Thursday, 23 June 2016

Set Penyusuan untuk Bulan Ramadhan

Menyusukan anak di bulan puasa merupakan satu cabaran yang hebat bagi insan yang bergelar ibu menyusu. Bagi ibu yang berpengalaman dan tahu tips yang tepat biasanya tiada masalah untuk memastikan susu tetap konsisten. Malah ada ibu yang berpuasa, stok susu badan tetap meriah. 

Walaubagaimanapun, buat ibu menyusu yang pertama kali merasai pengalaman menyusu anak di bulan puasa, ibu-ibu ini rata-ratanya mempunyai masalah. Ramai yang mengadu penghasilan susu merudum atau susu badan semakin kurang dan adakalanya kelihatan seolah-olah telah kering. 

Di sini saya berikan tips berguna untuk para ibu yang menyusukan anak supaya bekalan susu mencukupi walaupun di bulan puasa.

tips ibu menyusu pada bulan puasa
 
Tips utk ibu mnyusu semasa Ramadhan  

1. Minum air di waktu malam, caranya letakkan air 1.5L di sebelah tempat tidur. Minumlah semasa susukan anak. Waktu sahur minumlah air yang cukup. Selepas berbuka sehingga hendak tidur, minumlah antara 1.5L hingga 2L.  Kurangkan air bergula, air kelapa bagus untuk badan kita. 

2. Lewatkan bersahur. Pilihlah makanan berkuah, yang kurang garam, yang kurang pedas. Makanan bergaram tinggI boleh percepatkan proses kehilangan air dalam badan.

3. Kurangkan caffeine. Elak lagi bagus. Sama saja macam garam. Boleh percepatkan proses kehilangan air dalam badan.

4. Ambillah kurma yang cukup. Kalau biasa 3 biji, puasa ni ambillah 7 biji. Saya memang ambil 15 biji buat jus minum semasa berbuka dan bersahur. Kita semua tahu, kurma banyak khasiatnya.

5. Elak berada diluar terlalu lama. Cuaca adakala hujan tapi bila panas akan percepatkan lagi badan kehilangan air.

6. Kekalkan jadual memerah bagi yang bekerja begitu juga bagi yang direct feeding, susukanlah anak seperti biasa. Jika ada tanda-tanda yang membolehkan memberi kesan kepada ibu atau bayi, terimalah hadiah dari Allah. Rukhsah.

7. Makanlah makanan yang sihat. Homemade food itu lebih baik. Makan bukan sekadar untuk mengenyangkan malah untuk up imun badan kita.

Di samping itu, ibu-ibu juga boleh mengambil suplemen yang membantu ke arah penyusuan ketika di bulan Ramadhan.

Antara suplemen yang dicadangkan ialah:-
  • ESP
  • Melashake
  • Performance Drink
  •  Vitalea
  • Alfalfa
  • B Compleks dan
  • Vitamin C
set penyusuan Ramandhan

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen