Friday, 25 April 2014

Kombinasi ESP

ESP satu canister memberi fungsi yang pelbagai bila digabungkan dengan vitamin lain. Kombinasi ini memberikan manfaat kesihatan berbeza untuk si pengamalnya. Ingin tahu apakah keistimewaannya? Jom layan..


 1) SET MENYUSU
 ESP bersama ALFALFA = membantu masalah penyusuan para ibu. Bagaimana ia membantu? Tentu sekali sebagai pemberi sumber protein utama yang akan menjadi komposisi utama susu badan. Alfalfa membantu sebagai milk booster yang membantu membanyakkan susu.Selain itu,ia juga menganjalkan payudara anda kembali selepas bersalin. Gabungan kedua-dua vitamin ini sudah tentu memberi tenaga segera dan berpanjangan bagi sesetengah ibu yang letih menyusu.

 
2) SET MIGRAIN
 ESP bersama OSTEMATRIX = melegakan masalah migrain. Tahukah anda, antara penyebab migrain adalah disebabkan kekurangan magnesium di dalam badan? Ostematrix adalah supplement yang bersumberkan kalsium dan magnesium. Jadi elok sangatlah penderita migrain ambil set migrain

 
3) SET GASTRIK
 ESP bersama PEPPERMINT GINGER PLUS = Bagi penderita gastrik, anda tentu tahu betapa peritnya apabila sakit menyerang. Ambil ESP sebelum makan dan rasailah perbezaan. Tentu sekali tiada lagi pedih perut. Ditambah pula dengan 2 biji peppermint selepas makan, tentu sekali perut tidak dimasuki angin dan sentiasa nyaman.

 
4)SET KESUBURAN WANITA
 ESP bersama GLA COMPLEX = khas buat wanita yang telah lama menunggu kehadiran penyeri rumahtangga. GLA membantu menghasilkan lendiran kesuburan dan ESP membantu perlekatan telur-telur yang dihasilkan. Peluang untuk sperma menuju ke arah telur-telur ini dan bersenyawa menjadi lebih tinggi. Juga bagus untuk wanita yang telah banyak kali keguguran akibat rahim yang lemah.


 5) SET BERPANTANG
 ESP bersama ZINK = gabungan yang sangat sesuai untuk ibu-ibu yang lepas bersalin.Zink bagus untuk menghilangkan kesan stretchmarks dan mempercepatkan pembaikan luka bersalin/pembedahan. Gabungan ini dapat menganjalkan perut dan tubuh mengeleber selepas kehamilan Ia juga sesuai untuk ibu yang keguguran rambut selepas bersalin. Protein yang terdapat di dalam ESP membantu menguatkan folikel-folikel rambut yang menghalang daripada putus atau gugur. Dan kekurangan zinc sememangnya antara punca rambut bermasalah


 6) SET IBU HAMIL & ANAK BIJAK
 ESP bersama OMEGA GUARD = Gabungan ini bukan sahaja mampu mengurangkan keguguran,malah mengurangkan risiko bayi pra matang,di samping membekalkan kandungan omega, DHA & EPA kepada bayi dalam kandungan. Hasilnya?? Pengambilan fish oil sememangnya digalakkan dan telah sekian lama diamalkan oleh kaum paling bijak di dunia.


 7) SET KURUS
 ESP bersama LECITHIN =Kebaikan Lecithin Shaklee adalah sebagai pemecah lemak dan ianya sesuai untuk ibu menyusu.Amaran kepada ibu menyusu jangan sembarangan makan produk kuruskan badan,nanti ibu tidak kurus, anak yang kurus dan kadang-kadang kita tidak tahu pun kesan sampingan produk pelangsingan di pasaran untuk jangka masa panjang.Namun, lecithin Shaklee semulajadi,selamat,berkesan dan dipercayai beberapa dekad yang lalu dan bagus untuk ibu menyusu yang mahu kurus.slim,ramping dan langsing.


 8) SET TAMBAH BERAT BADAN
 ESP bersama MEALSHAKES = Malu kerana kurus kering dan kerap berasakan orang memerhati anda setiap kali iklan orang kurus disiarkan di media elektronik.Pelbagai usaha di lakukan termasuk makan dengan banyak namun hasilnya mengecewakan.Jangan bersedih kerana,anda boleh mengambil set berat badan yang terdiri dari ESP dan juga Meal Shakes.Selain berasa kenyang,protein dan sumber vitamin yang lengkap dapat membina otot supaya berisi dan bukannya gemuk di sebabkan lemak terkumpul dalam badan.


 9) SET TENAGA
 ESP bersama PERFORMANCE DRINK = cuba shake kedua minuman ini bersama. Tambah ais maka memang menyegarkan. Bagi anda yang kerap bertugas sehingga lewat malam, pemandu teksi atau pekerja shift, anda wajib ambil kedua minuman ini. Selain menyegarkan, ia juga memberi tenaga segera dan berpanjangan.


 10) SET KULIT
 ESP bersama VITAMIN E = membantu masalah kulit yang kusam, eye bag dan lebam bawah mata. Amazingly, bukan hanya kulit wajah yang makin flawless, kulit tumit kaki yang kasar berduri pun boleh licin semula tau.


 11) SET IBU HAMIL
 ESP bersama VITALEA = terhasillah supplement superb yang memberi tenaga berpanjangan kepada ibu hamil. Highly recommended kepada ibu hamil yang mempunyai DIABETIS kerana set ini mampu mengawal paras gula, ibu hamil yang ada bacaan HB yang rendah dan ibu hamil yang banyak sangat tanggungjawab sehingga badan merasa letih tak bermaya.


 12) SET KEMPISKAN PERUT
 ESP bersama HERB LAX = Herblax terbukti dapat mengempiskan perut dan memberikan kepejalan pada perut.Ia bukan sahaja membantu membersihkan usus malah membantu masalah sembelit.Ia juga bagus untuk menyingkirkan toksin dalam usus.



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen