Thursday, 26 June 2014

Set Penyusuan untuk Bayi Pramatang

Seperti mana yang kitra semua maklum, susuibu merupakan makanan yang paling sesuai dan paling penting bagi bayi yang baru lahir, namun ia menjadi lebih lagi penting sekiranya bayi adalah pramatang.

Tubuh badan kita memang sangat special.. Bila melahirkan bayi pramatang, tubuh badan akan menghasilkan susuibu yang sesuai untuk bayi pramatang. Susuibu yang dihasilkan mengandungi lebih banyak kalori, vitamin dan protin. Susuibu mengandungi sel-sel yang hidup yang penting untuk melindungi bayi dari jangkitan atau infeksi. Ini sangat penting terutamanya bagi bayi pramatang yang belum mempunyai imun sistem yang cukup matang.

Selalunya, apabila bayi pramatang dilahirkan, bayi belum pandai menghisap puting lagi. Pihak hospital akan memberi minum susu dengan menggunakan tiub atau 'syringe'. Sehinggalah bayi tahu menghisap barulah pihak hospital akan membenarkan bayi didiscaj. Ada juga hospital yang tidak membenarkan bayi discaj sehinggalah bayi mula bertambah berat.

 Pada masa ini, ibu sangat-sangat di galakkan untuk mengepam susuibu mereka kerana agar dapat diberikan pada bayi pramatang. Pamlah setiap 2-3 jam untuk memberi ransangan seolah-olah sama dengan bayi menyusu.

Apabila bayi dah pandai menghisap, adalah perlu untuk menyusukan bayi secara lansung sekerap mungkin. Selalunya penyusuan adalah setiap 3 jam. Namun ada bayi yang kelihatan lapar selepas 2 jam.

 Masalah disini adalah bayi pramatang cepat letih dan mereka akan sering tidur. Amat sukar untuk mengetahui jika bayi adalah lapar... bukan seperti bayi lahir cukup bulan dimana akan menangis bila lapar...

 Bayi pramatang juga mungkin akan minum sedikit susu sahaja setiap kali penyusuan. Oleh sebab ini, perlulah mengepam setiap kali lepas bayi menyusu untuk menggelakkan susuibu berkurang dan lama - kelamaan tidak akan dihasil oleh tubuh badan.
Memang satu cabaran yang sangat besar bagi ibu-ibu...
 
 
Ini adalah suplemen yang dicadangkan untuk penyusuan bagi bayi yang pramatang.
 
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
 

Rakan Shaklee Anda:-
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen