Saturday 22 December 2018

10 Sebab Wanita Perlu Amalkan Kolagen

Assalamualaikum

Hari ini Cheq Nik nak kongsikan 10 sebab wanita perlu amalkan kolagen. Semoga terbuka hati korang untuk amalkan kolagen selepas ini. Memang penting kolagen ni untuk kesihatan dan kecantikan khususnya.

kolagen Shaklee
Jom kita baca sebab-sebab wanita perlukan kolagen:-

1) Usia adalah faktor utama yang membuatkan kita memerlukan kolagen. Mengapa? Sebab semakin kita berusia, kolagen semakin berkurang dalam badan. Apatah lagi, orang yang mengalami masalah kulit seperti saya ini terpaksa mencari alternatif untuk menambahkan lagi kolagen di dalam badan untuk memperbaiki kulit saya yang telah rosak sebelum ini. (dan alhamdulillah, dah banyak recover ni, sebelum ni lagi bermasalah!)

2) Kulit kita dah hilang keanjalan, kalau dulu masa umur 20an, orang cakap masih bergetah, bila dah berusia 30an ini, perlu kekalkan semula keanjalan kulit supaya tidak nampak kering, sentiasa anjal dan nampak segar sentiasa!

3) Kedutan-kedutan mula wujud seawal usia 30an! Oh, ini fakta yang perlu kita terima iaitu kulit yang kehilangan banyak kolagen akan mula berkedut dan asalnya adalah timbul garisan-garisan halus di wajah kita. Tak boleh jadi ni, kena kembalikan keremajaan kulit secepat yang mungkin :)

4) Kulit mulai kusam dan pigmentasi mula muncul, mulalah ada masalah baru, masa remaja jerawat, masa tua jeragat pulak, oh tidak! Masalah baru untuk wanita seusia 30an ni.

5) Organ badan mulai kendur, oh, ini memang kena berjaga-jaga :)

6) Dah mula rasa sakit-sakit sendi. Sebab, kolagen adalah unsur utama dalam struktur sendi dan tulang, jadi bila badan dah kehilangan banyak kolagen, kita akan mula rasa sakit-sakit sendi.

7) Rambut mulai menjadi kering dan bercabang. Sila cek rambut masing-masing selepas ini ya :)

8) Lingkaran gelap bawah mata mulai timbul, aduh dah nampak macam mata panda pulak sekarang.

9) Gusi anda mudah berdarah tak? Jika ya, itu memang petanda anda memerlukan lebih kolagen dalam badan.

10) Kuku menjadi lembut dan senang pecah atau tertarik.

Jika anda mengalami mengalami 3 daripada 10 alasan dan sebab di atas, anda harus mula berfikir untuk mengambil kolagen.

Namun, Jika anda mengalami 8 sebab yang disenaraikan di atas, jom bersama-sama saya untuk terus bertindak mengamalkan kolagen untuk kembali nampak cantik, sihat di samping mengekalkan keremajaan kulit di usia 30 an ini :) Memang ada banyak sangat pilihan kolagen di pasaran, semoga anda bijak untuk mencari kolagen yang terbaik untuk kecantikan kulit kita sendiri :)


Nak tahu lagi pasal vitamin ini?Boleh pesan dengan klik ke link ni ye ⏬⏬

Atau klik je link ini untuk pembelian secara online dengan menggunakan kad debit atau kredit.
Beli COLLAGEN POWDER di SINI

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Dengkil, Selangor 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Pekan Dengkil, UiTM Dengkil, Sepang, Cyberjaya, Bandar Baru Salak Tinggi & Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen