak bertujuan untuk menyembuhkan sakit diabetes sebaliknya mengawal diabetes dari menjadi lebih teruk.

Apakah supplement Shaklee yang boleh diambil untuk membantu pesakit diabetes?
Ini supplement asas untuk kencing manis yg biasa saya syorkan pada customer...itupun kadang-kadang tak semua customer saya ambik semua,vitamin yang saya syorkan…ikut pada budget diaorg kalau nak beli..harga boleh dirunding lagi..

Inilah dia supplement asas untuk kencing manis yg biasa saya syorkan pada customer...itupun kadang-kadang tak semua customer saya ambik semua,vitamin yang saya syorkan…ikut pada budget diaorg kalau nak beli..harga boleh dirunding lagi.



B-COMPLEX – menukarkan gula kepada tenaga 
ZINC – menurunkan paras glukos dalam darah 
VITALEA – multivitamin dan mineral keperluan tubuh 
ALFALFA – kaya dengan nutrisi dan mineral surih 
GLA – mengimbangi hormone insulin dan menurunkan kolestrol 
ESP – membekalkan tenaga 
VITA-C – sebagai antioksidan semulajadi

Semua supplement ini bagus kerana ia membekalkan nutrisi lengkap membantu mengawal ketidakseimbangan glukosa dan mengekalkan kesihatan secara menyeluruh..

Jom dapatkan vitamin shaklee anda..

SMS/Whatapps 017-3430922

Garlic Sebagai Antibiotik

Kelebihan Garlic Sebagai Antibiotik

Saya suka 'packaging' botol Garlic Complex ni. Kecil, comel dan mudah dibawa bersama. Nak masuk dalam poket seluar pun boleh, harga pun berpatutan sangat-sangat, semua orang mampu milikinya..aisehh, Suka Sangat!!=)
 
Petua orang tua-tua, bawang putih ni bagus untuk kesihatan yang mana antara kebaikkannya, bagi ibu yang berpantang selepas bersalin dapat membantu pengeluaran angin dalam badan, mengurangkan tekanan darah tinggi, juga untuk membanyakkan susu. Sungguh masa berpantang dulu kalau mak saya guna bawang putih 3 lawang besar bawang putih mak ulas-ulaskan campur dalam lauk yang mak masak. Memang susu badan banyak sangat masa tu^_^

Jadi apa keistimewaan Garlic Complex ni yang membuatkan para pengguna cepat tertawan?. Let's Check it out!!
 
Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.
 


Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia



  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak 
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan 
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi 
  •  Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma
 
Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee

1. Pengekalan 100% Allicin aktif
2. Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
3. Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
4. Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
5. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.

Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh
 
1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
 
2. Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida
 
3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergik seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
 
4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
 
5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
 
6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengandungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
 
9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki
 
10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)
 
11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan merangsang hati untuk mengawal gula dalam darah
 
12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
 - Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
 - Perut memulas (stomach upset)
 - Cirit-birit (Diarrhea)
 - Bronkitis
- Luka-luka (infected wounds)
- Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing

Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dll dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepatlah ambillah supplement garlic yang antara kebaikkannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya, Nik Azimah Awg Hamat di 017-3430922 atau emel ke nik_azimah81@yahoo.com untuk dapatkan harga (RM) setiap set dan sebarang tempahan.