Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak merubah keadaan suatu kaum yang
berada dalam kenikmatan dan kesejahteraan, sehingga mereka merubahnya
sendiri. Juga tidak merubah suatu kaum yang hina dan rendah, kecuali
mereka merubah keadaan mereka sendiri. Yaitu dengan menjalankan
sebab-sebab yang dapat mengantarnya kepada kemulian dan kejayaan. Inilah
yang dijelaskan Allah dalam firman-Nya:
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” [Ar-Ra’d/13:11].
Dalam ayat yang mulia ini terkandung penjelasan, bahawasanya semua
perkara di seluruh dunia ini terjadi dengan taqdir dan perintah-Nya.
Namun Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan sunnah- sunnah kauniyah
dan syari’at dalam merubah nasib suatu kaum. Sehingga umat yang
menjalankan sunnah-sunnah kauniyah dan syari’at untuk kejayaan, maka
Allah Subhanahu wa Ta’ala merubahnya menjadi jaya. Demikian juga
sebaliknya, apabila mereka menjalankan sunnah-sunnah Allah untuk
kerendahan dan kehinaan, maka Allah menjadikan mereka hina dan rendah.
Hal ini telah terjadi pada umat-umat terdahulu, yang semestinya menjadi
pelajaran bagi umat manusia pada zaman sesudahnya.
Di samping
mengejar kejayaan jangan dilupakan mengerjakan apa yang disuruh dan
meninggalkan apa yang dilarang. Urusan dunia dan akhirat perlu seimbang
untuk mencari keredhaan dariNya.
Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL
FB: Nik Azimah Awg.Hamat
Pages: Peminatvitamin
No Tel: 017-3430922
Email: nik_azimah81@yahoo.com
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen