Zaman serba
serbi memerlukan duit dan ramai yang buat keputusan untuk buat side
income untuk tambah pendapatan. Tambah-tambah musim GST ni, apa yang
perlu dibayar dah jadi berganda-ganda. Kalau masih lagi rasa selesa
dengan pendapatan yang sedia ada, mungkin keselesaan tu takkan bertahan
lama.
Yang berfikir jauh ke depan sikit, mungkin dah mula
mencari-cari sumber side income, bisnes apa nak buat. Buat bekalan di
saat memerlukan. Sediakan payung sebelum hujan bak kata pepatah.
Cheq Nik nak kongsikan bisnes yang Cheq Nik jalankan hampir 4 tahun ni.
Satu tips bila nk cari side income, mulakan dengan bisnes yang modal
kecil. Jangan berhutang untuk mulakan bisnes lebih-lebih lagi kalau ilmu
bisnes kita zero. Kelak bisnes ke mana tapi terpaksa pula tanggung
hutang.
Modal yang Cheq Nik keluarkan untuk start bisnes Shaklee
ni hanya RM75 dan dapat balik modal ni hanya sebulan selepas
betul-betul serius. Berbekalkan modal yang kecil tapi keuntungan di luar
jangkaan.
Bagaimana nak majukan bisnes Shaklee?
Ada beberapa tips yang diperlukan untuk kembangkan lagi bisnes Shaklee ni. Dan ini di antara yang Cheq Nik amalkan
Tips #1: Kena faham pasal syarikat, apa yang syarikat tawarkan
💕Bisnes
manual penting, mentor pun penting. Tak semua dari kita suka nak baca
apa yg ditulis dalam buku manual bisnes jadi jangan la segan untuk
bertanya mentor. Nak income cepat? Jawapannya cari mentor dan
cepat-cepat korek ilmu darinya. Apa yang basic wajib tahu.
Tips #2: Bermula dengan sharing
💕Jika
sebelum ni anda adalah pengguna maka sangatla mudah. Dengan guna konsep
sharing, hanya share sahaja apa produk yang diguna dan kongsi kebaikan
dan kesan yang dirasa. Share dari hati biasanya mudah untuk melekat di
hati bakal customer. Nak share di mana? Banyak je medium online dan
offline. Kalau online di blog, fb, instag. Kalau offline, di opis, dgn
jiran sebelah rumah, dengan jiran di taman perumahan.
Tips #3: Bisnes shaklee adalah bisnes ilmu
💕Peluang
akan datang lebih banyak jika kita sanggup belajar untuk cari, gali dan
korek ilmu. Kata lain, kena rajin membaca sikit la. Rajin juga hadir
majlis ilmu, kelas nutrisi, kelas marketing, dan banyak ruang berkaitan
dengan bisnes.
Tips #4: Cepat bertindak
💕Banyak
pergi kelas tapi balik kelas tak buat apa-apa pun tak guna. Sebab ilmu
tak diaplikasikan. Bila tak apply hasilnya tak de apa-apa okeh!.
Kesimpulannya kena terus apply bila dah balik dari kelas. Kita takkan
tahu ilmu tu berkesan atau tidak kalau tak buat. Dalam bisnes network
ni, kita punya ramai kawan-kawan yang sudi berkongsi. Yang penting
jangan harapkan orang lain buat untuk kita.
Tips #5: Tanamkan dalam diri untuk tolong orang lain dalam organisasi
💕Kalau
kita nak berjaya, buat orang lain berjaya dan kita akan dapat apa yang
kita nak. Amanah ni walau nampak mcm berat, tapi percaya lah berapa
banyak ladang pahala yang boleh dibesarkan dengan mengajar orang lain ke
arah kebaikan.
Tips #6: Jangan berhenti
💕Maknanya
terhenti walaupun sekejap boleh merosakkan mood selama-lamanya. Bila
dah stop nak mula balik memang ambik masa. Walau apa pun rintangan,
jangan mudah mengalah. Normal jika kita sharing tiada respon tapi kena
ingat mungkin ada yang memerhati dan tup-tup order Shaklee tanpa
sengaja. Memang kekadang ada perasaan give up tapi tak boleh dilayankan
sangat kerana ia merugikan kita je tu. Jangan pernah putus asa dengan
rahmat Allah. Allah tak zalim. Dia tidak akan sia-siakan usaha walau
bertahun-tahun sekalipun. Di sini SABAR itu penting.
Tips #7: Dekatkan diri dengan Pencipta
💕Yang
ni memang penting dan tak boleh lari. Setiap usaha kita ada yang
memberi dan Si Pemberi yang Maha Agung adalah Allah. Tidak akan bergerak
satu zarah pun tanpa izinNya. Jadi penting untuk kita berkasih dan
bercinta dengan yg Maha Memberi. Semua hasil yang kita dapat adalah
perkenan dariNya. Buat apa yang Allah suka pasti Dia akan beri apa yang
kita mintak.
In Sha Allah dengan mengekalkan 7 tips ini, diharap
bisnes yang Cheq Nik usahakan sekarang makin berkembang dan kejayaan
akan menanti kita di kemudian hari.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL
FB: Nik Azimah Awg.Hamat
Pages: Peminatvitamin
No Tel: 017-3430922
Email: nik_azimah81@yahoo.com
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen