Sunday 18 August 2019

Vitamin Untuk Penyelesaian Kepada Kuku Rapuh

Assalamualaikum

Kesihatan kuku pastinya bermula dari dalam dan juga amalan penjagaan kuku yang betul. Masalah kuku rapuh bagi mereka yang tidak mengamalkan sebarang produk kecantikkan kuku (komplikasi) pasti disebabkan oleh kekurangan Vitamin.

Jadi apa keperluan Vitamin Untuk Kuku Rapuh Kembali Berkilat?

Vitamin Kuku Cantik dan Sihat

1. B complex – B12, Biotin, Folate, Acid Folic
Biotin adalah vitamin B7 yang penting untuk pertumbuhan sel yang sihat dan membantu dalam metabolisma asid amino untuk membentuk protein yang penting untuk pertumbuhan kuku.

Makanan yang mengandungi tinggi biotin seperti hati, kuning telur, produk tenusu,salmon, keledek, kekacang.

Vitamin B12 pula diperlukan untuk penyerapan zat besi, dan pembentukkan sel darah merah. Kesan kekurangan Vitamin B12 menyebabkan kuku kelihatan kebiruan, pigmen hitam dan garis-garis gelap.

Begitu juga folat, atau vitamin B9 penting untuk pertumbuhan kuku dan kesihatan dengan menyumbang kepada pembentukan sel darah merah dan perkembangan sel-sel baru. Kekurangan folat menyebabkan perubahan pigmen dan rapuh pada kuku. Keperluan orang dewasa adalah 2.4 mcg vitamin B12 dan 400 mcg folat sehari, tetapi wanita hamil memerlukannya lebih.

Folat boleh didapati dalam sayuran hijau gelap, buah sitrus, kekacang. Manakala B12 diperolehi daripada sumber haiwan seperti daging, ayam, ikan, telur dan tenusu.


2. Zat Besi / Vitalea
Fungsi utama zat besi adalah pembentukkan sel darah merah. Sel darah ini sangat penting dalam membekalkan oksigen keseluruh tubuh badan termasuk kuku.

Kadar penyerapan zat besi akan bertambah dengan pengambilan bersama vitamin C.


3. Protein / ESP
Pembentukkan tisu kuku adalah daripada protein fibrous yang dipanggil keratin. Keratin adalah sel mati dalam badan yang dikumpulkan seterusnya ditolak keluar membentuk sel-sel kuku. Sebab itu ketika memotong kuku kita tak rasa sakit, sel dah mati.

Ambil protein secukupnya penting untuk meningkatkan pengeluaran keratin untuk kuku yang kuat. Protein boleh didapati dalam makanan haiwan seperti daging, ayam, ikan, telur dan tenusu. Juga tumbuhan seperti kacang, termasuk soya.

Nak tahu lagi pasal vitamin ini?Boleh pesan dengan klik ke link ni ye ⏬⏬

Atau klik je link ini untuk pembelian secara online dengan menggunakan kad debit atau kredit.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Dengkil, Selangor 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Pekan Dengkil, UiTM Dengkil, Sepang, Cyberjaya, Bandar Baru Salak Tinggi & Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen