Friday, 13 June 2014

Suplemen untuk Luka/Pembedahan

Luka pembedahan minor biasanya akan sembuh dengan sendiri dan biasanya akan sembuh dengan cepat. Tetapi bagi luka pembedahan major ia lebih lambat & sukar untuk sembuh apatah lagi ditambah pula faktor-faktor seperti:-
  • usia yang telah lanjut
  • kekurangan nutrisi dalam pemakanan
  • penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Luka pembedahan jika lambat sembuh dikhuatiri mengundang pelbagai masalah lain seperti bernanah dan mengalami jangkitan kuman. Oleh itu sangat penting untuk mengetahui cara bantu luka pembedahan supaya cepat sembuh.

Berikut adalah suplemen yang penting untuk membantu luka pembedahan supaya cepat sembuh;
  • Antioksidan - Vitamin E & C membantu memerangi radikal bebas, membentuk kolagen bagi memperbaiki struktur kulit, mengelakkan pendarahan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • Protin - Membekalkan asid amino yang penting untuk pembinaan semula kulit, otot dan organ dan ia membantu mempercepatkan luka untuk sembuh dan mengurangkan parut.
  • Zink - Mempercepatkan pemulihan luka
  • B-Complex - Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat, meredakan keresahan dan kerisauan, mengurangkan keletihan dan kelesuan dan memberi tenaga.
  • Glukosamine - jika pembedahan melibatkan sendi.
Selain dari nutrisi yang lengkap, kebersihan diri juga memainkan peranan yang sangat penting. Pastikan luka sentiasa kering dan proses pembersihan sel-sel mati dan penukaran pembalut dilakukan mengikut jadual oleh orang-orang yang telah dilatih.

Vitamin Shaklee yang sering digunakan untuk membantu luka pembedahan agar cepat sembuh terdiri dari;
  1. Zinc Complex
  2. Vitamin C
  3. B-Complex
  4. ESP
 Ia juga sangat popular dikalangan ibu dalam pantang (bersalin normal & pembedahan) kerana bukan sahaja luka cepat sembuh malah badan lebih sihat dan cergas. Ia tidak menyebabkan sembelit dan membantu mengurangkan masalah rambut gugur.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen