Monday 18 March 2019

9 Kebaikan Vitamin E Untuk Kulit Muka Yang Perlu Kita Tahu

Assalamualaikum

Apakah 9 Kebaikan Vitamin E untuk kulit muka yang perlu kita tahu? Jom Cheq Nik tuliskan 9 kebaikan tersebut.

Inilah Vitamin E yang Cheq Nik maksudkan itu. Memang jimat sesangat kerana sebotol tu tahan 120hari bersamaan 4 bulan. Harganya pun tak de la mahal kalau dikira perbelanjaan sehari untuk memilikinya.

Vitamin Parut Jerawat

#1 – Membantu kulit kelihatan lebih muda
Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang melawan radikal bebas. Proses penuaan menjadi lebih pantas apabila sel kulit kita diserang oleh radikal bebas seperti radiasi ion daripada gadget, asap-asap kenderaan, asap-asap kilang, sinar UV dan daripada asap rokok. Apabila serangan radikal bebas dapat di tangkis dan dikurangkan, maka proses penuaan akan dilambatkan.

#2 – Membantu mencerahkan kulit
Vitamin E membantu penghasilan sel baru yang lebih sihat dan mampu melawan pigmentasi, perubahan warna kepada kulit dan tona kulit tidak sekata.

#3 – Membantu proses penyembuhan kulit
Ia memudarkan dan menghilangkan parut akibat luka, melecur, pembedahan dan kesan tinggalan jerawat. Vitamin E mampu mengurangkan kesan parut kerana ia berfungsi untuk membantu penghasilan kolagen, melindungi dan melawan serangan radikal bebas yang menghalang penyembuhan parut.

#4 – Memudar dan menghilangkan jeragat
Jeragat selalu terjadi kepada mereka yang telah meningkat usianya kerana faktor usia, serangan radikal bebas dari pencemaran dan pemakanan dan fungsi hati yang kurang baik. Vitamin E akan melawan serangan radikal bebas dan mengurangkan jeragat. Apabila vitamin E disapukan kepada jeragat, ia akan melembabkan membran sel dan menggalakkan penghasilan sel baru yang jauh lebih sihat.

#5 – Melembabkan kulit
Minyak vitamin E mampu memberikan kelembapan apabila diaplikasikan pada kulit. Biasanya digunakan bersama dengan minyak zaitun pada waktu malam untuk kaedah penggunaan yang lebih selesa. Kandungan asid oleik di dalamnya membantu kulit mengekalkan kelembapan dan mengelakkan daripada masalah kekeringan. Masalah kulit terlalu kering akan memberi banyak kesan yang tidak menyenangkan termasuklah kulit kusam, tidak bermaya, memburukan ekzema, psoriasis dan gatal-gatal.

#6 – Membuatkan kulit kelihatan berseri
Bebas cela, kekal lembap dan tidak kusam membuatkan kulit kita kelihatan lebih berseri dan bermaya. Selain menjadi rahsia kekal muda, ia turut menjadikan kulit lebih sihat untuk jangkamasa panjang.

#7 – Membantu memudarkan dan menghilangkan kesan stretch mark pada kulit terutama di perut

Menurut buku “911 Beauty Secrets: an Emergency Guide to Looking Great at Every Age, Size and Budget”, Vitamin E membantu penghasilan kolagen dan mengembalikan keanjalan kulit seterusnya menghilangkan parut.

#8 – Membantu meredakan masalah sunburn yang tidak serius
Vitamin E mampu melindungi pemakainya dari bahaya radiasi sinar UV matahari, seterusnya mengurangkan risiko terkena penyakit kanser kulit.

#9 – Mengurangkan kedut dan garis halus penuaan
Faktor umur dan radikal bebas dari pemakanan dan pencemaran alam sekitar akan menyebabkan kukit muka kurang tegang dan berkedut. Proses ini dapat dilambatkan dengan pengambilan vitamin E yang konsisten.

Menurut buku “Healing with Vitamins: the Most Effective Vitamin and Mineral Treatments for Everyday Health Problems and Serious Disease”, Vitamin E mampu melambatkan dan menghalang pembentukan kedutan dengan melawan serangan radikal bebas.

Selain itu, seiring dengan pertambahan usia, penghasilan kolagen dalam badan akan semakin menurun. Kolagen merupakan sejenis tisu penyambung pada kulit yang menegangkan kulit menjadikan ia elastik. Vitamin E mampu menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya mengurangkan terjadinya kedutan.

Korang dah amalkan Vitamin E?

Nak tahu lagi pasal vitamin ini?Boleh pesan dengan klik ke link ni ye ⏬⏬

Atau klik je link ini untuk pembelian secara online dengan menggunakan kad debit atau kredit.
Dapatkan VITAMIN E SHAKLEE di SINI

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Dengkil, Selangor 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Pekan Dengkil, UiTM Dengkil, Sepang, Cyberjaya, Bandar Baru Salak Tinggi & Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen