Thursday, 18 April 2013

Cergas Sihat Sewaktu Hamil

Cergas Sihat Sewaktu Hamil Dengan Supplement Shaklee
 
Mungkin ada yang risau nak ambil supplement semasa mengandung. Saya faham, semua orang sayangkan anakkan. Walaupun baru mengandung trimester satu kita tetap perlukan supplement sama seperti sebelum mengandung untuk memastikan perkembangan anak yang dikandungkan sempurna dan sihat.

Kenapa ibu mengandung perlukan supplement seawal mengandung?
 
Kalau ibu-ibu yang berhajat inginkan zuriat doktor akan bagi obimin, asid folik dan lain-lainkan? kenapa?..kerana nak bakal ibu-ibu tak sedar kekurangan sesetengah vitamin dan mineral dalam tubuh juga menyukarkan kita untuk mengandung.  

Kita ni sekarang terdedah dengan makanan yang tak berapa segar, tak berapa sihat, dan tak berapa nak ada vitamin dan mineral disebabkan kehilangan vitamin dan mineral semasa dari proses memetik, simpan sampai la dimasak. Tambah pulak orang perempuan sekarang rata-rata bekerja, yang suri rumah pun bukan duduk goyang kaki je. Duduk rumah lagi la ada sahaja kerja yang nak dibuat. tak henti-henti. Makan pun ikut mana yang sempat je. huhu

Tapi jika anda sememangnya disipilin menjaga pemakanan harian itu tak menjadi hal.

Lagi satu, setiap bulan janin dalam kandungan akan membentuk dan membesar setiap hari jadi anak ini perlukan khasiat yang secukupnya untuk proses perkembangan otak dan tumbesaran yang sempurna. 

Kekurangan asid folik semasa mengandung berisiko menyebabkan kecacatan tulang belakang pada bayi.
Perkembangan Janin Dalam Rahim (Trimester 1)
 
Kandungan 1 bulan 
Embrio (cantuman ovum dan sperma) akan menjadi organ-organ dan bahagian-bahagian badan. Waktu ini mata hitam, rahang muka, mulut dan tekak telah terbentuk. Pada akhir bulan pertama kandungan, sel-sel darah juga mula terbentuk dan peredaran darah berlaku di mana degupan jantung embrio ketika ini adalah 65 kali seminit walaupun embrio anda hanya sebesar sebutir beras.

Kandungan 2 bulan
Embrio sudah bernyawa dan sentiasa bergerak. Waktu ini mata, jari-jari kaki dan tangannya mulai terbentuk dan sedikit berselaput, Wajahnya juga mulai terbentuk. Telinga juga tumbuh dimulai dengan sedikit lipatan. 

Otak, saraf tunjang dan tisu-tisu neural pada sistem saraf pusat juga mulai terbentuk. Sistem penghadaman dan organ-organ deria juga terbentuk sewaktu kandungan berusia dua bulan. Pada masa ini juga tulang muka telah menggantikan rawan.


Ketika ini, saiz kepala embrio melebih saiz badannya. dan pada minggu ke-enam degupan jantungnya sudah boleh dikesan dan dia kini adalah bayi dan bukan lagi embrio.



Kandungan 3 bulan

Waktu ini saiz bayi sudah mencapai 6cm-8cm. Sangat-sangat kecil lagi dan jari-jarinya sudah mempunyai pusaran atau cap jari. Lengan, tangan, jari, kaki sudah terbentuk dengan sempurna. Bayi juga sudah boleh membuka dan menutup tangan dan mulut. 

Subhanallah! Ciptaan Allah sungguh mengagumkan!


Kuku-kukunya juga mulai terbentuk dan telinga juga sudah sempurna pembentukannya. Gigi, organ-organ pembiakan bayi juga mulai terbentuk tetapi belum cukup sempurna. Oleh itu amat sukar menentukan jantina bayi melalui ultrasound pada waktu ini. 


Akhir bulan ke tiga bayi anda sudah terbentuk dengan sempurna. semua organ-organ dan kaki semakin matang dan berfungsi. Sistem peredaran darah, sistem pembuangan air kecil juga berfungsi dan hati kini mulai menghasilakn hempedu.


Bayi anda kini sudah 4 inci panjag dan pada waktu ini risiko untuk keguguran adalah tinggi.


Jadi sejak anda disahkan mengandung oleh doktor, anda perlu mengambil berat akan kandungan, dan mulai menjaga kesihatan dan pemakanan anda. Anda juga kini memerlukan 200-300 KALORI YANG PADAT DENGAN NUTRISI lebih daripada sebelum anda mengandung.

Pada trimester pertama ini jugalah risiko keguguran amat tinggi dan semasa trimester pertama ini juga perkembangan janin sangat-sangat kritikal. Kalau tak orang-orang tua tak la membebel suruh wanita hamil berhati-hati dan jangan buat kerja-kerja berat di awal-awal kehamilan kan. 

Bayangkan kita tak cukup nutrisi, lagi mudah kita jatuh sakit, lemah-lemah dan perkembangan bayi mungkin tidak begitu sempurna.



Dan supplement Shaklee semasa mengandung yang disyorkan adalah selamat dan amat diperlukan oleh wanita hamil untuk melengkapkan nutrisi harian. Apa-apa pun makanlah makanan berkhasiat yang sebenar-benarnya. Vitamin supplement hanya pelengkap nutrisi bukan pengganti nutrisi ok. ^__^

Supplement shaklee ini membantu anda lebih bertenaga dan membantu menangani morning sickness.  Lengakap dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan Asid folik
 

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Nik Azimah Awg Hamat
♥ sms/whatsApp: 017-343 0922
♥ Emel : bayu_laut23@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen