Tuesday 25 April 2017

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara

Pejam celik pejam celik dah nak akhir bulan Mac 2017. Terlalu cepat masa berlalu. Korang rasa macam mana? Masa itu berlalu dengan pantas atau lambat? 

Semua orang impikan kehidupan yang lebih baik walaupun berada pada lingkungan warga emas. Pastinya mahukan anak-anak sentiasa berada di sisi, dibelai dan dimanja oleh anak-anak kan? Kesihatan yang memuaskan dan masih lagi gagah walaupun sudah berusia. Masa muda banyak dihabiskan untuk mencari rezeki dan masa tua inilah masa terbaik untuk menuai hasilnya. 

Sebelum menginjak ke usia warga emas, elok sangat sekiranya kita semua amalkan 5 perkara ini dan ianya boleh dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan.

peringatan untuk diri sendiri


1.Ingat Kaya Sebelum Miskin
Ketika kita dalam kekayaan hendaklah kita manfaatkan sebaik-baiknya. Gunakan ia untuk perkara-perkara kebaikan seperti membantu orang yang memerlukan, , sedekah, dan zakat jangan dilupa. Dan Jadikan kekayaan kita sebagai faktor pendorong sekaligus pelancar kita dalam beribadah kepada Allah.

2.Ingat Sihat Sebelum Sakit
Sihat adalah sebuah anugerah yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Sayangi diri dan jaga kesihatan dengan menjaga pemakanan kerana jika dilihat sakit ni tidak mengenal usia. Oleh itu semasa sihat ni, pergunakan ia untuk hal-hal yang bermanfaat dan ingatlah bahawa sihat adalah modal yang paling berharga.

3.Ingat Muda Sebelum Tua
Masa muda hendaklah dipergunakan sebaik-baiknya untuk mencapai kebaikan dan kejayaan,kerana masa mudalah kita mempunyai keinginan dan cita-cita yang ingin kita capai. Tak bermaksud bila tua kita tidak boleh capai apa yang kita mahukan cuma mungkin usahanya adalah tidak sama dengan usia muda. Dengan itu masa muda hendaklah diisi dengan berbagai kegiatan yang bermanfaat hingga tidak menyesal di kemudian hari.

4.Ingat Lapang Sebelum Sempit
Maksudnya di sini kita semua diajar macam mana menghargai masa supaya terisi dengan perkara-perkara yang bermanfaaat baik untuk diri sendiri ataupun orang lain. 

5.Ingat Hidup Sebelum Mati
Ini merupakan rumusan dari empat hal diatas. Ketika kita diberi kehidupan maka gunalah ia sebaik mungkin kerana tiada peluang keduanya.

Lima hal itu merupakan inti misi dan visi hidup manusia, kerana kunci kejayaan itu terletak pada bagaimana kita “mempergunakan kesempatan dengan sebaik-baiknya”.

Semoga kita semua termasuk insan yang melaksanakan 5 perkara sebelum 5 perkara dalam menjalani kehidupan ini.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen