Tuesday, 22 April 2014

Jaundis

Jaundis merupakan penyakit yang biasa dialami bayi yang baru dilahirkan. Lazimnya ia dapat dikesan selepas 24 jam bayi itu dilahirkan. Hari ini, sekitar 50 peratus bayi yang dilahirkan mendapat jaundis. Biarpun jaundis adalah suatu penyakit yang biasa dihidapi bayi namun ia boleh menjejaskan kesihatan bayi.

Jaundis yang teruk, jika tidak ditangani dengan betul boleh mengundang risiko. Bayi boleh menjadi pekak dan kemungkinan kerosakan otak.
 
Jaundis bermaksud kehadiran warna kuning di bahagian kulit bayi dan bahagian putih mata yang disebabkan oleh terlalu banyak mendapan bilirubin di dalam badan. Bilirubin dihasilkan secara berterusan di dalam badan tetapi ia dinyahkan daripada badan dengan pantas berbanding penghasilannya. Maknanya, jaundis tidak akan berlaku selagi bilirubin dapat disingkirkan dengan cepat berbanding penghasilannya di dalam badan. Jaundis terjadi akibat pengeluaran bilirubin yang berlebihan dan tidak dapat dinyahkan oleh hati. Lebihan bilirubin itu akan mengalir melalui saluran darah ke lain-lain bahagian badan dan menyebabkan kulit menjadi kuning. Ia berkemungkinan disebabkan oleh proses penyingkiran bilirubin oleh organ hati yang begitu perlahan.
 
Paras kepekatan bilirubin yang begitu tinggi dan berada lama di dalam darah boleh merosakkan otak bayi. Justeru ibu bapa perlu peka dengan keadaan bayi kerana kekuningan itu memberi isyarat, bayi perlu mendapat rawatan segera, tanpa mengira apakah puncanya.
 
Ibu bapa diingatkan bahawa jaundis yang teruk boleh menjejaskan otak dan merosakkan otak bayi. Ia berlaku khususnya kepada bayi yang mempunyai sel darah merah yang abnormal, kekurangan G6PD dan Rhesus yang tidak sesuai dengan ibunya. Keadaan ini menyebabkan paras bilirubin menjadi sangat tinggi di dalam darah. Apa yang tidak diketahui sehingga ini ialah sama ada kerosakan otak akan berlaku juga pada bayi yang mempunyai sel darah merah yang normal.
Terdapat bukti-bukti saintifik menunjukkan jaundis jarang berlaku pada bayi yang mempunyai sel darah merah yang normal. Kebaikan paras bilirubin rendah mahupun ringan tidak dapat dipastikan tetapi sesuatu yang pasti, bilirubin mempunyai agen anti- oksidan namun kepentingannya tidak diketahui. Apa yang diketahui ialah paras bilirubin yang rendah tidak memudaratkan bayi. Majoriti bayi yang menghidapi jaundis yang teruk membesar menjadi kanak-kanak yang normal.
Bagaimanapun hanya segelintir yang menghadapi jaundis teruk semasa episod jaundis dan terdapat tanda penyakit itu, mempunyai risiko menghidapi cerebral palsy atau palsi serebrum dan pekak. Tanda-tanda penyakit palsi ini mungkin tiada sehinggalah bayi membesar dan berkembang.
Bayi perlu menjalani pemeriksaan dengan tekal oleh pakar pediatrik bagi mencari bukti kehadiran palsi serebrum. Biasanya pemeriksaan perlu dijalankan dua hingga empat kali setahun untuk tempoh dua tahun pertama. Bayi yang menghidap jaundis biasanya mengalami najis berwarna kekuningan atau kehijauan. Najis berwarna pucat di kalangan bayi itu memberi isyarat penting bagi anda untuk membawanya berjumpa doktor untuk rawatan seterusnya.
Najis berwarna pucat bermakna terdapat penyekatan saluran hempedu di antara hati dan usus kecil. Jaundis biasanya tidak memudaratkan namun jangan diambil mudah. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapat rawatan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen