Monday 31 December 2018

4 Ramuan Semulajadi Yang Terdapat Di Dalam Sebotol Vivix

Assalamualaikum

Riuh diperkatakan perihal Vivix murah bermula 15 Disember 2018 yang lepas dan berlangsung sehingga 28 Februari 2019. Wow tak pernah-pernah Shaklee buat offer tak masuk akal dan panjang tempohnya. Terasa rugi pulak jika tak grab kan?

Jom kita tengok apa bahan utama yang ada di dalam Vivix


Vivix Murah Shaklee

Mari Cheq Nik kenalkan 4 Ramuan Semulajadi Yang Hebat Di Dalam Sebotol Vivix

1. Muscadine Grape (Anggur Muskat)

Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih dari satu kromosom, Ia adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom dan kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksian. Anggur muskat dan bijinya adalah sumber terbaik antioksidan dan ciri anti radang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji.

Dengan saiz sebesar sebiji bola golf, anggur ini telah dibuktikan mengandungi lebih satu kromosom di mana para saintis mempercayai muscadine grape merupakan satu-satunya anggur yang dapat mengukuhkan profil dan mekanisme polyphenolnya. Muscadine grape ini sangat kaya dengan sumber resveratrol, dan mempunyai kuasa anti-oksidan 40x lebih tinggi. Asid gallic, catechin dan epicatechin adalah phenolik yang banyak terdapat pada biji manakala asid ellagic, nyricetin, quercetin, kaempferol dan trans-resveratrol adalah phenolik yang terdapat banyak pada kulit buahan.


2. Purple Carrot (Lobak Ungu)

Purple carrot merupakan tumbuhan yang tumbuh liar di Afghanistan sejak 5000 tahun dulu. Ia adalah sumber terbaik Vitamin A dimana ia turut mengandungi phytokimia termasuk karotenoid, phenolik, polyacetylenes, isokumarin dan juga sesquiterpens.

Anthocyanins iaitu sejenis antioksidan utama di dalam purple carrot yang memberi warna ungu-kuning dan ungu-oren. Kandungan anthocyanins di dalam carrot ungu-kuning adalah pada kadar tertinggi berbanding carrot ungu-oren. Anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi sebagai anti-oksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan juga anti-karsinogen. Selain itu, ia turut menunjukkan kesan positif pada saluran darah, platlet dan lipoprotein yang berkebolehan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Asid klorogenik merupakan antioksidan yang paling banyak terdapat di dalam semua jenis carrot. Asid klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang selalu dikaitkan dengan pengambilan kopi.


3. Elderberry (Sambucus Nigra)

Elderberry merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan lembap di serata Eropah dan Amerika Utara. Ia mengandungi sumber anthocyanins yang tiga kali ganda lebih hebat dan baik berbanding karotenoid. Anthocyanins bertindak sebagai anti-radang dan dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit atau demam yang berkaitan dengan selsema atau influenza.

Elderberry juga turut memiliki flavanoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat yang berupaya mengukuhkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria. Selain itu kandungan Vitamin A, B dan C serta nutrien lain seperti asid amino, karotenoid, tannin dan rutin turut memberi manfaat kesihatan yang baik. Kesemua ekstrak yang didapati daripada elderberry ini berperanan dalam menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan flu, jangkitan yis, asma, batuk, sesak dada dan juga diabetes.

Ia juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan menghalang oksidasi kolesterol LDL dimana oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular. Elderberry yang berfungsi sebagai antibiotik semulajadi turut mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok dan serangan jantung, mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.


4. Polygonum Cuspidatum

Polygonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepun) adalah tumbuhan perenial yang berasal dari asia dan banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Ia merupakan sumber komersial resveratrol yang juga terdapat di dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah dimana terdapat lebih 3000 kajian yang telah dijalankan berkaitan tentang resveratrol ini.

Hasil ujian klinikal makmal menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet sukan dan mengurangkan berat badan.

Mengenali bahan ramuan vivix ini membuatkan lidah dan hati menyebut Subhanallah!

Hebatnya tumbuhan semulajadi ciptaan Allah sehingga mampu dijadikan penawar kepada penyakit dan pencegahan penyakit.

Nah! inilah rahsia besar kenapa vivix menjadi rebutan ramai sehingga terjual lebih dari sejuta botol! Ia adalah Rahsia Awet Muda

Jangan lupa order!


Nak tahu lagi pasal vitamin ini?Boleh pesan dengan klik ke link ni ye ⏬⏬

Atau klik je link ini untuk pembelian secara online dengan menggunakan kad debit atau kredit.
Beli VIVIX TWIN MURAH di SINI

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Dengkil, Selangor 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Pekan Dengkil, UiTM Dengkil, Sepang, Cyberjaya, Bandar Baru Salak Tinggi & Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen