B
Kompleks tu apa ye? Apa fungsinya??? Saya time baru-baru amalkan Shaklee ni
dulu pun saya tak tau, main telan je..yang saya tau B Kompleks ni berupaya
untuk kurangkan stress..tapi rupa-rupanya it’s more than that...
Saya
petik dari buku Dr Bruce Miller, seorang Pakar Pemakanan Bertauliah di
Amerika. Dia bukan seorang Pakar Pemakanan Bertauliah saje, tapi memang banyak
jawatan dan kelayakan dia dalam bidang nutrisi, nak tulis pun panjang
sangat..heee..
Ok
la, di dalam buku Dr Bruce Miller ni diterangkan bahawa B Kompleks ini
adalah tergolong di dalam kumpulan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh
seseorang. B Kompleks ni adalah Larut Air yang mudah hilang daripada makanan
dan badan. Stress dan penggunaan tenaga fizikal seharian boleh mempercepatkan
kadar metabolism kita dan menghilangkan B Kompleks yang ada dalam badan kita.
Oleh itu, kita digalakkan mengambil B Kompleks setiap hari.
Sumber-sumber
B Kompleks yelah bijirin asli, sayur-sayuran berwarna hijau tua, produk-produk
dari haiwan dan sebagainya.
KESAN
KEKURANGAN B KOMPLEKS
- Letih sepanjang masa
- Cepat marah
- Darah gemuruh
- Kemurungan
- Stress
- Kurang selera makan
- Insomnia
- Sembelit
- Dan pelbagai masalah kulit..
Inilah dia rupa B-Kompleks ye kawan2...
B
Kompleks tidak memberikan kita tenaga tapi ia diperlukan untuk melepaskan
tenaga daripada darah anda. Untuk mendapatkan tenaga daripada gula, badan anda
mesti melalui kitaran biokimia “pengeluaran tenaga”. Ini merupakan proses 9
Peringkat yang dikenali sebagai Kitaran Krebs. Pada setiap peringkat utama,
tenaga akan dilepaskan daripada gula sambil ia dicernakan. Di sinilah B
Kompleks memainkan peranannya. Pada setiap satu daripada 9 reaksi ini, satu
atau lebih ahli B Kompleks terlibat dalam pelepasan tenaga. Jika anda tidak
mempunyai ahli B Kompleks yang diperlukan, maka anda tidak akan mendapat
pelepasan tenaga yang memuaskan. Inilah sebab utama mengapa rungutan seseorang
yg mengalami kekurangan B Kompleks ialah keletihan.
AWAS ye!!!..anda
kekurangan B Kompleks dalam badan jika anda seorang yang:
- Mengambil gula yg tinggi dlm
diet harian
- Minum minuman beralkohol
- Sering ketegangan mental
(stress) dan fizikal
- Makan sayur yang terlampau lama
dimasak
- Makan makanan tidak dimasak
dengan betul
- Mengambil antibiotic, pil
tidur, aspirin, pil kawalan kelahiran
- Berusia lebih 55 tahun
- Wanita hamil dan wanita yg
menyusukan bayi
- Dan mereka yang mengamalkan
tabiat pemakanan yang buruk.
B
Kompleks ni amat penting untuk golongan muda kerana waktu ini lah tubuh sedang
mengalami pertumbuhan yang pesat. Apabila kita dah semakin tua, B Kompleks
tidak lagi diserap dengan efisyen dan cekap berbanding kita di usia muda
dahulu. Kekurangan B Kompleks ini juga mengundang masalah nyanyuk dan keadaan
mental yang lain.
Amboi,
sedar tak sedar dah panjang lebar ulasan saya..dipendekkan cerita, B Kompleks
ni memang penting untuk tubuh kita, nutrisi asas yang kita perlukan dalam
seharian.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen