Monday, 13 October 2014

Part II : Percaturan Hidup Puteri Kecilku

Alhamdulillah..seperti mana yang saya janjikan sebelum ini, in sha allah saya akan sambung kembali entri yang berkisar sambungan tentang puteri kecil kami...saya sedang mengumpul kekuatan untuk menyambung kisah ini kerana tidak sanggup untuk mengingati kembali saat-saat puteri kami diuji dengan cabaran dan ujian yang dianggap besar padanya...

Pada pukul 5 petang , 5 Disember 2013, puteri kecil kami ditolak ke Wad Kaji Saraf di Hospital Kuala Lumpur kerana pakar kaji saraf tiada di  Hospital Ampang. Perjalanan dari Hospital Ampang ke HKL mengambil masa dalam 45 minit kerana kesesakan lalulintas dan hujan lebat. Alhamdulillah bila jam menginjak ke angka 6, puteri kecil kami selamat sampai di Wad 6B di mana wad untuk kanak2 bagi yang mempunyai masalah saraf.

Sesampai di sana, pelbagai penyakit yang dihidapi oleh kanak-kanak..tiba-tiba jiwa ini ketakutan dan cepat-cepat positifkan diri bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya. Di dalam wad tersebut kami diketemukan dengan kanak-kanak yang mengidap penyakit Hyrocephalus. Memang sangat-sangat kesian melihat penderitaan anak itu. Di dalam hati hanya mampu berdoa semoga diberi kesembuhan dan dapat bergerak bebas macam kanak-kanak yang lain.

Tepat jam 8 malam, doktor kaji saraf datang menemui kami untuk menceritakan mengenai apa yang mereka akan lakukan ke atas puteri kecil kami. Puteri kecil kami dibawa ke bilik rawatan untuk diambil sampel di tengkorak kepala yang mengeras untuk mengetahui cecair itu nanah ataupun air biasa. Ternyata selepas diambil sampel, airnya keruh dan doktor menyarankan supaya tengkorak kepalanya ditebuk sedikit untuk mengeluarkan lebihan air. Kami cuma mampu mengiyakan sahaja asalkan anak kami sihat. Minor operation telah ditetapkan pada keesokan harinya, jam 9 pagi. Terasa beban yang amat berat menghempap ke kepala di saat puteri kami perlu menjalani pembedahan.

Jam 6 pagi keesokannya, 6 Disember 2013, puteri kami sekali lagi diserang sawan. Ya Allah...memang tergamam dan terkejut kerana sawan itu sekali lagi menimpa anak kami dan staff nurse bertungkus lumus menghentikan sawan tersebut. Memang sekali lagi air mata seorang ibu tidak dapat ditahan dari mengalir selaju-lajunya... Alhamdulillah sawannya hanya sekejap dan puteri kecil kami ditolak ke bilik pembedahan untuk mior operation. Saya dan suami menunggu dil uar tanpa meninggalkan puteri kecil itu walaupun sedetik. Sejam operation dan puteri kami ditempatkan di Wad 6B kembali kerana keadaannya stabil.

Sayu dan sedih bila melihat puteri kami dipakaikan 2 beg kiri dan kanan bagi tujuan mengeluarkan cecair yang berlebihan di kepala. Selama 7 hari terpaksa memakai beg itu kerana untuk memastikan ia betul2 keluar. Selepas dipastikan air yang berlebihan di keluarkan, beg dibuang dan kesan yang ditebuk dijahit hidup-hidup tanpa bius..Masya Allah..menangis lagi bila dengar ank meraung di dalam bilik rawatan. 

Alhamdulillah selepas minor operation, puteri kecilku kelihatan sihat dan aktif. Selepas dibuang beg, puteri kecil kami discan sekali lagi untuk melihat keputusan selepas operation. Dan yang pasti keputusan itu, meruntun jiwa kami suami isteri...

Nantikan sambungannya kerana kekuatan harus dikumpul kerana part 3 memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen