Monday, 8 December 2014

Hentikan PEMBUNUHAN dengan VIVIX Shaklee..Sejauh manakah kebenarannya?

Assalamualaikum semua...
Gempaq dan menakutkan tak tajuk entri saya? Sudah pastinya pembaca semua tak sabar-sabar nak meneruskan pembacaan kan? Sebenarnya entri yang akan ditulis ini berkisar mengenai bahaya merokok kepada perokok malah orang sekelilingnya dan langkah yang boleh diambil untuk menghentikan tabiat merokok ini.

Saya yakin ramai di luar sana yang merokok merupakan golongan profesional dan bijak pandai. Jika dikira, perokok akan mengeluarkan RM 500 hingga RM1000 sebulan untuk membeli berpuluh-puluh kotak rokok. Bayangkan jumlah yang kita dapat simpan jika kita berhenti merokok, kesihatan juga tidak terganggu dan hidup lebih bahagia.

Ya, anda akan kata  tanpa rokok untuk sehari walaupun hanya beberapa jam, tidak mampu memberi tumpuan kepada kerja, tidak ada idea. Tidak tenang. Resah gelisah. Cepat marah…. Memang selalu kedengaran orang selalu mengeluh…tak makan pun tak apa….asal dapat rokok. Fenomena ini juga kita boleh amati bila si perokok berpuasa. Tahan lapar dahaga tetapi selepas berbuka mereka juga perlu ‘ berbuka’ puasa dengan rokok. Betul atau tidak?

Pembunuhan boleh dihentikan dengan Vivix

Tahukah anda, jika anda betul-betul mahu berhenti merokok anda tidak perlu tunggu sehingga setiap awal tahun untuk memulakan azam baru anda kerana dalam masa beberapa hari sahaja anda boleh merasakan kesannya.Bagi seorang perokok, setiap hisapan rokok itu akan menyebabkan nikotin turut tersedut masuk ke dalam badan mereka. Nikotin ini adalah sangat merbahaya dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser. Malah nikotin ini juga boleh berjangkit kepada orang yang berada berdekatan dengan perokok yang turut terhidu asap rokok itu tadi.

Bagaimana Vivix ini membantu para perokok dari berhenti merokok? Seperti yang saya sebutkan tadi, apabila seseorang perokok menghisap rokok, nikotin akan turut masuk ke dalam badannya. Nikotin ini akan duduk dalam badan dan merosakkan sel-sel dalam badan. Namun, apabila perokok itu mengambil vivix, vivix akan bertindak mencuci dan menyahkan kesemua toksin dan nikotin yang berada dalam badan. Dengan pengambilan vivix secara konsisten, sedikit demi sedikit nikotin akan disingkirkan dan menyebabkan lama kelamaan, perokok itu sudah tidak boleh menerima kehadiran nikotin yang baru apabila beliau hendak menghisap rokok. Badan yang sihat, badan yang normal sememangnya bukanlah tempat untuk nikotin, maka apabila sel-sel badan telah pun dibersihkan dari semua nikotin ini, kehadiran nikotin yang baru akan terus ditolak oleh badan perokok itu menyebabkan beliau tidak mampu lagi hendak menghisap rokok.

Vivix ini telah diperakui oleh ramai pengguna di mana mampu membantu mencegah pelbagai jenis penyakit, termasuk jantung. Dan lagi, ini kerana sel-sel dalam badan akan terus direpair oleh vivix tanpa membuang masa dan seterusnya menghasilkan sel-sel baru yang lebih baik dan sihat. Apabila badan kita penuh dengan sel-sel baru, maka secara automatiknya badan akan lebih sihat dan bertenaga.

Bagaimana Vivix Bertindak?

Tubuh badan kita terdedah kepada radikal bebas setiap hari. Radikal bebas ini datangnya daripada pencemaran, pemakanan, ASAP ROKOK dan pelbagai punca lagi. Radikal bebas ini merosakkan DNA kita. Apabila DNA kita rosak dan mutated, ianya mampu mencetus sel kanser. Vivix bertindak dengan memperbaiki DNA tersebut. Nikotin yang selama ini berkampung di DNA Perokok akan disingkirkan dari DNA dan DNA akan kembali normal.

Kerana itulah perokok yang mengambil Vivix tidak mempunyai Withdrawal Symptom. Tidak ada rasa bad mood, masalah untuk tidur, keletihan, sakit kepala dan bermacam simptom lagi. Jika biasanya perokok cuba berhenti merokok menggunakan kaedah lain, nikotin masih dibekalkan ke dalam tubuh, cuma tidak melalui rokok. Jadi, nikmat rasa rokok itu sukar untuk dibuang dan adakalanya sukar dibendung hingga menyebabkan perokok kembali merokok.

Vivix pula menyingkirkan nikotin tersebut. Tiada lagi nikotin ‘melekat’ di tubuh perokok, maka tidak ada rasa ketagihan terhadap rokok. Malahan bekas perokok tadi akan mula berasa sangat tidak senang dengan bau asap rokok.Hebat bukan?

Vivix Shaklee bertindak dengan cara:
  • Mempertahankan DNA – Mempertahan sel badan daripada kesan nikotin
  • Memberikan tenaga DNA – Memberikan tenaga dari peringkat sel
  • Memulihkan DNA – Memulihkan dan menyingkirkan kesan nikotin dari badan
  • Meningkatkan keupayaan DNA – Meningkatkan kecergasan badan

Kenapa Perlu Berhenti Merokok?
  • Rokok bukan hanya memudaratkan diri sendiri, malahan orang sekeliling perokok juga. Ini termasuklah anak-anak dan isteri.
  • Rokok juga mengundang pelbagai penyakit kronik yang merbahaya dan membawa maut.Secara purata, hayat Perokok 14 tahun lebih pendek dari hayat bukan perokok.
  • Rokok sangat membazirkan wang. Apatah lagi harga rokok yang semakin naik setiap tahun.
  • Rokok memberi kesan terhadap ‘Sexual Performance’.
  • Rokok juga menjejaskan tahap Kesuburan serta kesihatan sperma.
Sebelum itu, jom kita tengok testimonial yang berjaya berhenti merokok dengan mengamalkan suplemen Shaklee iaitu VIVIX


Behenti merokok setelah mengamalkan VIVIX

Jadi, mulakanlah langkah pertama untuk Berhenti Merokok demi kesihatan diri sendiri dan keluarga dengan pengambilan Vivix.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

20 comments:

  1. Sesiapa yang tegar dengan rokok boleh cuba yang ni..untuk kesihatan jangka masa panjang dan orang sekeliling.

    Makanan Nyahtoksin

    ReplyDelete
  2. Tak rugi cuba vivix utk kesihatan dalaman kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang untung cuba vivix sebab bukan sahaja kesihatan malah kecantikan

      Delete
  3. Vivix adalah raja segala supplement.. Memang terbaik dan terbukti..

    pengedar sah Shaklee kawasan Bintulu Sarawak

    ReplyDelete
  4. Sebelum ambil suppelement shaklee suami selalu mengadu sakit dada...tapi lepas amalkan supplement ni termasuk vivix, alhamdulillah sampai sekarang dah tiada lagi sakit dada suami.

    tips tegangkan kulit wajah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...nampaknya vivix telah bertindak balas

      Delete
  5. Vivix memang terbaik. Mudah-mudahan lebih ramai perokok tegar dapat berhenti merokok dengan vivix.
    Jom buat agar-agar milo orea yang yummy 

    ReplyDelete
  6. Daripada bakar duit untuk rokok yang tak kan bagi kebaikan langsung, baik "bakar" duit tu untuk makan vivix. Banyak kebaikan yang anda akan dapat ..in sya Allah

    JommSihatDanCantik -> VITAMIN E LEBIH SEMPURNA DENGAN EKSTRAK BIJI ANGGUR??

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju nngan sis nurulhuda...."bakar" duit beli vivix dpt gak faedah

      Delete
  7. berbaloi cuba...sekurang-kurangnya dapat lawan kesan merokok tu , bonus insyaallah berhenti merokok kan bagus

    ReplyDelete
  8. Vivix lagi murah dari rokok. Kesihatan lebih terjaga.

    ReplyDelete
  9. Mahal tapi berkualiti dan berkesan. Saya amalkan salah satu sebab selalu dalam suasana perokok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal tapi berkualiti itu sebenarnya yang kita nak...

      Delete
  10. saya paling benci dengan perokok kerana mereka membahayakan diri mereka dengan orang sekelilingnya, berikan Vivix untuk abang atau suami anda yang bermasalah dengan rokok ini. Mudah-mudahan ia akan berhenti merokok setelah mencuba Vivix.

    Petua Melembabkan Kulit Kering Di Wajah Yang Patut Anda Ketahui

    ReplyDelete
  11. Orang yang di sekeliling perokok yang berisiko tinggi berbanding perokok sendiri. Semoga perokok ni insaf cepat
    Blog Giveaway Contest

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen