Wednesday, 6 August 2014

Rawat CYST dengan GLA Compleks Shaklee

Kebanyakkan wanita mula sedar yang mereka ada Ovarian cyst selepas menjalani ujian ultrasound untuk mengenalpasti tahap kesuburan mereka. Ovarian cyst yang normal akan membesar dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional cyst. Ia tidak merbahaya melainkan jika saiznya semakin mebesar dan terus membesar.

Kes pesakit cyst dan fibroid ini bukan lagi kes yang jarang-jarang kita dengar pada zaman ini, tapi semakin banyak kita dengar kes macam ni. Ishh takut juga kan, apatah lagi bila tengok gambar-gambar berkenaan cyst dan fibroid ni. Kalau google, memang berderet keluar gambar-gambar yang mengerikan tu.

Punca berlakunya pertumbuhan cyst & fibroid ini adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badan kita. Pertumbuhan luar biasa ini berlaku pada sel didalam rahim wanita dan adakalanya tumbuh di dalam ovari. Oleh itu pengambilan supplemen amatlah digalakkan sebagai langkah-langkah pencegahan.

GLA Complex adalah vitamin yang sangat digalakkan bagi pencegahan masalah cyst & fibroid ini. Ia bukan sahaja dapat mencegah, malah dapat juga membantu menghilangkan dan merawat masalah cyst & fibroid ini. Tapi jangan salah faham pula yer, GLA Complex hanya membantu..rawatan terperinci dari doktor pakar juga amatlah disarankan bagi merawat dan mencegah masalah cyst & fibroid. GLA hanyalah supplemen sebagai usaha untuk mencegah dan merawat penyakit ini.




Bagaimana GLA Complex membantu merawat cyst?

-GLA (gamma linolenic acid) adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang diperlukan badan untuk membentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan berupa hormon yang mengawal keradangan dan mengawal atur proses badan yang normal.Jadi dengan menambahkan kuantiti prostaglandin dalam badan, ia dapat mengecutkan cyst dan mengawal imbangan hormon untuk mengelakkan pembentukan cyst baru sekaligus merawat masalah cyst anda.

Kebanyakan GLA tersedia dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), mesti ramai wanita sudah biasa dengar EPO. Tapi apa lebihnya GLA Shaklee berbanding EPO lain. Ini adalah kerana GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Jadi, kaum wanita semua lengkapi diet harian anda bagi menjauhi penyakit yang ditakuti oleh kita semua dengan mengamalkan GLA Complex. Bukan itu sahaja, GLA Complex juga menjadikan hormon lebih teratur, melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. Sebagai bonus, kulit kita pun jadi cantik dan halus.


Bukan shj untuk wanita, lelaki pun boleh mencuba GLA!Cubala hari ini
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen