Monday 13 March 2017

Jalan-Jalan Ke Melaka

Assalamualaikum

4 Mac 2017 yang lepas, kami sekeluarga  telah bercuti ke Melaka sambil mahu ketemu dengan kawan lama suami yang pernah bekerja bawah satu syarikat dulu. Alang-alang nak jumpa apalagi plan la masa untuk masa anak-anak meronda-ronda Melaka walaupun hanya 2 hari 1 malam sahaja.

Ini antara yang sempat kami kunjungi. Alhamdulillah sekurang-kurangnya ada juga kenangan di Melaka walaupun sekejap. Pengalaman penting ni...memang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Sampai ke Melaka kira-kira jam 2 petang setelah melalui selama 1 jam lebih perjalanan dari Putrajaya. Sesampainya di Melaka, apa yang kami makan ialah coconut shake dan kuih keria di Batu Berendam. Agak sedap kuih kerianya tapi menurut kawan suami yang paling viral kuih keria ialah di Klebang. Coconut shake di sini agak berlainan dengan apa yang pernah Cheq Nik minum kerana isi kelapa muda dikisar bersama-sama dengan air kelapa dan diletakkan aiskrim vanila dan coklat chip. Di setiap meja diletakkan air kelapa untuk diminum tanpa sebarang caj.

 coconut shake melaka


kiuh keria melaka

Malamnya pula dibawa ke tempat makan yang agak terkenal di Melaka iaitu di Medan Ikan Bakar Umbai. Parking memang jauh sebab kami sampai di sana kira-kira jam 11 malam. semua berpusu-pusu mencari makanan..Nasib baik tak perlu tunggu lama kerana meja kerusi yang disediakan memang mencukupi. Ini adalah di antara menu yang kami pesan. Alhamdulilah menepati selera. 3 keluarga yang menjamu selera dan kos makanan yang dibayar adalah sebanyak rm280.00 sahaja. Harga rasanya tidaklah terlalu mahal tapi berbaloi.


umbai ikan bakar

Paginya selepas sarapan misi mencari coconut shake di Klebang pula..Alhamdulillah berjaya dapatkan coconut shake Klebang tapi keria yang viral tu tak dapat sebab kedai belum beroperasi. Kami sampai di sini dalam pukul 10 lebih dan kedai keria buka jam 11 pagi. Memang tak de rezeki nak merasa kuih keria yang viral tu. Agaknya nak kena pergi lagi sekali ke Melaka. Bercanda di tepian pantai sampai minum coconut shake, memang rare...


Kenangan bersama anak kawan suami, Qaseh namanya. Aisyah paling suka sebab ada kawan perempuan. 
melaka
Bermain layang-layang di saat panas terik memang menguji keimanan. Mata pun tak boleh nak celik besar..tapi sebab tak biasa dapat peluang macam ini, so mama lepaskan kamu main sampai puas. Satu layang-layang hanya RM5 je. Oklah untuk budak-budak main kan?

pantai klebang

 Anak gembira mak ayah gembira. Hanya ini yang termampu setakat untuk masa ini, In Sha Allah, ada rezeki kita melawat negeri lain pula ye

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen