Friday, 29 September 2017

Set Radiant 4 : Set Cantik yang Memukau

Bestnya offer bulan ni. tapi dah nak habis pun.

Ramai yang rebut set radiant ni tau.

Apa yang ada dalam set radiant tu ye? Meh Cheq Nik explain serba sedikit mengenai set radiant yang menjadi buruan para jelitawan.

Ada 4 item utama dalam set ini.Jom kita lihat


set glowing

1. Bina sel dengan protein terbaik : (ESP)

Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:
  • Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum.
  • Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
  • Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.

2. Lindungi kulit dari radikal bebas dengan Vitamin C !

Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan kita tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :
  • Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
  • Membantu dalam penyembuhan luka.
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.

3. Tingkatkan Keanjalan kulit dengan Collagen Powder 

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri.

Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk;
  • Kulit yang lebih anjal.
  • Mengurangkan kedutan.
  • Kulit yang lebih lembut, lebih padat.
  • Mengurangkan parut

4. Kekalkan kelembapan kulit anda

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). 

Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:
  • Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik
  • Mengekalkan kelembapan kulit.
  • Melawan keradangan

Ada offer menarik tau. Jangan lupa beli!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
 FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
 Pages: Peminatvitamin 
 No Tel: 017-3430922 
 Email: nik_azimah81@yahoo.com 
 COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Tuesday, 25 April 2017

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara

Pejam celik pejam celik dah nak akhir bulan Mac 2017. Terlalu cepat masa berlalu. Korang rasa macam mana? Masa itu berlalu dengan pantas atau lambat? 

Semua orang impikan kehidupan yang lebih baik walaupun berada pada lingkungan warga emas. Pastinya mahukan anak-anak sentiasa berada di sisi, dibelai dan dimanja oleh anak-anak kan? Kesihatan yang memuaskan dan masih lagi gagah walaupun sudah berusia. Masa muda banyak dihabiskan untuk mencari rezeki dan masa tua inilah masa terbaik untuk menuai hasilnya. 

Sebelum menginjak ke usia warga emas, elok sangat sekiranya kita semua amalkan 5 perkara ini dan ianya boleh dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan.

peringatan untuk diri sendiri


1.Ingat Kaya Sebelum Miskin
Ketika kita dalam kekayaan hendaklah kita manfaatkan sebaik-baiknya. Gunakan ia untuk perkara-perkara kebaikan seperti membantu orang yang memerlukan, , sedekah, dan zakat jangan dilupa. Dan Jadikan kekayaan kita sebagai faktor pendorong sekaligus pelancar kita dalam beribadah kepada Allah.

2.Ingat Sihat Sebelum Sakit
Sihat adalah sebuah anugerah yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Sayangi diri dan jaga kesihatan dengan menjaga pemakanan kerana jika dilihat sakit ni tidak mengenal usia. Oleh itu semasa sihat ni, pergunakan ia untuk hal-hal yang bermanfaat dan ingatlah bahawa sihat adalah modal yang paling berharga.

3.Ingat Muda Sebelum Tua
Masa muda hendaklah dipergunakan sebaik-baiknya untuk mencapai kebaikan dan kejayaan,kerana masa mudalah kita mempunyai keinginan dan cita-cita yang ingin kita capai. Tak bermaksud bila tua kita tidak boleh capai apa yang kita mahukan cuma mungkin usahanya adalah tidak sama dengan usia muda. Dengan itu masa muda hendaklah diisi dengan berbagai kegiatan yang bermanfaat hingga tidak menyesal di kemudian hari.

4.Ingat Lapang Sebelum Sempit
Maksudnya di sini kita semua diajar macam mana menghargai masa supaya terisi dengan perkara-perkara yang bermanfaaat baik untuk diri sendiri ataupun orang lain. 

5.Ingat Hidup Sebelum Mati
Ini merupakan rumusan dari empat hal diatas. Ketika kita diberi kehidupan maka gunalah ia sebaik mungkin kerana tiada peluang keduanya.

Lima hal itu merupakan inti misi dan visi hidup manusia, kerana kunci kejayaan itu terletak pada bagaimana kita “mempergunakan kesempatan dengan sebaik-baiknya”.

Semoga kita semua termasuk insan yang melaksanakan 5 perkara sebelum 5 perkara dalam menjalani kehidupan ini.

Monday, 24 April 2017

Kenapa Kita Perlu Memilih Skin Care Yang Selamat? Penting ke?

Kalau dah namanya PEREMPUAN,pastinya tak dapat dipisahkan dengan produk penjagaan wajah dan kecantikan.Dari dulu hingga kini,produk kecantikan merupakan produk yang paling laris di pasaran.Tak hairan lah pelbagai produk muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Namun,dalam keghairahan anda untuk tampil cantik,pemilihan produk mestilah diutamakan.Jangan kerana tergoda dengan iklan dan model-model cantik anda abaikan faktor keselamatan dan status halal produk tersebut.Nanti tak pasal-pasal muka jadi hodoh,kulit pun sensitif. 

Ada skin care yang murah dan kesan yang cepat membuatkan wanita-wanita di luar sana tergoda dengan iklan-iklan yang di paparkan. Mulalah mencuba. Rata-rata memang kesan seawal mungkin. Tapi tidak fikirkah kita secara logik kenapa terlalu cepat kesannya. Tidakkah kita terfikir apakah bahan yang digunakan untuk produk itu. Produk-produk skincare yang bahaya boleh meresap ke darah dan ia membahayakan diri kita. Jika kita tidak ambil peduli tentang apakah kandungan didalamnya. 

Cuba kita fikir kalau kos untuk membeli ia murah, apakah bahan-bahan didalamnya? Berapa pula kos bahan-bahan didalamnya. Mesti lagi murah, bukan? Jadi fikir-fikirkanlah jika anda sayang diri anda. Jom berubah kepada skin care yang selamat.

Shaklee ada menawarkan set penjagaan muka NUTRIWHITE selain suplemen. Jangan tak tahu ye.
full set nutriwhite Shaklee
Jom kita lihat mengapa produk ini perlu menjadi pilihan anda.

Produk Penjagaan Muka NutriWhite Shaklee berfungsi dalam 5 cara iaitu:-

• MENGHALANG kerosakan matahari dan alam sekitar dengan aktif melindungi kulit dari kesan sinar matahari dan UV.

• MENYEKAT pigmen gelap dari sel kulit asas dan membantutkan kemunculan tompok tompok hitam

• MENCERAHKAN dengan naungan melanin yang sedia ada yang membawa kepada wajah yang lebih cerah dan sekata

• MEMPERBAHARUI dengan mengeluarkan sel sel mati yang mewujudkan kulit yg lebih cerah dan bercahaya

• MENGURANGKAN pigmen gelap dalam kulit dan mencegah kulit kusam.

Mengapa mesti memilih SKIN CARE SHAKLEE?

-Mendapat Kelulusan KKM
-Tiada Kesan Sampingan
-Terbukti Berkesan 
-Terbukti Semulajadi
-Terbukti Selamat
-Harga Mampu Milik
-Halal

Nak pesan produk Nutriwhite?

Pesan SET NUTRIWHITE di SINI secara ONLINE


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Thursday, 13 April 2017

Vivix Bantu Kurangkan Oxidative Stress

Lambakan radikal bebas dalam badan kita menjadikan sel-sel kita “berkarat” kerana tindakan oxidative stress. Takutnya…Jadi, mulai sekarang tak mahu ikutkan rentak stress tu ye. Untuk kesihatan dan kecantikan kita juga kan?

Banyak cara untuk membantu tubuh kita melalui oxidative stress dan antaranya ialah dengan cara :


1.  Menjaga pemakanan
∞Kebanyakan di kalangan kita jika stress makan tanpa henti kan? Maknanya dengan berbuat demikian membolehkan masalah dilupakan tetapi sebaliknya.

2.  Mengawal diri dari mudah stress
∞ Macam kita yang beragama Islam, jika stress tu cepat-cepat ambil wuduk dan mohon pertolongan dari Allah supaya tidak berterusan stress dan diberi petunjuk untuk selesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu banyakkan istighfar. In Sha Allah stress dapat dikawal.

3.  Mengamalkan vivix
∞ sepertimana yang kita tahu vivix ni memang best sesangat dan memang elok diamalkan  kerana fungsinya yang bagus.


Sepertimana dalam perbincangan sebelum ini, kematian sel ni terbahagi kepada dua iaitu:
📌 Apoptosis- Sel mati bila dia rosak/ cedera.
📌 Necrosis - Sel mati disebabkan oleh faktor luaran.



vivix dan stress

Kalau sel dalam badan kita ni mati melalui cara apoptosis ni takpe lagi. Tapi sebaliknya bila sel ni mati melalui cara Necrosis. Necrosis atau kata lain kewujudan sel abnormal dalam badan. Ni yang kita perlu takuti.

Sebab bila sel abnormal ni yang patut mati tapi tak mati, dia akan menghasilkan sel-sel baru tapi bukan sel yang sihat tau. Sel-sel yang tak sihat. Sebagai contoh orang yang kena kanser. Biasa dengar tak orang yang dah pulih dari kanser selepas dah lalui segala macam rawatan yang sepatutnya untuk kanser tapi boleh terjadinya kanser lagi.

Okey dalam kes ni, sel-sel abnormal tadi telah dimutasi dan terjadinya sel-sel cacat tapi jahat!. Dia jahat sebab duplicate sel-sel yang patut mati tapi tak mati. Faktor penyebab terjadinya sel abnormal ni adalah dari pendedahan terhadap toksin, radikal bebas, trauma, jangkitan dan macam² lagi.

So nak lindungi sel-sel kita ni supaya diberi cukup pernafasan, glukosa semua tu kita kenalah amalkan Vivix. Sel ni pun macam kita jugak, nak kena ada oksigen. Takde oksigen tak dapatlah nak bernafaskan.

Tu sebab dalam Vivix ni ada bahan yang boleh baiki sel dan lindungi sel kita dari ancaman-ancaman luar yang boleh menyebabkan penyakit kronik tau.


Vivix ni bertindak melalui 4 Mekanisme iaitu:
📍Pembaikan Sel
📍 Perlindungan Sel
📍 Tenaga Sel
📍 Prestasi Sel

Bahan dalam Vivix tadi adalah RESVERATROL dan POLIFENOL. Bahan-bahan ni telah terbukti keberkesanannya untuk melindungi sel²-sel badan sebab telah melalui ujian klinikal dan yang lagi best dah dijalankan kajian iaitu terbukti dalam Landmark Study.

So, mengapa nak biarkan sel2-sel rosak tu terhasil lagi banyak sedangkan kita mampu untuk lindunginya dengan Vivix.

Jom Vivix!


Beli VIVIX di SINI secara ONLINE

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Saturday, 8 April 2017

Peranan Facebook untuk Pengiklanan

Dulu masa orang lain sibuk buat akaun facebook, Cheq Nik buat tak hirau je. Sebab fikir harapkan internet kat pejabat je. Maklumlah masa tu mana reti lagi nak main internet.

Tapi bila dah sekali daftar akaun facebook, syok pulak rasa. Sebab boleh tambah kenalan dan jejak kawan-kawan yang lama hilang dari radar.

Sekarang ni lagilah sebab Cheq Nik buat bisnes online memang tersangat perlukan medium seperti facebook untuk berkongsi segala maklumat mengenai Shaklee terutamanya.

bisnes online


Bila kita jual online satu je kena dan wajib buat iaitu sharing atau kongsi apa yang kita jual. Barulah ramai yang akan tahu dan secara tidak langsung membuka peluang untuk membesarkan empayar. Betul ke tidak?

Bagi Cheq Nik, berniaga online ni kena rajin buat sharing apa yg kita jual. Lagi mudah jika kita juga mengguna produk tersebut. Biasanya perkongsian dari hati lebih diingati sebab ianya ikhlas dari hati..cewaahhh

Jika kita perasan, terdapat banyak group di dalam facebook yang boleh kita join untuk berkongsi penyelesaian masalah yang dihadapi. Contohnya dalam group ibu hamil selalu je ada persoalan pasal kehamilan dan Cheq Nik sebagai individu yang ada sedikit ilmu berkongsi dan cuba cadangkan apa yang terbaik. Tu pun salah satu nak kembangkan empayar menerusi facebook.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Friday, 7 April 2017

Omega Guard untuk Antiradang Terbaik

Ada tak bila bangun pagi rasa kaki tangan susah nak bergerak? Ataupun selalu rasa kebas-kebas? Sengal-sengal dan lenguh-lenguh? Bengkak dan merah? Ataupun sakit mencucuk sampai nak bergerak pun susah dan sebagainya? So, bagaimana minyak ikan bantu kurangkan sakit sendi, tulang, lutut, tumit dan sebagainya?

Bila ada bahagian rangka tubuh kita mengalami masalah, radang mudah terjadi. Aliran darah ke bahagian terjejas bertambah, yang seterusnya menyebabkan bengkak dan kesakitan. Minyak ikan mempunyai sifat anti-inflammatory ataupun anti-radang untuk membantu mengawal dan mengurangkan kesakitan dan bengkak.

Sakit sendi boleh berpunca daripada penyakit arthritis ataupun rheumatoid arthritis. Ada juga yang terjadi disebabkan kecederaan daripada terjatuh, terseliuh, patah, overstretch dan sebagainya. Mengikut kajian, pengambilan Omega 3 daripada minyak ikan secara konsisten boleh bantu kurangkan symptom sakit sendi dan kurangkan kebergantungan kepada ubat tahan sakit (pankiller).

Sebab tu dalam set sendi yang lengkap, ada vitamin Omega Guard bersama-sama dengan Ostematrix, Vivix dan Joint Health Tablet. Setiap 1 ada fungsi khusus dan fungsi umum masing-masing. Dan minyak ikan penting untuk bantu surutkan merah, bengkak dan sakit tu. 

Kalau tanya Cheq Nik mana satu paling baik untuk sendi, set lengkap adalah yang terbaik untuk memperbaiki masalah secara optimum!

Selain untuk sendi lutut antara kepentingan Omega 3 dan Omega 6 terhadap kesihatan ialah:
• Penting untuk pelihara fungsi otak, tumbesaran dan perkembangan normal.
• Kurangkan kesakitan saraf.
• Mengurangkan inflamasi – bengkak, kemerahan.
• Pelihara kesihatan jantung, mata, rambut, kulit.
• Membantu menurunkan dan mengawal kolsterol
• Pelihara kesihatan tulang.
• Kurangkan simptom ADHD.
• Pelihara keseimbangan emosi – elak depression.
• Kawal asthma, arthritis, eczema.

Jadi untuk pelihara kesihatan sendi seperti lutut, siku, pergelangan tangan kaki dan sebagainya, amalkan mengambil minyak ikan daripada usia muda. Jangan tunggu dah sakit baru nak amal sebabnya bila sendi dah rosak, kita tak dapat nak reverse balik. Masa tu hanya mampu kawal supaya tak terus melarat saja. Dalam masa sama, dapat banyak faedah kesihatan lain juga.

Dan minyak ikan terbaik semestinyalah Omega Guard Shaklee. 

sakit tumit hilang dengan omega guard



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Thursday, 6 April 2017

Empayar Cheq Nik

Rata-rata customer yang mesej Cheq Nik bertanyakan harga produk Shaklee dan suka survey harga. Ye itu normal bila kita ni jenis suka nak beli barang dengan harga murah. Tapi menjadi masalah bagi seorang pengedar tu bila beli barang dengan orang lain tapi minta guide dengan orang lain.

Sepatutnya itu dah menjadi layanan ekslusif bagi pelanggan kita bukan bagi pelanggan orang lain. Sebab itu la bila sesiapa yang mesej Cheq Nik nak survey harga ni tetap akan layan juga. Tapi akan dicadangkan dengan lebih baik supaya DAFTAR SEBAGAI AHLI. Lagi mudah..dan korang taknya lagi nak survey-survey harga.

Sesiapa yang mahu berdaftar under empayar Cheq Nik dialu-alukan ye..best sangat ke jika join under Cheq Nik ni?? jika nak tahu, banyak inisiatif yang Cheq Nik sediakan untuk yang baru atau yang dah lama berada di bawah naungan teratakbonda ni…join dulu baru tahu

Antara yang Cheq Nik tawarkan untuk ahli yang bernaung di bawah teratakbonda adalah:-

daftar ahli bawah team cheq nik
 
→konsultasi tiptop. Itu sudah pasti sebab bila dah bernaung bawah empayar Cheq Nik memang anda berhak dapat konsultasi terbaik. Termasuklah dari segi konsultasi cara makan, cara pengambilan dan semestinya ada tambahan lain-lain lagi..

→support group 24jam melalui Telegram dan Whatapps. Senang bukan? Yang ada kemusykilan bagaimana nak consult customer boleh terus bertanya kat group dan in Sha Allah ada je yang membantu untuk selesaikan masalah.

→online dan offline coaching. Sekarang ni internet di hujung jari je. Senang dan pantas. Tak perlu keluar untuk berjumpa tapi hanya berkomunikasi di alam maya aje dan sedikit pun tidak mengganggu tugasan seharian. Ibu-ibu tak perlu meninggalkan anak-anak semata-mata untuk mencedok ilmu dari yang lebih arif. Suka tak? Sambil layan anak-anak makan boleh je nak dengar segala ilmu yang ada di Telegram

→poster ohsem tentang info produk. Di sini ahli-ahli group akan wakafkan poster untuk kegunaan kita semua untuk kongsi sesuatu produk dengan bakal customer di luar sana. Dengan adanya poster, kita mudah faham dan senang untuk terangkan kepada customer tentang masalah yang dihadapi.

Perlu diingat bahawa setiap kejayaan bermula dari langkah pertama. Jangan takut untuk bermula kerana satu kejayaan hari esok bermula dengan keputusan hari ini. Jika anda mahu bermula, mulakan dengan hari ini dan mula hubungi Cheq Nik  untuk bermula. Inshaallah akan dibantu sepenuhnya dan bimbing anda mencapai apa yang anda mahu. Jika anda belum tahu apakah potensi diri anda, jangan risau kerana kita akan bersama2 korek potensi diri anda, dan yes, semua orang ada potensi untuk berjaya.

Nak join saya dan team teratakbonda meraih sesuatu dan dapat EXTRA INCOME dalam SHAKLEE?

ALL I NEED IS YOU!!
Start NOW
START WITH YOU!

Whatsapp atau email saya segera, join dan raih suatu kejayaan bermula sekarang!

 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya