Saturday, 13 April 2013

Anemia


HB rendah ketika mengandung : Bagaimana cara untuk mengatasinya?


Masalah paras hemoglobin (HB) rendah merupakan antara masalah-masalah utama yang sering dihadapi ramai wanita mengandung. Malah saya sendiri turut pernah mengalaminya sewaktu mengandungkan kedua-dua anak saya dahulu.

Tahukah anda mengapa paras HB ibu mengandung lazimnya boleh menjadi lebih rendah dari biasa? Perkara ini berlaku kerana darah ibu mengandung akan meningkat sekaligus menyebabkan kurangnya kehadiran hemoglobin di dalam darah kita. Kekurangan hemoglobin menjadi punca seseorang itu mengalami ANEMIA atau turut dikenali sebagai masalah kekurangan darah.

Hemoglobin merupakan komponen utama berwarna merah yang terkandung di dalam darah dan berfungsi untuk menyalurkan bekalan oksigen kepada seluruh badan. Kekurangan hemoglobin menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat disalurkan dengan sempurna kepada semua organ badan bagi fungsi yang optimum.

Secara amnya, julat normal kandungan HB darah akan berubah mengikut umur dan jantina seperti berikut:
  • Newborns: 17-22 gm/dl
  • One (1) week of age: 15-20 gm/dl
  • One (1) month of age: 11-15gm/dl
  • Children: 11-13 gm/dl
  • Adult males: 14-18 gm/dl
  • Adult women: 12-16 gm/dl
  • Men after middle age: 12.4-14.9 gm/dl
  • Women after middle age: 11.7-13.8 gm/dl
Sumber: Laman web medicinenet.com

Antara simptom-simptom HB rendah di kalangan ibu mengandung termasuk:
  • Sering keletihan
  • Pening kepala atau pitam
  • Sesak nafas atau tercungap-cungap
  • Sering kelihatan pucat dan lesu
  • Berat badan yang menurun
  • Kadar denyutan jantung menjadi cepat
  • Lemah daya ingatan 
Masalah HB rendah ini jika tidak ditangani dengan baik boleh mengakitkan kelahiran pramatang serta kerencatan pada pertumbahan bayi di dalam kandungan. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, si ibu digalakkan mengamalkan pemakanan yang tinggi isi kandungan zat besinya. Antara makanan yang kaya dengan zat besi termasuk kerang dan tiram, sayuran hijau seperti sawi dan bayam, kuning telur dan hati.

Di samping itu, PENGAMBILAN VITAMIN atau SUPLEMEN juga dapat MEMBANTU MENINGKATKAN KADAR HB ibu mengandung. Vitamin yang sesuai diamalkan bagi tujuan ini adalah seperti berikut:

Vita-lea with Iron Formula: Selain bertindak sebagai multivitamin, Vitalea Shaklee sememangnya telah dilengkapi dengan kandungan zat besi bagi memenuhi keperluan ibu mengandung. Hasilnya, badan akan sentiasa merasa sihat kerana si ibu mendapat segala nutrisi yang diperlukan ketika hamil.

Vitamin C: Penting sebagai menyokong kesihatan jantung, meningkatkan imuniti badan, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.

B-Complex: Membantu meningkatkan kandungan sel darah merah dan hemoglobin, mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan bagi menggantikan nutrisi vitamin B yang telah hilang termasuk folat yang penting dalam perkembangan bayi yang sihat.

PERINGATAN:
  1. Elakkan daripada meminum minuman berkafein seperti teh, kopi (Nescafe), dan minuman berkarbonat kerana ianya akan mengganggu penyerapan zat besi ke dalam badan 
  2. Elakkan pengambilan Vita-lea bersama-sama dengan Ostematrix (kalsium) kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi 
  3. Elakkan pengambilan Vita-Lea bersama-sama dengan susu kerana susu mengandungi kalsium dan
  4. Pesakit THALASSEMIA TIDAK BOLEH mengambil VITA-LEA kerana mengandungi zat besi
Suplemen tambahan yang digalakkan untuk diambil oleh ibu mengandung bagi masalah HB rendah adalah:
- Ostematrix (kalsium) - juga baik untuk mengelakkan masalah muscle cramp (simpul biawak)
- Energy soy protein (bagi yang mempunyai masalah HB kritikal)

Hubungi saya melalui email bayu_laut23@yahoo.com atau SMS/WhatsApp di talian 017-343 0922 untuk sebarang pertanyaan atau membuat pesanan. 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen