Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.Keputihan
biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika
keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada
jangkitan.
Sama
juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu
basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada
faraj menandakan jangkitan.
Kenapa berlakunya keputihan?Jom kita baca ye..
Keputihan atau lendir faraj terjadi akibat :
✿ Perubahan hormon yang dilalui setiap wanita
✿ Jangkitan kuman yang menganggu organ kewanitaan
✿ Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
✿ Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
✿ Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
✿ Penyakit dalaman
seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan
hormon dan cenderung kepada penyakit.
✿ Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
Penyakit yang paling
biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual
seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis,
Gonorea, Chlamydia atau herpes.
Beberapa tanda dan ciri-ciri keputihan abnormal adalah seperti berikut:
1. Cecair yang keluar berwarna kecoklatan.
Warna
kecoklatan pada keputihan abnormal ini kerana cecair yang keluar
bercampur dengan darah, biasanya berlaku pada wanita dengan kitaran haid
tidak teratur. Jika disertai dengan rasa sakit pada pinggul maka
kemungkinan ada gejala kanser endometrium atau kanser serviks.
2. Cecair yang keluar berwarna kekuning-kuningan.
Jika
cecair keputihan yang keluar berwarna kekuning-kuningan biasanya
petanda terjadinya jangkitan gonorhea; apalagi jika keputihan disertai
dengan pendarahan dan rasa nyeri pada saat buang air kecil.
3. Cecair yang keluar berwarna kehijauan disertai bau busuk
Warna kehijuan dan bau busuk pada keputihan abnormal ini biasanya menandakan adanya jangkitan trikomoniasis.
4. Cecair yang keluar kental berwarna putih susu.
Jika
keputihan abnormal yang keluar kental dan berwarna putih susu, serta
disertai bengkak dan rasa sakit pada faraj, adalah petanda adanya
jangkitan organ pembiakan.
5. Gatal sekitar vagina
Jika
cecair keputihan berwarna kekuningan disertai bau , gatal, bengkak dan
kemerahan pada bibir faraj maka kemungkinan besar keputihan abnormal ini
disebabkan kerana bakteria.
Pengambilan supplement Alfalfa Complexs sangat disarankan sebagai langkah langkah pencegahan & merawat keputihan menjadi lebih serius.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen