Tuesday, 26 March 2013

Supplement untuk wanita hamil

Apakah vitamin terbaik buat ibu hamil?

  1. Vitalea Iron Formula (multivitamin dan multimineral)
  2. B Complex (lengkap dengan asid folik)
  3. Vitamin C
  4. Ostematrix (kalsium magnesium)
  5. ESP/ Mealshake (sumber protein)
  6. Omega Guard

Secara ringkasnya, fungsi setiap vitamin adalah seperti berikut :




~ Vitalea diformulasikan  dengan iron (zat besi) di mana ia adalah sangat penting bagi ibu hamil terutama jika ibu ada masalah masalah mudah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia adalah berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.

~ Ia membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.

~ Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.




~ B Complex Shaklee adalah unik kerana ianya lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B.

~ Asid folik adalah sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.

~ Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.

~ Adalah penting bagi memastikan keperluan asid folik adalah mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung sehinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.






~ Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

~ Ia juga membantu dalam penghadaman zat. Di samping itu Vitamin C juga meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh (cth: flu).

~ 1 biji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?

~ Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

~ Ia juga membantu mengurangkan efek stretch mark ketika hamil.




 Ostematrix (Kalsium)
~ Ibu hamil memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari.
~ Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Dengan adanya vitamin D, kalsium dapat diserap dengan lebih baik oleh tubuh kita.
~ Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
~ Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
~ Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
~ Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot (simpul biawak)
~ Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
~ Sekiranya ibu hamil mengalami masalah kekurangan kalsium, ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis pada usia tua.
~ Sangat sesuai bagi orang yang tidak suka minum susu.
~ Ia juga membantu mengelakkan komplikasi kepada ibu ketika meneran sewaktu bersalin.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen