Monday, 16 March 2015

Petua Hilangkan Tumit Merekah Bak Menanti Belah

Assalamulaikum semua...
Adakah tumit anda sering merekah? Dan apa yang anda lakukan untuk menghilangkannya...hari ini entri saya mengisahkan mengenai kenapa terjadinya tumit pecah dan cara rawatannya... 

Sepertimana yang kita perhatikan, masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semua tidak terlepas. Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.
 
Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.
 
Pada mulanya, kulit kelihatan berkilat dan bersisik. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, bahagian ini mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah proses yang menyebabkan berlakunya tumit pecah.
 
tumit merekah tanda kekurangan air

Selain itu, sudah semestinya rekahan di bahagian ini mencerminkan diri anda yang tidak peka menjaga kecantikan dan kebersihan diri. Penampilan turut terjejas terutama bagi golongan yang gemar menggayakan sandal.
 
Namun usahlah terlalu runsing, kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan kaki. Jom ikuti tip penjagaan tumit.

Di antara tip-tipnya adalah seperti berikut:-
  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa

Selain itu, boleh juga mengamalkan petua tradisional..antara petua yang boleh dipraktikkan ialah:-
  • Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
  • Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
  • Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
  • Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
  • Gosok tumit pecah dengan bawang merah.
Yang mengalami rekahan tumit tu bolehlah cuba ye...
Selamat mencuba!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
 FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen