Tuesday, 24 June 2014

Masker Alfalfa Complex


Kalau dulu saya berkongsi tentang masker Vitamin C dan pada entry kali ni kita berkongsi pula masker dengan Alfalfa Shaklee.Semua sedia maklum bahawa Alfalfa dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan yang mempunyai 1001 khasiatnya.Selain boleh dimakan,Alfalfa juga boleh dibuat masker.Masker Alfalfa ni berfungsi untuk mereka yang inginkan kulit yang halus,memudarkan parut jerawat dan jeragat.

Berikut adalah cara-cara untuk membuat masker Alfalfa :

  • ambil 3 biji Alfalfa dan dibancuh dengan beberapa titis air.Jangan terlalu cair dan terlalu pekat.
  • pastikan anda mencuci muka terlebih dahulu dengan membilas menggunakan air suam bagi membuka liang-liang pori di wajah
  • kemudian,sapukan masker yang telah dibuat tadi di wajah anda
  • biarkan ia kering selama 30 minit
  • akhir sekali,bilas wajah anda dengan menggunakan air suam.
 
Anda akan merasai perubahan pada kulit wajah.Kulit semakin tegang,lembut dan segar.Amalkan masker ini 2 kali seminggu untuk hasil yang terbaik.In shaa allah.
 
Berbaloi sangat menggunakan PRODUK SHAKLEE serta MENJIMATKAN.Produk bukan sekadar untuk dimakan bahkan untuk dibuat masker.Save duit anda!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda:-
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Cara Merawat Sembelit

Sembelit memang menyakitkan. Lebih-lebih lagi jika ia semakin memudaratkan dan menyebabkan buasir. Namun begitu, cara hidup yang sihat dan aktif boleh membantu melegakan sembelit dan mengurangkan sakit akibat sembelit.

Berikut adalah 6 cara untuk merawat sembelit dengan cepat

1. Minum dua hingga empat gelas 8oz tambahan air suam apabila sembelit. Jika anda mempunyai sembelit selama beberapa hari, minum 10-20 auns air kosong setiap pagi sejurus selepas bangun tidur. Anda disarankan minum sekurang-kurangnya 10 gelas air kosong suam setiap hari.

Air merupakan salah satu cecair yang terbaik yang mencuci bahan buangan dan toksin daripada badan kita. Minuman lain seperti jus dan soda, walaupun mempunyai khasiat tertentu dan semulajadi, ia perlu dikurangkan kerana kemungkinan mempunyai kandungan gula berlebihan atau mungkin menyebabkan sembelit semakin parah.




 2. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang mempunyai serat tinggi untuk meningkatkan jumlah pengambilan serat setiap hari. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 24-38 gram serat sehari. Sembelit juga adalah berpunca dari pengambilan lemak yang berlebih, gula bertapis dan tenusu yang berlebihan berbanding dengan serat daripada bijirin dan buah-buahan.

Anda juga boleh mengambil suplemen serat selain mendapatkannya dari makanan seharian. Serat tidak boleh dihadamkan oleh enzim di dalam tubuh manusia, jadi ia tidak diserap ke dalam aliran darah. Serat kemudiannya kekal di dalam kolon, di mana ia menyerap air dan melembutkan najis.

Sesetengah makanan tinggi serat termasuk: raspberi, pear, dan epal; pasta gandum (dimasak), barli (masak), dan sekam; kacang berpecah (masak), kacang hitam (dimasak), dan lentil (dimasak); artichokes (dimasak), kacang hijau (dimasak), dan brokoli.




3. Bersenam. Jika boleh, elakkan duduk yang lama dan sentiasa pastikan tubuh anda aktif bergerak. Membuat senaman yang agak berat adalah digalakkan, tetapi 30 minit berjalan kaki boleh membantu menggalakkan pergerakan usus yang sihat.



Yang ada sembelit...jangan risau ye...Ostematrix dari Shaklee mengandungi magnesium yang boleh membantu mengatasi sembelit.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda : 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Suplemen untuk Penyembuhan Luka

Vitamin dan mineral dalam makanan juga memainkan peranan penting untuk penyembuhan luka selepas pembedahan termasuklah luka akibat proses kelahiran. Walaupun vitamin dan mineral terdapat dalam pelbagai sumber makanan, tetapi semasa tempoh berpantang kebanyakan sumber makanan tidak boleh diambil kerana dipercayai akan memudaratkan tubuh badan.
 
Petua nenek moyang kita telah menyenaraikan pelbagai makanan yang tidak boleh dimakan semasa tempoh berpantang. Sebagai contoh adalah sayur-sayuran seperti kangkung dan bayam, ia dikatakan makanan yang berangin. Memang ada betulnya dan terbukti, tetapi sayuran tersebut juga mengandungi vitamin dan mineral yang bagus untuk kesihatan kita.
 
Jadi untuk memudahkan kita mendapatkan sumber vitamin dan mineral terutama selepas pembedahan atau selepas besalin, lebih baik kita mengamalkan mengambil vitamin dan mineral dalam bentuk suplemen. 
 
Vitamin dan mineral yang paling penting untuk penyembuhan luka adalah Vitamin C dan Zink. Vitamin C diperlukan oleh badan untuk menghsilkan kolagen iaitu sebahagian penyambung tisu kulit yang memainkan peranan penting untuk penyembuhan luka. Manakala zink diperlukan untuk pembentukan dan penjagaan kulit dan membran mukosa.

 

Mereka yang mempunyai ulser kulit biasanya adalah mereka yang kekurangan mineral zink, manakala mereka yang kekurangan  Vitamin C pula biasanya dikaitkan dengan penyakit 'skurvy'.
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rakan Shaklee Anda :-
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Monday, 23 June 2014

Set Persediaan untuk Puasa

Ramai yang tidak sedar yang sarapan merupakan rahsia untuk anda kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Dengan tidak bersarapan, anda mungkin :-
-tidak dapat member tumpuan untuk masa yang panjang
-Kurang peka
-Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas
-kandungan gula dalam darah yang rendah
-produktiviti kerja menurun

Shaklee menawarkan Program Mighty 3 Gem untuk memulakan hari anda dengan sarapan yang lazat dan berkhasiat .

 Kebaikan :
*Bertenaga sepanjang hari
*Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
*Memelihara kesihatan secara menyeluruh
 Shaklee Mighty 3 Gem ~Amat sesuai untuk diambil oleh semua golongan termasuklah golongan ibu menyusu yang mahu berpuasa tanpa menjejaskan pengeluaran susu ibu, ibu yang sedang mengandung tanpa rasa risau berpuasa boleh menjejaskan tumbesaran janin, wanita dan lelaki yang mempunyai gastrik,kerja keras dan golongan warga tua yang dh kurang selera nk bersahur dengan menu yang berat.
Mighty Triple Gem membantu anda kekal cergas dan bertenaga walaupun sedang berpuasa.


Energizing Soy Protein (ESP)
* Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
* Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
* Membekalkan tenaga,
* Memberikan rasa kenyang
* Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
* Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
* Membanyakkan susu badan (milkbooster)
* Membantu mengekalkan kepejalan otot
* Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
* mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

Mealshakes
* Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
*Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
* Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
* Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
* Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
* Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

Performance Drink
* Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
* Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
* Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
* Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
* Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
* membantu mencegah rasa dehidrasi akibat kurang minum diwaktu berpuasa.

 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
Rakan Shaklee Anda :-
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat
Perlukah ibu hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan? Adakah bakal ibu masih tercari-cari apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan?

Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan.

Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan. Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi. Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:

Asid Folik
Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.
Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:
  • Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.
  • Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.
  • Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis.
Zat Besi
Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.

Kalsium
Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

Asid Lemak Perlu
Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.

Vitamin D
Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.
Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda :-
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Apakah Itu Jatuh Organ Peranakan?

Dianggarkan, hampir separuh daripada mereka yang pernah melahirkan anak akan mengalaminya jatuh Organ Peranakan (JOP) di kemudian hari. Namun begitu ramai yang enggan berjumpa doktor atas alasan malu. Kenapa?


Apa Itu Jatuh Organ Peranakan? 
Jatuh organ peranakan (JOP) adalah satu perkara yang biasa berlaku di kalangan kaum wanita. Dianggarkan, hampir separuh daripada mereka yang pernah melahirkan anak akan mengalaminya di kemudian hari. Namun begitu ramai yang enggan berjumpa doktor atas alasan malu, ditambah dengan keadaan JOP itu sendiri yang tidak mengganggu kehidupan hariannya.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Kampung Baru Medical Centre (KBMC), Kuala Lumpur, Dr. Rosilawati Abd. Ghani berkata, JOP berlaku dalam keadaan di mana ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu.

‘‘Apabila ini berlaku, rahim akan jatuh keluar faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.
“Walaupun tidak sampai mengancam nyawa tetapi ia mendatangkan ketidakselesaan dan penderitaan emosi. Kadang- kadang seseorang itu boleh mendapat lebih dari sejenis JOP,’’ katanya.

Jenis-jenis JOP
 
a) Bahagian atas/bumbung faraj
Sekiranya bahagian atas yang terlibat, maka rahim akan jatuh ke bahagian faraj (uterine prolapsed).
* Gred 1: Rahim terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidak menyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaan dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear
* Gred 2: Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj
* Gred 3: Hampir keseluruhan rahim jatuh terkeluar dari faraj.
 
b) Bahagian hadapan
Pundi air kencing jatuh ke dalam faraj (sistosele). Ia akan menolak dinding faraj ke hadapan yang menonjol seperti satu benjolan.
Kebiasaannya pundi dan salur kencing akan jatuh sekali (Cystourethrocele) dan paling biasa terjadi di kalangan wanita.
 
c) Bahagian belakang faraj
“Sebahagian dari usus kecil yang mengisi ruang antara rahim dan faraj boleh jatuh di kawasan antara faraj dan bahagian akhir usus besar (rektum). Keadaan ini dipanggil enterosele. Jika rektum pula yang jatuh, ia akan membentuk satu benjolan di belakang faraj berhampiran dengan dubur. Ini dipanggil rektosele,’’ terang Dr. Rosilawati.
Kemungkinan besar, kedua-dua keadaan ini boleh berlaku serentak dan harus diperiksa secara menyeluruh. Ini amat penting kerana jika tidak didiagnosis, boleh meningkatkan kesengsaraan pesakit lebih-lebih lagi selepas pembedahan.
Menurutnya, ada lagi satu keadaan dipanggil vault prolapse yang berlaku selepas pembedahan histerektomi atas apa jua masalah.
“Ini mungkin mengambil masa untuk berlaku setelah sokongan oleh otot-otot keliling dan bekas jahitan pada faraj menjadi lemah lalu jatuh ke bawah.
“Ia terjadi pada 15 peratus wanita yang menjalani pembedahan histerektomi disebabkan oleh JOP dan hanya satu peratus atas alasan lain seperti fibroid,’’ ujar beliau.

Punca-punca JOP
  • Wanita yang sudah menopaus
  • Wanita yang sudah melahirkan anak, terutama mereka yang melahirkan anak yang besar atau pun melahirkan bayi secara instrumental (forceps/ vacuum).
  • Wanita anak ramai.
  • Wanita ada masalah perubatan seperti sindrom Marfan atau Ehlers Danlos kerana mereka yang menghidap penyakit itu mempunyai otot kurang anjal menyebabkan kurangnya sokongan pada kedudukan rahim.
  • Wanita berat badan berlebihan.
  • Wanita berdepan masalah batuk atau sembelit kronik atau ada ketumbuhan besar dalam abdomen.
  • Wanita sering melakukan kerja berat (mengangkat benda berat).
Simptom dan diagnosis
Wanita yang mengalami masalah JOP yang sedikit, kata Dr. Rosilawati, ada kalanya tidak berasa sebarang simptom atau ketidakselesaan.

“Sekiranya pundi kencing yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan wanita sukar mengawal kencing, kerap kencing atau kencing tidak puas

“Apabila usus kecil atau besar yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan sembelit, rasa tidak puas buang air besar sehingga kadangkala terpaksa memasukkan jari untuk mengeluarkan najis.’’
Jatuh organ rahim pula menyebabkan wanita berasa ada benda berat di celah alat sulitnya. Dalam keadaan yang teruk di mana rahim jatuh keseluruhannya, boleh menyebabkan luka, berdarah dan jangkitan kuman.

Pencegahan
  • Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera
  • Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang
  • Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air
  • Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat
  • Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik
  • Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda:-
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 ♥ 
Emel : nik_azimah81@yahoo.com ♥ 
FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Sunday, 22 June 2014

Cegah Strok dengan SHAKLEE

Stroke adalah penyebab kecacatan dan kematian yang utama di dunia. 
Tapi bukan bererti yang terkena stroke bakal tidak selamat. Kerana pengambilan langkah yang bijak  dengan cepat akan membuat stroke boleh diubati.

Stroke adalah gangguan fungsi saraf baik berupa kelumpuhan anggota gerak, gangguan bicara atau penurunan kesedaran yang terjadi secara mendadak akibat gangguan peredaran darah ke otak.


1. Stroke hanya terjadi pada usia lanjut
Faktanya: stroke dapat menyerang semua usia.

Kejadian stroke paling sering berlaku kepada mereka usia di atas 50 tahun, namun stroke dapat menyerang semua usia. Kejadian stroke pada anak pada umumnya disebabkan oleh kelainan komponen darah dan pembuluh darah yang dibawa sejak lahir dan bukan terkait gaya hidup (kadar kolesterol darah tinggi, kegemukan, dan merokok) seperti pada orang dewasa.

2. Stroke lebih sering pada laki-laki
Sebuah penelitian epidemiologi skala besar oleh Seshadri pada tahun 2007 mengungkapkan bahawa stroke lebih sering terjadi pada perempuan. Kejadian stroke adalah 1 pada setiap 5 orang perempuan dan 1 pada setiap orang laki-laki.

Angka kejadian stroke meningkat lebih dari 2 kali ganda kepada perempuan yang memiliki tekanan darah lebih dari 140/90 mmHg. Kejadian stroke pada perempuan meningkat mendadak kpada usia wanita yang menopause. Hal ini berkait rapat dengan hilangnya efek pembuluh darah oleh hormon estrogen.

3. Stroke hanya dapat terjadi pada pencderita hipertensi (tekanan darah tinggi)

Faktor risiko stroke yang tidak dapat diubah adalah mereka yang usia tua, jenis kelamin dan riwayat keluarga stroke. Ada pula faktor risiko stroke yang dapat dikendalikan iaitu: hipertensi, diabetes, merokok, dan kadar kolesterol darah yang tinggi.


Hipertensi merupakan faktor risiko stroke yang utama, namun bukan merupakan satu-satunya faktor risiko stroke

 

4. Stroke tidak dapat dicegah

Faktanya: stroke dapat dicegah.

Pencegahan stroke dimulai dengan mengetahui faktor risiko stroke. Pengendalian faktor risiko stroke yang utama adalah menurunkan tekanan darah, berhenti merokok, menormalkan kadar kolesterol darah dan menurunkan berat badan berlebih.

Perubahan pola hidup dengan lebih banyak mengkonsumsi buah dan sayur, menghindari rokok, berolahraga dan kurangkan  sangat dianjurkan.


5. Stroke tidak dapat diubati
Faktanya: stroke dapat diubati.


Semakin cepat mendapat pertolongan yang betul maka semakin besar kemungkinan terhindar dari kematian dan kecacatan akibat stroke. Permasalahan yang muncul adalah kurang mengetahui  gejala stroke.

6. Stroke adalah akhir dari segalanya

Faktanya: stroke bukanlah akhir dari segalanya.

Angka kematian akibat stroke bervariasi antara 20%-30%. Hal ini bererti bahawa ada 70% orang yang selamat dari serangan stroke. Orang yang selamat dari serangan stroke ini dikenal sebagai 'the stroke survivors'. Para stroke survivors ini memiliki  kecacatan yang bervariasi, mulai ringan sampai dengan berat.


Penangan terhadap kecacatan tersebut memerlukan tindakan rehabilitasi yang baik. Penelitian memperlihatkan adanya konsep neuroplastisitas yang memungkinkan pembaikan fungsi saraf sampai dengan 6 bulan serangan stroke. Waktu 6 bulan inilah yang harus dikejar untuk mencapai pemulihan yang optimal. Para stroke survivors ini juga harus terus menerus memperbaiki pola hidup dan mengkonsumsi obat secara teratur untuk mencegah serangan stroke lagi.
 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Rakan Shaklee Anda :-
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat