Sunday, 27 April 2014

Diet untuk Kuruskan Badan

Apa pilihan anda, kurus atau gemuk? Pada saya, nak kuruskan badan ni, takde la susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.
1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.


Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.

* Amalkan makan malam sebelum jam 7 malam. Elakkan mengambil makanan yang berat kerana kadar metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan disimpan sebagai lemak.

* Jangan mudah terpedaya iklan-iklan merampingkan badan atau produk-produk pil kurus.Kebanyakkannya indah khabar dari rupa. duit habis tapi badan tetap juga naik.

* Dapatkan nasihat doktor sebelum membuakeputusan membeli produk diet yang banyak terdapat di pasaran dan farmasi. Pandangan doktor adalah lebih selamat.

* Turun 1 Kg sebulan secara tetap adalah lebih baik daripada turun berat badan secara drastik dan mendadak. Ini boleh mengganggu kesihatan dan kemungkinan berat badan anda akan naik secara mendadak pula.

 * Rajinkan diri melakukan senaman seperti Sit-up. Jika mampu, berkunjunglah ke gym yang berdekatan. Senaman boleh membentuk otot menjadi sihat dan membakar lemak.

* Positifkan diri. Buatlah target badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.


* Jangan asyik menimbang berat badan. Anda akan kecewa jika masih tiada perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu.



* Beri penghargaan untuk diri sendiri. Beri ganjaran pada diri sendiri jika maltlamat tercapai. Contohnya, makan satu bar coklat yang sdap.

Sekian, selamat mempraktikkannya…



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen