Tanggal 27 Jun 2014, Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya kami dikurniakan seorang puteri yang comel setelah anak pertama dan anak kedua adalah lelaki..
Di saat bertarung melahirkan puteri comel ini, boleh pula saya tertido dua kali sementara menunggu bukaan untuk tolak baby keluar...memang lucu dan pelik kerana sebelum ini memang saya tidak pernah melaluinya..mungkin juga sebab baby perempuan..
Di dalam suka pastinya ada duka..pada 1 Disember 2013, puteri ini dikejarkan ke Hospital Ampang kerana sawan tak berhenti selama 45 minit. Di dalam kepala kami, hanya berdoa dan terus berdoa semoga puteri ini dilindungi olehNya...Jam 6 pagi kami sampai ke Hospital Ampang dan puteri ini terus diberi rawatan. Seingat saya, jam 1 petang barulah puteri kami di bawa ke wad kanak2 iaitu Wad 4B...
Semasa mengiringi puteri kami ke Wad Kanak-Kanak, betapa sayunya hati seorang mama dan papa bila tubuh anak dipenuhi dengan wayar dan bernafas dengan bantuan oksigen. Bila memasuki wad 4B lagi sayu hati ini sebab pelbagai masalah kesihatan anak-anak kecil di dalamnya.
Bermula masuknya wad, puteri kecilku sentiasa dipantau dengan rapi dan bermulala antibiotic yang menusuk masuk ke tubuh kecil puteriku. Hiba dan pilunya tengok betapa pekatnya antibiotic dan kuantitinya yang terpaksa di masukkan. Tapi kami redha walaupun pada masa itu, kami tidak sanggup melihat puteri kami dicucuk sana sini. Dalam hati kami sentiasa berdoa semoga anak kami sihat sejahtera seperti yang sebelumnya.
Pada 3 Disember kami sekeluarga ada berbincang dengan doctor untuk memindahkan anak kami balik ke Kelantan kerana majority keluarga ada di sana dan memudahkan kami untuk bergilir dan sanak saudara untuk datang melawat. Tetapi niat kami tidak dipersetujui kerana puteri kami memerlukan pemantauan rapi. Tetapi dalam tempoh berada di Hospital Ampang, doctor menasihatkan dan memohon persetujuan untuk mengambil air tulang belakang tetapi kami suami isteri nekad tidak membenarkan..
Pada 4 Disember 2013 sekali lagi puteri kami diserang sawan dan tunggu arahan untuk dibawa ke bilik CT Scan untuk mengetahui kenapa berlakunya sawan. Sawan menyerang kira-kira jam 3 pagi dan saya bagaikan orang gila memanggil nurse dan doktor bila tengok anak kejang tanpa henti. Jam 10 pagi pada 4 Disember 2013, puteri kami ditolak ke bilik scan dan masa itu, betapa lemahnya semangat dan takut untuk mengetahui selanjutnya. Semasa puteri kami di dalam bilik Scan, kami tidak putus-putus berdoa kepada Allah semoga puteri kami baik-baik aje. Air mata berguguran memang tidak pernah kering dari mata...saat itu juga kami kongsikan ke akaun Facebook memohon kawan mendoakan keselamatan anak kami.
Setelah setengah jam di dalam bilik scan, akhirnya doktor meminta kami berjumpa dengan Pakar Kanak-Kanak untuk membincangkan mengenai keputusan CT Scan..masa itu memang degupan jantung teramat deras dan semangat memang hampir kosong...walau bagaimana pun kami redha dan pasrah dengan keputusan doktor asalkan puteri kami selamat. Hasil daripada perbincangan dengan doktor, puteri kami terpaksa dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana pakar ada di sana...anak kami disahkan mengidap meningitis dan ada kuman di selaput otak. Ketika mendapat tahu penyakit yang ditanggung oleh puteri kami, hanya Allah yang tahu perasaan kami suami isteri..betapa terasanya beratnya dugaan Allah untuk kami sekeluarga.
Tepat jam 5 petang, 5 Disember 2013, puteri kami dipindahkan ke HKL di bahagian Kajisaraf untuk minor operation pada keesokannya..Maka bermulalah kisah kami anak beranak di HKL...
Sambungan di entry seterusnya..
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat
Assalamualaikum akak,
ReplyDeleteYa Allah sedihnya baca kisah akak...dugaan yg sgt besar n tak sabar nak baca kisah seterusnya. Moga akak bersabar yer.
http://jivebumz.blogspot.com
thanks atas keprihatinan awk...
DeleteSemoga tabah ye sis..
ReplyDeletetq Asma
DeleteSemoga tabah ye sis..
ReplyDelete