Monday, 14 July 2014

Vivix untuk Anti-Penuaan

Ramai antara kita tak kira lelaki atau wanita mesti risau dengan pertambahan usia setiap tahun. Pelbagai produk akan dicuba untuk 'menutupi' tanda-tanda noda di wajah kerana takut nampak tua dan lagi 'mengerikan' ada yang menegur begitu. 

Tapi berapa ramai di antara kita yang sedar apa yang kita tepekkan di wajah tidak sama kesannya berbanding jika kita bagi 'makan' sel-sel yang sudah tua itu supaya ia menjadi muda semula. Ia lebih mudah apabila kita merawatnya dari dalam dan akhirnya mempamerkan kesan positif secara luaran. 

Ada ke produk yang mampu mengekalkan ke'muda'an kulit? Mestilah! Vivix kan ada!

Vivix merupakan suplemen anti-penuaan TERBAIK dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Dah nampak di sini yang Shaklee hanya akan keluarkan produk selepas penyelidikan dibuat bukan sebarang produk lah ni. 
Sebagaimana produk-produk Shaklee yang lain, Vivix juga diuji secara klinikal. Daripada ujian ini, satu perkara utama yang telah ditemui ialah ramuan di dalam Vivix ini menunjukkan impak positif kepada 4 mekanisme penuaan pada tahap selular (unit asas sel).

Apakah 4 mekanisme (punca) penuaan pada tahap selular itu?


1. KEROSAKAN DNA 
 - Setiap hari, setiap sel tubuh kita diserang dengan berjuta-juta radikal bebas yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (yang bukan sel sebenar/mengandungi kesilapan) yang akan menggangu fungsi sel dan panjang umur.

Bagaimana Vivix bertindak?
  --> Ramuan Vivix mengandungi resveratrol dan polifenol yang melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

2. PENGAWALAN GENETIK 
 - Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular.

Bagaimana Vivix bertindak?
  --> Ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.

3. PENGELUARAN TENAGA YANG KIAN MEROSOT OLEH SEL-SEL
 - Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun.

Bagaimana Vivix bertindak?
  --> Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4. PENIMBUNAN PROTEIN AGE 
 - Penimbunan berlebihan protein AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.


Bagaimana Vivix bertindak?
  --> Ramuan Vivix adalah 10x ganda lebih hebat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan penuaan
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen