Assalamualaikum
Berakhirlah sudah Family Day merangkap Reunion geng-geng sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan To' Uban bagi tahun 2018. Tahun depan plan lagi ye.
Bermalam 1 malam sahaja di Homestay Ustaz yang terletak berhampiran dengan Pantai Teluk Kemang. Sebelum ke sana bermacam-macam plan yang dirancang dan alhamdulillah berjalan dengan lancar.
Di sini Cheq Nik kongsikan gambar-gambar yang sempat disnap sepanjang berlangsungnya program tersebut. Memang tak rugi join walaupun Cheq Nik bukan belajar kat SMKTU.
Taraaaa...siap dengan kain rentang lagi.
|
Cari apa yang lainnya di kain rentang tu? |
|
Ambil gambar wak kenangan dulu |
|
Bergambar dulu sebelum acara bermula
|
|
Acara pertama : berebut coklat |
|
Acara kedua : Masukkan air laut ke dalam belon |
|
My girl pun tak terlepas join acara ni |
|
Cari choki choki dalam tepung gandum..hantu siang jadinya |
|
Si sulung dengan nasi kerabu tidak dapat dipisahkan. Nampaknya mama kena belajar buat nasi kerabu |
|
Habis acara sukan, berpeluang pula naik banana boats. Satu trip RM150.00. Pengalaman pertama si sulung dan mama cacing kepanasan sebab risau. Padahal ok je |
|
Mama tahu abang takut kan? Sebab tu tak hirau bila panggil nak bergambar. Good luck abang !
|
|
Pemberiaan hadiah untuk kanak-kanak yang join sukaneka. Sukalah tu dik kan? Dapat coklat 1 bungkus dan pensel 2 batang sorang
|
|
Special gift from Riyadh. Memang cantik. Dapat ni sebab berjaya guling-guling jatuh sebelum sampai ke garisan penamat. Macam SRK dan Kajol pulak..hahaha |
|
Hasil dari pertukaran hadiah |
|
Kami yang hadir menjayakan Family Day @ Teluk Kemang Port Dickson |
Semoga ukhwah yang terjalin berterusan dan berpanjangan walaupun ada di antara kami baru kali pertama berjumpa bertentang mata.
Terima kasih buat semua yang terlibat dan tahun depan plan lagi deh!!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen