Monday, 6 May 2013

Supplemen Kesuburan


Apa Kata Doktor Hamid Arshat Mengenai Supplemen Kesuburan … 

Suka untuk saya memetik kata-kata dari seorang doktor pakar puan seperti Dr. Hamid Arshat. Apa yang beliau nasihat kepada setiap pasangan yang telah lama berusaha untuk mendapat zuriat.

“ Beliau mencadangkan agar setiap pasangan yang baru selesai mendapat rawatan seperti pembedahan untuk membuang cyst, mengambil masa untuk berdoa serta berusaha untuk kuruskan badan, di samping mengambil supplemen seperti multivitamin, Vitamin E, C dan asid folik, serta setiap rawatan memerlukan 3 hingga 6 bulan untuk melihat keberkesanannya.”  ;-)



Supplemen Shaklee yang saya cadangkan untuk anda yang sudah lama inginkan zuriat, antaranya:-

1. Zinc Complex 
  • Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormon sex, hormon thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif.
  • Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang digunakan adalah “below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan.
  • Ia mempengaruhi bilangan sperma dan pergerakannya.
  • Jadi, zinc memang penting untuk kesuburan.
2. Vitalea Iron Formula
  • Multivitamin yang mempunyai 12 vitamin dan 7 galian.
  • Rata-rata pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan
  • Dan uniknya, Vita-Lea atau multivitamin Shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh
3. B-Complex
  • Vitamin paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon.
  • Uniknya vitamin B Shaklee kerana ianya turut mengandungi asid folik dan biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon
  • Malahan, pengambilan asid folik sangat penting di ambil, sekurang-kurangnya 2-3 bulan sebelum mengandung
4. Vitamin E
  • Ia dikenali sebagai ‘vitamin cinta’, kerana ia membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita
  • Uniknya vitamin E shaklee, kerana ia turut mengandungi selenium, manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan selenium.
  • Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi pada waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron
5. GLA Complex
  • Membantu mengatasi masalah haid tidak teratur
  • Membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti
6. Alfalfa Complex
  • Membantu mengatasi rasa sakit ketika “bersama”.
  • Membantu mengatasi masalah keputihan
  • Membantu mengatasi masalah haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri, kerana ia bertindak sebagai PERAPAT.
Cara pengambilan,
  • Suami ambil 1-5 (1 biji setiap hari)
  • Isteri ambil 1-6 (1 biji setiap untuk, Alfalfa 3-5 biji sehari, GLA – 2 biji sehari)
Namun harus diingatkan, soal rezeki anak ini, semuanya dari ALLAH. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepada-Nya.. In Shaa ALLAH.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

* Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Nik Azimah Awg Hamat
Shaklee Independent Distributor  (No. 894805)
Sms/WhatsApp : 017-343 0922
Email : bayu_laut23@yahoo.com
Blogs : http://peminatvitamin.blogspot.com

Sunday, 5 May 2013

Pemakanan Seimbang


Pemakanan seimbang untuk kanak-kanak Pra Sekolah

Kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk perkembangan yang sihat dan optimum dari semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti dan anemia. Jadi guru perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan supaya murid-murid prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya. Berikut merupakan jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh badan, :-

  • a) Karbohidrat
    Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

    b) Protein
    Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

    c) Lemak
    Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

    d) Galian
    Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

    e) Vitamin
    Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh.

    f) Serat
    Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.
    Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu,ia juga membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental serta dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Makanan yang berkhasiat juga menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.

    Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan. Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia

    Pengambilan pemakanan yang kurang atau berlebihan boleh membawa kesan serius terhadap tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Masalah Ini mungkin merangkumi nutrien utama seperti protein, karbohidrat, lemak, termasuk juga vitamin dan mineral. Tanpa mengira sama ada kanak-kanak kekurangan atau berlebihan berat badan, mahupun mempunyai berat badan normal, mereka masih boleh mengalami masalah kekurangan mikronutrien seperti zat besi, kalsium, iodin.
     
    Amalan pemberian makanan yang kurang sihat akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan berat badan atau terbantut serta boleh menjejaskan perkembangan kognitif. Sering kali, kanak-kanak ini juga akan mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral, yang paling umum adalah zat besi, iodin dan Vitamin A. Kanak-kanak yang kurang berat badan lebih kerap jatuh sakit kerana mempunyai daya tahan lebih rendah terhadap jangkitan.

    Masalah pemakanan berlebihan timbul apabila kanak-kanak mengambil terlalu banyak makanan, khususnya yang tinggi kalori, dan kurang bersenam. Seorang kanak yang mempunyai berat badan berlebihan berkemungkinan akan menjadi remaja atau dewasa dengan berat badan berlebihan mahupun obes kelak. Kita semua tahu bahawa berat badan berlebihan merupakan satu faktor risiko penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser. Berat badan berlebihan atau obesiti juga boleh mengakibatkan kanak-kanak mempunyai tanggapan imej yang negatif terhadap fizikal badan dan kurang keyakinan diri. Pengambilan nutrien berlebihan juga boleh menjejaskan kesihatan akibat pengambilan mikronutrien seperti vitamin larut lemak (A,D, E dan K) secara berlebihan, tanpa mendapatkan nasihat profesional yang betul. Mikronutrien seperti vitamin boleh berkumpul di dalam tisu lemak dan akan menyebabkan ketoksikan.
 
  • Apakah pelaburan yang terbaik buat anak anda? adakah pakaian yang cantik dilihat sahaja..pastinya ramai ibu bapa yang mula membuka mata akan kepentingan memberikan keperluan untuk kesihatan anak-anak selain pakaian yang cantik juga permainan yang cukup hebat....

PELABURAN TERBAIK UTK ANAK2 adalah:


MealShake

# Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan
# Kaya dengan sumber kalsium dan protein
# Amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat
# Pilihan protein soya terbaik anda
# Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
Memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan

Omega Guard

#Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi
# Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
# Meningkatkan sistem imunisasi

---> Hanya yang TERBAIK dari sumber SEMULAJADI untuk si manja
---> Mengekalkan kesihatan atau memperbaiki taraf kesihatan

Kita MESTI pilih!

  •  Berminat untuk memberikan kesihatan yang terbaik untuk anak-anak anda sihat dan ceria-ceria selalu..
  • sms/whatapps/wechat 017-343 0922

Saturday, 4 May 2013

Sembelit Selepas Bersalin



Sembelit selepas bersalin adalah salah satu perkara yang sering berlaku dikalangan ibu-ibu. Satu perlima daripada ibu-ibu mengalami masalah ini selepas hamil. Patutlah berbotol-botol Lactul (ubat lembut najis) dibekalkan oleh Pakar O&G semasa keluar wad selepas melahirkan...=)

Antara faktor-faktor yang menyebabkan sembelit selepas bersalin ialah:
  • Kurang pengambilan air - sesetengah kepercayaan pengambilan air yang banyak akan menyebabkan perut buncit.
  • Pengambilan jamu dan herba yang bersifat panas.
  • Kurang pengambilan sayuran dan buahan dengan alasan kebanyakkan sayuran dan buahan bersifat sejuk. Padahal ianya penting kerana mempunyai serat yang tinggi. 
  • Takut hendak membuang air besar kerana takut luka episiotomi akan terbuka dan sakit di bahagian tersebut. 
  • Otot pada usus juga mengendur kerana perubahan hormon yang berlaku semasa hamil.
Sembelit memang menyakitkan dan boleh menyebabkan fobia dikalangan ibu-ibu selepas bersalin. Jom kita baca antara tips yang boleh diamalkan untuk mencegah dan mengatasi sembelit...

TIPS MENCEGAH/MENGATASI SEMBELIT SELEPAS BERSALIN
  • Banyakkan minum air 2-3 liter air sehari. Ia bukan sahaja dapat mengatasi sembelit, tetapi dapat juga mencegah jangkitan pada pundi kencing dan juga membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Kekurangan air akan menyebabkan luka lambat baik dan juga air susu menjadi kurang.
  • Makan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C juga amat digalakkan bagi mempercepatkan penyembuhan luka. 
  • Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas. Ketahuilah, lebih lama anda menahan, lebih keras najis dan akan menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar.
  • Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan kerana ini akan memudahkan anda membuang air besar.
  • Pengambilan supplemen tambahan juga dapat membantu.
CADANGAN SUPPLEMEN UNTUK MENGATASI SEMBELIT

1. OSTEMATRIX


  • membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan terutama pada anda yang mempunyai luka jahitan. 
2. OMEGAGUARD


  • dapat membantu mengecutkan otot usus yang bengkak yang menyebabkan keperitan semasa membuang air besar.
3. ZINC COMPLEX


  • disarankan kepada yang mengalami sembelit pada tahap yang lebih teruk sehingga membuang air besar najis berdarah. 
  • ia membantu menyembuhkan luka dalaman dubur dengan lebih cepat.

Bukan hanya ibu selepas bersalin saja ye...sesiapa yang menghadapi masalah sembelit pun boleh mencuba nya!!! Dapatkan OSTEMATRIX, OMEGAGUARD & ZINC COMPLEX dengan harga yang sangat istimewa yee...!!! Jangan dah habis stok gigit jari pulak....

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Hubungi Nik Azimah Awg Hamat
Tel/Sms/Whatsapp: 017-343 0922
Email: bayu_laut23@yahoo.com

Thursday, 2 May 2013

GLA Complex



BERJAYA HAMIL DENGAN GLA COMPLEX 


Antara produk Shaklee yang terhangat selain ESP ialah GLA COMPLEX. Sangat diminati dan dangat laris di pasaran sekarang ni. Ramai yang excited ingin mecuba GLA Complex terutama bagi mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak. InsyaAllah, kita hanya berusaha tanpa putus asa, rezeki ditentukan oleh Allah S.W.T. InsyaAllah, berkat usaha dan doakan kita yang istiqamah akan diberikan rezeki oleh-Nya...=)



Ramai dikalangan customer yang telah berjaya hamil dengan mengamalkan GLA Complex ini. Ada yang hamil sebelum sempat menghabiskan sebotol pun...alhamdulillah. Seeloknya suami dan isteri bersama-sama berusaha...bagi suami semestinya Zink dan Vitamin E sangat membantu.



BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU KEHAMILAN?



GLA COMPLEX SHAKLEE merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 



Antara fungsi GLA Complex ini adalah membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan hormon yang tidak stabil. Apabila haid tidak teratur, maka amatlah sukar untuk menentukan hari subur anda. GLA Complex dapat menstabilkan dan menyeimbangkan hormon, dan mengatur semula haid. Maka peluang untuk  mendapat anak akan lebih cerah.



Selain itu, ia juga membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Pada hari subur, wanita akan menghasilkan sejenis cecair dan pastikan ianya berwarna putih telur (cecair berkualiti). Cecair ini amat penting kerana ia akan mengangkut sperma untuk berenang ke uterus dan seterusnya ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Maka amat penting untuk mendapatkan cecair serviks yang subur dan berkualiti kerana peluang untuk hamil akan bertambah cerah...insyaAllah.



Tidak rugi mencuba GLA COMPLEX SHAKLEE sebagai salah satu usaha sebelum berserah kepada-Nya. Jom baca antara testimoni pengguna GLA Complex yang sudah berjaya hamil...alhamdulillah...=)



TAHNIAH!!!



Dapatkan GLA COMPLEX dan supplemen lain yang dapat membantu meningkatkan kesuburan anda pada harga yang sangat istimewa hanya di peminatvitamin.blogspot.com !!! Istimewa dari wanita untuk wanita.....=)

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info:

Tel/Sms/Whatsapp: 017-343 0922
Email: bayu_laut23@yahoo.com
 


Wednesday, 1 May 2013

Strok


Risiko Strok dan Serangan Jantung

Perkataan strok, kolestrol dan serangan jantung bagi saya amat menggerunkan. Ini kerana, ia ibarat 'silent killer'. Seringkali kita mendengar berita-berita yang mengejutkan dari saudara-mara atau kenalan kita berkaitan dengan penyakit-penyakit ini . Dalam minggu lepas sahaja, saya menerima 2 berita yang mengejutkan dari kenalan saya yang dimasukkan ke ICU akibat strok, kedua-duanya berlaku secara tiba-tiba.

Mencegah lebih baik dari mengubati.

Tahukah anda  makan ikan boleh kurangkan risiko strok?
"Mengambil dua hingga empat sajian ikan setiap minggu mampu mengurangkan risiko strok samaada serangan strok atau mini strok sebanyak 6%! Manakala individu yang mengambil lima hidangan ikan setiap minggu mampu mengurangkan sehingga 12% serangan strok. Ikan telah terbukti membantu menyihatkan pembuluh darah kerana kaya dengan nutrisi seperti vitamin & juga asid amino. Amalan ini juga turut membantu menurunkan risiko penyakit jantung koronari"

Kelebihan dan Keistimewaan Omega Guard Shaklee 


Shaklee Omega Guard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan. Seperti biasa, produk Shaklee dihasilkan dengan begitu teliti untuk memastikan kualiti yang terbaik dan tidak mendatangkan sebarang mudarat kepada pengguna. Sebab tu la saya sayang Shaklee ni :)

Sebenarnya, banyak lagi khasiat Omega Guard Shaklee ni, terutamanya untuk ibu-ibu yang mengandung dan menyusu serta kanak-kanak. InsyaAllah saya akan berkongsi di entry yang seterusnya. Lagipun sekarang ni tengah ada promosi best untuk Omega Guard ni. Memang sangat jimat dan berbaloi-baloi kalau beli sekarang :)

Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi PERCUMA serta tip-tips dan cara pengambilan vitamin yang betul dan tepat untuk anda. Setiap pembelian akan mendapat HARGA ISTIMEWA dari saya:)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 
Nik Azimah bt Awg Hamat 
ID No. 894805
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922