Gout merupakan salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun dan ianya jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Jom kita tengok apakah tanda-tanda seseorang itu pengidap GOUT. Dan jika kita ada tanda-tanda penyakit GOUT, boleh terus berjumpa pakar untuk merawatnya.
- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
- Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
- Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
- Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Oleh kerana buah-buahan dan sayur-sayuran rendah dalam kandungan
tenaga, bermakna mereka menyediakan kurang kalori bagi setiap hidangan
berbanding lemak dan kanji, ia juga boleh membantu memudahkan proses
pengurusan berat badan. Mengekalkan berat badan yang sihat adalah
penting untuk mencegah risiko gout dan batu karang.
Elakkan sayur-sayuran dalam tin yang mengandungi sodium tinggi yang boleh menyumbang kepada batu karang. Amalkan pemakanan yang sihat untuk pengawalan kandungan asid urik penting untuk kesihatan anda.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen