Monday 30 June 2014

Atasi Gastrik dengan SHAKLEE

Lately ni banyak pulak dengar kawan2 mengadu sakit sebab gastrik... tambahan pulak puasa kan??ada yang preggy, ada yang tak preggy... Saya tk berapa tahu pasal gastrik ni, so untuk memahami dan mengetahui (cewahhh hehehe)... kita mintak tolong la pakcik Google macam biasa... yang penting ilmu harus dicari.. ye tak... jom baca...

APAKAH ITU GASTRIK?
Penyakit gastrik atau gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

PUNCA GASTRIK?
Gastrik selalunya disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan yang tertentu secara BERLEBIHAN. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, STRES EKSTREM dan jangkitan virus tertentu.

TANDA-TANDA GASTRIK?
1. Hilang selera makan
2. Masalah penghadaman makanan, perut meragam
3. Rasa tidak selesa pada perut, memulas tetapi apabila makan semakin sakit.
4. Mual, loya dan muntah.
5. Cirit birit, warna najis berbeza, berwarna hitam
6. Badan terasa lemah dan mudah demam
7. Selalu kembung perut, pedih ulu hati.

KOMPLIKASI GASTRIK?
Komplikasi penyakit gastrik timbul daripada kemusnahan sel dinding perut berterusan.

Tanpa perlindungan daripada mukus semulajadi di permukaan dinding perut, asid perut semulajadi dihasilkan oleh perut akan menyerang sel-sel dinding perut dan menyebabkan kemusnahan dinding perut tersebut.

Kemusnahan yang berterusan akan menyebabkan ulser perut dan pendarahan di dinding perut.

Pendarahan yang tidak terkawal di dinding perut akan menyebabkan anaemia, pening kepala dan pengsan akibat daripada kekurangan darah.

Apa yang merisaukan ialah selalunya pesakit gastrik tidak sedar masalah pendarahan dalaman tersebut sehingga masalah tersebut sudah mencapai ke tahap sangat serius.

Maka, adalah sangat penting bagi pesakit untuk sentiasa berjaga-jaga dengan tanda awal pendarahan dalaman tersebut.

Malah, terdapat bukti klinikal terbaru menunjukkan gastrik kronik boleh menyebabkan penyakit kanser perut.

Errkkk... takut pulak bila baca sampai abis... boleh jadi penyakit kanser perut... takut tuuuu takuttt....  bistu camno nk buek..? Takkan nak biar melarat... takkan nak terus bergantung pada ubat-ubatan sintetik...???

Hahhhh.. ni dia... baik punya... ekekeke... Suplemen/makanan tambahan Shaklee yang dijamin selamat, berkesan dan semulajadi boleh membantu anda...!!! (macam iklan tv/radio pulak!)  Yang bestnya... set ni juga selamat diambil oleh ibu hamil yang mengalami masalah gastrik... preggy mommies yang morning sickness, tak lalu makan, muntah2 dan loya pun boleh amik set ni... :))


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda:-
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
 ♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen