Assalamualaikum semua...
Ibubapa pastinya risau jika anak yang berumur 3 tahun belum petah bercakap kan?jangan risau ye.. Di sini saya nak kongsikan tip untuk merangsang anak-anak cepat bercakap...
Apa yang anda boleh anda lakukan sebagai ibu bapa bagi merangsang pertuturan anak anda??
Bagi budak 1 tahun ke bawah:-
- Bertutur kata lembut,
- Tersenyum dan
- Memberikan perhatian atas reaksi anak anda kerana bayi normal mampu memahami dan merasakan komunikasi berdasarkan respon dua hala dan gerakan tubuh anda seawal 8 minggu.
- Respon apabila bayi anda menangis dan cuba
- Menenangkannya agar keperluan bayi anda dipenuhi bagi mengelakkan frustasi..
- Belajar isyarat bayi anda agar bayi anda berasa selamat dan selesa.
- Menyanyi bersana anak anda !!Lagu merupakan cara terbaik mendedahkan anak anda dengan pelbagai kosa kata baru samada bahasa inggeris atau melayu. Ianya cara mudah dan menyeronokkan
- Membuat ekspresi muka dapat membuat bayi anda ketawa..Bayi dalam 6bulan ke bawah mendapat pelbagai bentuk pelajaran seperti cara menyuarakan isihati mereka melalui mimik muka dan gerakan badan.Oleh itu,luangkan masa bermain bersama anak-anak anda untuk mendorong kemampuan mereka bertutur dan bercakap..
- Bayi juga mampu belajar melalui rutin dan pengulangan pola..Rajinkan diri anda bercakap dengan bayi anda dan ulangi sebutan atau perkataan yang sama ketika rutin contohnya, ketika waktu makan anda boleh mengulang sebutan "nyam-nyam' untuk sedap atau anda boleh selalu membahasakan diri anda "mama" setiap kali bercakap dengan anak anda!
1. Mengulang
sebutan mereka bagi memberikan mereka motivasi bertutur,selain itu
berikan mereka ciuman,tepukan dan kata -kata pujian
2. Menyebut perkataan yang betul kerana anak anda mula belajar dan meniru anda pada ketika ini
3. Jika
anda anda buku bergambar,boleh tunjukkan dan terangkan kepada anak-anak
anda dengan cara mudah walaupun dia masih belum mengerti sepenuhnya
4.
Semakin memperkenalkan anak anda dengan pelbagai bunyi dan objek samada
melalui buku,atau menunjukkan dalam situasi sebenar ketika
berjalan-jalan seperti 'dog','flower'
5.Menunjukkan pelbagai gambar berwarna dan menarik perhatian anak kecil anda
6.Memperkenalkan dengan angka dalam keadaan santai contohnya mengira
1- 10 ketika menaiki tangga sebelum tidur agar anak anda tidak terasa
tertekan dan gembira sambil membuat aktiviti rutinnya tanpa menyedari
dirinya sedang mempelajari sesuatu yang baru.** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen