Friday, 8 August 2014

Aturan Makan Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum. 
Ramai yang berkira-kira menggunakan set cadangan kesuburan Shaklee. Info lanjut tentang set cadangan kesuburan Shaklee ---> KLIK DI SINI untuk keterangan lanjut 

Namun, disebalik keghairahan untuk hamil, ada mereka yang tidak berapa arif tentang cara pengambilan set kesuburan ini. 

Set Kesuburan lengkap ada 6 suplemen:
Untuk isteri: GLA Complex dan Alfalfa
Untuk suami: Zinc Complex dan Vitamin E
Kongsi suami dan isteri: B Complex dan Vitalea
Cara pengambilan:

SUAMI
Lepas sarapan: B Complex 1, Vitalea 1
Lepas makan tengahari: Zinc Complex 1
Sebelum tidur: Vitamin E 1

ISTERI
Lepas sarapan: B Complex 1, Vitalea 1
Lepas makan tengahari: Alfalfa 5
Lepas makan malam : GLA 1, Alfalfa 5

Nota:
Untuk isteri yang period teratur setiap bulan, GLA Complex makan pada hari pertama period hingga hari ke-13 period sahaja. Hari ke-14 berhenti ambil GLA Complex dan tunggu hingga hamil/period seterusnya. Kalau masih period, mula ambil GLA Complex semula (hari 1-13 period sahaja)

Untuk isteri yang period tak teratur, ambil GLA Complex berterusan setiap hari sehingga period teratur (biasa 2-3 bulan lepas amalkan GLA Complex, period akan teratur)
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Tips : Cantik Selepas Bersalin

 

Mendapatkan kembali bentuk badan yang langsing adalah idaman setiap ibu-ibu yang bersalin. Pada waktu ini, berat badan akan meningkat dengan mendadak. Perut pula akan nampak menggeleber. Seluar yang dipakai ketika sebelum bersalin sudah tidak muat lagi.

Untuk menyelesaikan masalah ini, terdapat beberapa petua untuk cantik selepas bersalin yang boleh diamalkan. Ianya adalah gabungan beberapa petua orang dulu-dulu dan kaedah moden.

Berikut dikongsikan beberapa tips yang anda boleh diamalkan:

1. Mengambil herba-herba tradisional
Herba-herba tradisional sememangnya diketahui mempunyai khasiat dan kelebihan yang tersendiri untuk membantu ibu-ibu yang melahirkan anak untuk mendapatkan kembali tubuh badan yang ideal.Selesai sahaja melahirkan anak, ibu akan melalui rawatan secara berstruktur yang dipanggil berpantang. Ia berlangsung selama lebih kurang 44 hari atau 6 minggu.

Tumpuan utama rawatan adalah untuk memulihkan organ pembiakan wanita, menyembuhkan luka, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj. Orang dulu-dulu percaya jika rahim kendur, wanita akan kelihatan tua dari umurnya.
Di antara herba-herba yang boleh diambil adalah seperti:
  • Temulawak – mengeluarkan toksin dari hati, mengawal kandungan lemak dan kadar kolesterol di dalam badan, mengurangkan kekejangan otot, dan mengawal masalah keputihan.
  • Lada pintal – menghilangkan bau badan dan mengurangkan masalah keputihan.
  • Kayu serapat – membantu kesihatan rahim yang optimum, mengurangkan kegatalan dan keputihan, membantu melancarkan kitaran haid dan sebagai awet muda.
  • Tahi angin – melancarkan peredaran dara, mengurangkan masalah angin meroyan dan mengurangkan masalah jangkitan kuman pada kulit.
  • Sireh – baik untuk mengurangkan masalah keputihan, menstabilkan kitaran haid dan menghilangkan kegatalan.
  • Manjakani – membantu menegangkan otot faraj, menganjalkan kulit selepas bersalin, baik untuk menegangkan payu dara dan menstabilkan hormon.
Memang banyak lagi herba-herba yang boleh diambil oleh ibu-ibu yang bersalin. Terdapat banyak pilihan untuk set bersalin lengkap untuk mereka yang tiada masa untuk menyediakan herba-herba ini di rumah.

2. Pemakaian bengkung untuk mengembalikan bentuk badan kepada asal.
Penggunaan bengkung sudah sinonim dengan amalan masyarakat Melayu. Ia masih dipakai oleh wanita-wanita yang bersalin sejak zaman-berzaman. Seiring dengan perkembangan zaman, bengkung telah mengalami inovasi tersendiri untuk memenuhi keperluan wanita bersalin. Bengkung moden sekarang bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang malah ia direka khusus untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada tubuh badan.

Bengkung baik untuk:
- mengembalikan bentuk tubuh badan kepada asal setelah bersalin.
- mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada.
- menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin.
- menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang.
- menghalang peranakan daripada ‘turun’.


3. Mengambil makanan yang berkhasiat.
Ibu-ibu yang bersalin juga perlu ‘berpantang’ daripada mengambil makanan yang tertentu. Makanan yang mengandungi air perlu dielakkan kerana ia akan meningkatkan pengekalan air di dalam badan. Makanan yang dipanggang atau dikukus adalah pilihan menu harian semasa berpantang. Makanan laut juga ditegah kerana ia menyebabkan alahan dan melambatkan penyembuhan luka. Makanan yang menyebabkan angin seperti kekacang juga perlu dielakkan.

Ibu-ibu digalakkan untuk melebihkan memakan pelbagai jenis buahan-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan kembali vitamin-vitamin dan garam mineral yang diperlukan oleh badan. Serat dari bijirin juga boleh diambil untuk membekalkan tenaga dan membuatkan perut kenyang dalam masa yang lama. Produk-produk tenusu seperti susu dan yogurt baik untuk membekalkan protein dan membantu menurunkan berat badan.

4. Sentiasa menyusukan anak.
Menyusukan bayi bukan hanya bermanfaat untuk bayi, malah baik kepada ibu juga. Ia boleh membakar lebih banyak kalori, membolehkan berat badan turun semasa berpantang. Ia juga baik untuk mengurangkan risiko menghidap kanser payudara dan tulang rapuh.

5. Kerap bersenam
Jika anda inginkan tubuh badan yang cantik selepas berpantang, cuba lakukan beberapa aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.Cukup dengan melakukan senaman ringan seperti senaman aerobik selama 30 minit 3 kali seminggu. Jika anda tidak tahu senaman apa yang anda boleh lakukan, sibukkan diri anda dengan menyapu halaman rumah atau mengemas bilik.

Amalkan tips-tips ini untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik dan langsing. Insya-Allah suami anda pasti akan tersenyum dan gembira melihat isterinya kembali cantik seperti mula-mula berkahwin dulu...


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Thursday, 7 August 2014

Singkirkan Toksin dalam badan dengan Herbalax dan Alfalfa

Toksin merupakan punca utama kepada pelbagai penyakit yang menyerang manusia. Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin.
 
Toksin dalam badan manusia berpunca dari pendedahan kepada penggunaan bahan kimia yang berleluasa seperti racun perosak, racun serangga, baja kimia, pengambilan makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa/pewarna tiruan dan sebagainya. 
 
Simptom-simptom di bawah menunjukkan bahawa badan berkemungkinan mempunyai toksin yang berlebihan:
  • Jerawat/kulit kusam
  • Selalu berasa lesu dan tidak bertenaga
  • Sakit kepala yang kerap dan berulang
  • Rasa gatal
  • Emosi yang bercelaru
  • Radang pada kulit
  • Alahan
  • Ekzema
Namun dalam persekitaran kita pada hari ini, agak mustahil untuk kita menghindarkan segala punca pengumpulan toksin dalam badan. Oleh itu, satu alternatif diperlukan bagi membantu badan mengeluarkan toksin  dan bahan buangan ini daripada badan secara selamat dan mengembalikan kesihatan badan.
 
Untuk menyingkirkan toksin dalam badan, dicadangkan mengambil Herba-Lax dan Alfalfa Complex.
singkirkan toksin dalam badan
 
Jangan biarkan toksin yang terkumpul dalam badan anda menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain yang tidak diingini. Bertindaklah sekarang.
 
Ingin singkirkan toksin dalam badan? Hubungi saya untuk pesanan!
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Set Kencing Manis Shaklee

Assalamualaikum semua..
Harini nak share pasal penyakit kencing manis/diabetes...mmg menakutkan dan tiap2 hari aje je berita pasal kencing manis ni... semalam ada menonton berita d'tv yang mengatakan penyakit kencing manis d'kalangan rakyat Malaysia telah mencapai tahap membimbangkan kerana peratus yang dijangkakan beberapa tahun lagi tapi?? Malaysia mendahului dengan tahun ini mencapai peratusan tersebut. adoii. sangat membimbangkan!!!maknenye kita kene start berhati-hati dah. makan minum semua kene jage taw? nanti masuk umur 30-an dah terkene penyakit popular ini. but, don't worry Shaklee ade mengesyorkan set untuk mengawal penyakit ini.so? bolehlah try kan? :)) Harga? tak payah risau sbb hanya dijual dengan harga yang berpatutan...Help me to help u!! 

Apa itu Diabetes?
DIABETES adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar....
  
Antara gejala yang dikenalpasti ialah:
* Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
* Letih
* Berat badan menurun
* Penglihatan kabur
* Otot lemah
* Gatal

Lain-lain gejala termasuk:
* Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas


Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
* Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
* Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
* Impaired glucose tolerance (IGT).
* Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
* Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
* Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
* Tekanan darah tinggi
* Tidak aktif -gaya hidup sedentari
*Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
*Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .

Set Shaklee yang di syorkan :

Jom kita baca peranan setiap suplemen yang dicadangkan untuk lebih jelas..

GLA COMPLEX - menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

B COMPLEX - menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

ZINC - membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

Dan jika ada budget lebih boleh add on VITALEA, VITA C, ALFALFA, ESP dan CAROTOMAX

VITA-LEA - Mengandungi imbangan dan mineral yang lengkap

VITA C 500mg - mengukuhkan kapilari dan salur darah dalam badan kita

ESP - membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko penghidap diabetes

ALFALFA - menstabilkan gula dalam darah

CAROTOMAX - menghalang penglihatan kabur

TETAPI jika anda mempunyai budget yang banyak dan malas/tidak suka makan kapsul banyak-banyak.boleh cuba VIVIX sebab sangat baik untuk pesakit kencing manis..ianya sangat JIMAT & BERBALOI 




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Wednesday, 6 August 2014

Merawat Batuk dan Selsema dengan SHAKLEE

Keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini menjejaskan sedikit kesihatan...tak kira la dewasa atau kanak2...
 

 Oleh itu, para ibu bapa perlu bertindak bijak supaya kesihatan anak2 di dalam jagaan sentiasa diperhatikan....di Shaklee ada suplemen untuk merawat batuk dan selsema kanak2 mahupun dewasa...
 
Minyak Ikan Omega 3 ni sebenarnya dah mula dinikmati oleh bayi jika ibu mengamalkannya dr dalam kandungan lg yg mana ia akan membantu perkembangan otak dr dalam kandungan lagi

Khasiat ini juga dpt diteruskan melalu penyusuan susu ibu yg mana khasiat dpt disalurkan melalui susu ibu
 

melegakan batuk

Berikut adalah khasiat-khasiat yang boleh kanak-kanak perolehi dari OMEGA GUARD:


  • Membantu dalam perkembangan otak kanak2, kajian menunjukkan kanak2 yg mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas
  • Dapat merawat penyakit eczema dr dalam, biasanya ibu2 ambil alternatif utk menyapu ubat luaran shj tp beberapa lama kemudian akan muncul kembali ttp dgn pengambilan omega 3 dpt mengelakkan mslh eczema utk timbul kembali
  • Meningkatkan sistem imunisasi kanak2 dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jd bila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan
  • Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jd ianya amat berkesan utk mengurangkan serangan asma pada kanak2 dan mengurangkan penggunaan inhaler
  • Dengan pengambilan Omega 3 juga didapati kanak2 lebih cergas dan aktif dan membantu meningkatkan fokus kanak2 semasa belajar.

Dapatkan omega guard untuk seisi keluarga..katakan tidak pada batuk dan selsema...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Rawat CYST dengan GLA Compleks Shaklee

Kebanyakkan wanita mula sedar yang mereka ada Ovarian cyst selepas menjalani ujian ultrasound untuk mengenalpasti tahap kesuburan mereka. Ovarian cyst yang normal akan membesar dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional cyst. Ia tidak merbahaya melainkan jika saiznya semakin mebesar dan terus membesar.

Kes pesakit cyst dan fibroid ini bukan lagi kes yang jarang-jarang kita dengar pada zaman ini, tapi semakin banyak kita dengar kes macam ni. Ishh takut juga kan, apatah lagi bila tengok gambar-gambar berkenaan cyst dan fibroid ni. Kalau google, memang berderet keluar gambar-gambar yang mengerikan tu.

Punca berlakunya pertumbuhan cyst & fibroid ini adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badan kita. Pertumbuhan luar biasa ini berlaku pada sel didalam rahim wanita dan adakalanya tumbuh di dalam ovari. Oleh itu pengambilan supplemen amatlah digalakkan sebagai langkah-langkah pencegahan.

GLA Complex adalah vitamin yang sangat digalakkan bagi pencegahan masalah cyst & fibroid ini. Ia bukan sahaja dapat mencegah, malah dapat juga membantu menghilangkan dan merawat masalah cyst & fibroid ini. Tapi jangan salah faham pula yer, GLA Complex hanya membantu..rawatan terperinci dari doktor pakar juga amatlah disarankan bagi merawat dan mencegah masalah cyst & fibroid. GLA hanyalah supplemen sebagai usaha untuk mencegah dan merawat penyakit ini.




Bagaimana GLA Complex membantu merawat cyst?

-GLA (gamma linolenic acid) adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang diperlukan badan untuk membentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan berupa hormon yang mengawal keradangan dan mengawal atur proses badan yang normal.Jadi dengan menambahkan kuantiti prostaglandin dalam badan, ia dapat mengecutkan cyst dan mengawal imbangan hormon untuk mengelakkan pembentukan cyst baru sekaligus merawat masalah cyst anda.

Kebanyakan GLA tersedia dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), mesti ramai wanita sudah biasa dengar EPO. Tapi apa lebihnya GLA Shaklee berbanding EPO lain. Ini adalah kerana GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Jadi, kaum wanita semua lengkapi diet harian anda bagi menjauhi penyakit yang ditakuti oleh kita semua dengan mengamalkan GLA Complex. Bukan itu sahaja, GLA Complex juga menjadikan hormon lebih teratur, melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. Sebagai bonus, kulit kita pun jadi cantik dan halus.


Bukan shj untuk wanita, lelaki pun boleh mencuba GLA!Cubala hari ini
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Monday, 4 August 2014

Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum..
Hari ni saya nak cerita pasal set kesuburan shaklee.
Ada yang dah berkahwin bertahun2 tp masih jugak belum ada rezeki nak mendapat zuriat dengan darah daging sendiri.. Memang betul rezeki tu Allah yang tentukan, Dia yang beri. Tapi dia suruh kita berusaha bukan duduk tunggu turun dari langit kan.. usaha, tawakal dan berdoa padaNya..





Kenapa kita perlu set kesuburan shaklee ini??

  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Meningkatkan kiraan sperma.
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Tingkatkan mobiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.
Bagaimana Set kesuburan shaklee ini membantu dalam kehamilan??
Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Merut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.
 
Hal ini juga telah disahkan oleh Pakar Oncology Malaysia, Dr Hamid Arshad melalui Facebook beliau:
“Nasihat untuk mereka yang berusaha mendapatkan zuriat. Selepas buat ujian-ujian kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk membunag cyst/fibroid atau lain-lain. Tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari. Makan supplemen-supplemen multivitamin, Vitamin E, C, Folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa-gesa nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk lihat keberkesanan”

Jom kita tengok peranan atau fungsi setiap suplemen yang dicadangkan...
 
  • Alfalfa Complex
Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah ‘Miss V’ (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.
 
  • Vitamin E
Bagi meningkatkan kualiti sperma. Vita E sangat membantu. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa ‘bersemangat’ untuk bersama pasangan masing-masing.
 
  • GLA complex
Penting untuk isteri bagi menghasilkan ‘cecair kesuburan’. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.
 
  • Zinc Complex
Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.
 
Untuk suplemen tambahan, boleh juga diambil B Compleks yang terkenal dengan suplemen anti-stress, Vitamin C Sustained Release dan juga ESP.
 
Kombinasi vitamin dan mineral Set Kesuburan Shaklee akan beri harapan kepada suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Rupa bayi yang comel, tangisannya membuatkan rumah tangga yang dibina bertambah berseri. Jangan pernah berhenti berharap. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
 
Bila dah berusaha tu kita mestilah berdoa padaNya.. Banyakkan beristigfar dan bersedekah..

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat