Lumrah bagi pasangan yang berkahwin,
mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan
yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata,
bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah
bertiga, berempat.. kita masih berdua.
Antara penyebab biologi sukar hamil
di kalangan wanita:
- Tiub fallopian tersumbat
- Endometriosis
- Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
- Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
- Masalah hormon
- Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
- Menopous sebelum waktunya
- Masalah tiroid
- Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:
- Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
- Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
- Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
- Menghidap hernia
- Gangguan hormon
- Salur sperma tersumbat
- Mati pucuk, lemah tenaga batin
Bagi penyebab biologi, anda suami
isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar
masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal. Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat
dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup
anda seperti:-
1.Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan
badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang
menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.
2.Mengelakkan
pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari
pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan
keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan
‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok.
3. Mengambil
supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan.
Kesuburan boleh ditingkatkan dengan
pengambilan supplement berikut:
- Vitamin E - Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.
- Zinc Compleks - Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).
- B Compleks -Vitamin paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon.Uniknya vitamin B Shaklee kerana ianya turut mengandungi asid folik dan biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Malahan, pengambilan asid folik sangat penting di ambil, sekurang-kurangnya 2-3 bulan sebelum mengandung
- GLA Compleks -GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.
Gabungan nutrien di atas
memberikan anda harapan untuk menimang cahaya mata.. Jangan lupa berdoa
pada Tuhan agar dikurniakan anak. Yang penting, harus jangan berhenti
berusaha & berharap pada-Nya.
Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat
sebenarnya memang agaktertekan apabila sudha lama berkahwin tapi xde anak..saudara mara dan kawan-kawan asyik tanya je..tapi jangan putus asa untuk berusaha
ReplyDelete