Friday 30 March 2018

Set Sakit Tumit

Assalamualaikum

Pernah alami sakit tumit tak? 


Sebenarnya ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya sakit tumit. Antara punca sakit tumit kaki adalah kerana tekanan yang berlebihan, keradangan pada lapisan lemak di tumit dan ketumbuhan spur atau tulang kecil di tumit.

Tekanan yang berlebihan di tumit disebabkan oleh kelemahan otot hamstring dan sendi lutut yang terlalu kebelakang, menyebabkan segala berat badan tertumpu tumit dan bukan di tengah tapak kaki.

Pasti ada cara-cara nak atasi sakit tumit kan? Meh nak bagitau petua untuk kurangkan sakit tumit tu

1. Senaman Tapak Kaki

Tumit kaki akan merasa sakit dan bisa bila kekurangan darah dan oksigen di bahagian tersebut. Amalkan beberapa senama tapak kaki yang banyak dikongsikan di laman sesawang untuk redakan kesakitan tumit.
Antara yang paling mudah adalah dengan melakukan regangan di tapak kaki. Cara-caranya adalah seperti berikut:-
  • Duduk di atas kerusi dan silangkan kaki atas lutut anda yang lain;
  • Bengkokkan pangkal jari anda dan tarik ia ke arah badan anda sehingga anda rasa regangan yang selesa;
  • Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat;
  • Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.
Anda juga digalakkan untuk membuat sedikit regangan tapak kaki sebelum tidur dan bangun dari tidur supaya otot tidak terkejut.

2. Rendaman Kaki

Rendaman kaki bagus untuk melegakan tekanan pada tapak kaki. Lepas seharian bekerja dan berdiri mesti letih tumit kaki tu kan?
Anda boleh amalkan cara ini untuk legakan tekanan pada tapak kaki anda. Sediakan air rendaman kaki dalam besen. Campurkan air suam bersama garam kasar dan campuran bunga-bungaan (alternatif kalau nak kaki harum). Rendam kaki selama ½ jam, anda akan rasa tumit kaki lebih rileks.

3. Pilih kasut Yang Sesuai

Pemilihan kasut yang sesuai amat memain peranan pada tapak dan tumit kaki. Selain design yang cantik, kasut juga harus memberi keselesaan dan tampungan yang baik pada kaki.
Pilih kasut yang sediakan span yang mencukupi pada tapak kaki. Elakkan kasut yang mempunyai tapak yang nipis kerana ia tidak memberi support yang baik pada tapak dan tumit kaki.

4. Pilih aktiviti riadah yang sesuai

Aktiviti riadah /senaman memang baik pada tubuh badan kita. Namun, untuk mereka yang mudah sakit pada tumit kaki, anda perlu kurangkan aktiviti riadah yang memerlukan anda untuk berjalan atau berdiri pada masa yang lama seperti berjoging atau berlari.
Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti berenang atau berbasikal kerana ianya aktiviti yang memberi kurang tekanan pada tapak dan tumit kaki.

5. Berikan Haba Pada Tumit Kaki

Jika anda selalu terdedah pada suhu yang sejuk, seperti di office atau tempat kerja, anda digalakkan untuk memakai stoking bagi mengekalkan sedikit haba pada tapak dan tumit kaki.
Suhu yang sejuk dapat memberi tekanan pada otot kaki. Jadi amalkan untuk memakai stoking ya untuk memberi kelegaan pada tapak dan tumit kaki tu.

Dan Cheq Nik ada cadangan suplemen untuk yang alami sakit tumit. Antara suplemen yang dicadangkan ialah :
1. ESP
2. Lecithin
3. Omega Guard
4. Vitamin C

set sakit tumit Shaklee


Untuk pesanan terus klik link di bawah ye

www.wasap.my/setsakittumit/dengkil

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Dengkil & Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen