Diet dan gaya hidup yang sihat adalah senjata terbaik anda untuk melawan
penyakit kardiovaskular. Bagaimanapun, terdapat banyak maklumat yang
bercampur aduk dengan mitos berkaitan dengan pemakanan yang sihat.
Adalah tidak mengejutkan andai banyak di antara kita yang terkeliru
tentang jenis-jenis lemak. Kita juga ada banyak persoalan berkaitan
dengan garam, daging dan hasil tenusu. Dengan semua perbezaan-perbezaan
pendapat, adalah baik untuk mendapat maklumat dari sumber yang boleh
dipercayai, agar anda dapat membuat pilihan yang bijak bagi diet anda
untuk faedah jangka masa panjang terhadap jantung dan kesihatan anda.
Corak pilihan keseluruhan andalah yang paling diambil kira.
Garis Panduan Pilihan Makanan Yang Disyorkan
Buah-buahan
dan sayuran adalah tinggi vitamin, mineral dan serat – dan ianya rendah
kalori. Memakan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu
anda mengawal berat dan tekanan darah anda.
Makanan bijirin tidak
hancur mengandungi serat yang boleh membantu menurunkan kolesterol
darah anda dan membantu anda berasa kenyang, yang akan membantu anda
menguruskan berat badan anda.
Makan ikan sekurang-kurangnya dua
kali seminggu. Kajian yang telah dilakukan menunjukkan ikan berminyak
mengandungi asid lemak omega-3 boleh membantu merendahkan risiko
kematian kerana penyakit arteri koronari. Pilih daging tanpa kulit dan
sediakannya tanpa menambah lemak tepu dan lemak trans. Pilih produk
tenusu tanpa lemak, lemak 1 peratus dan rendah lemak.
Kurangkan
makanan yang mengandungi minyak sayuran separa dihidrogenasikan untuk
mengurangkan lemak trans dalam diet anda. Sasarkan untuk makan kurang
dari 300 miligram kolesterol setiap hari. Sediakan dan pilih makanan
sedikit atau tanpa garam. Sasarkan untuk makan kurang dari 1500 miligram
garam setiap hari.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen